Friday, May 16, 2014

Pembimbing dan Guru..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Keadaan yang terbaik adalah seperti perkataan:
"Barang siapa yang mengetahui, mengamalkan, dan mengajarkan sesuatu,
itulah orang yang namanya diserukan di kerajaan langit."

Dia tidak boleh seperti jarum yang memberi pakaian kepada orang yang lain,
sedang dia sendiri telanjang. Dia juga tidak boleh seperti sumbu lampu
yang menerangi sesuatu selainnya, sedang dia sendiri terbakar, sebagaimana
pepatah, "Kamu telah seperti sumbu lampu yang menerangi manusia, sedang
dia sendiri terbakar."

Barangsiapa yang menyandang gelar sebagai guru, dia telah menyandang sesuatu yang agung.
Karena itu, hendaklah dia menjaga etika dan tugas dia seperti berikut:

1. Menyayangi murid dan memperlakukannya seperti anaknya sendiri. Hal ini
berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.

إِنَّمَا أَنَا لَكُمْ كََالْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

"Aku bagi kalian adalah ibarat ayah bagi anaknya." (HR Abu Dawud dan Ahmad)

Bahkan, sang guru sebagai ayah yang sebenarnya. Ayah adalah penyebab kehidupan fana,
sementara Guru adalah penyebab kehidupan yang kekal. Karena itu, hak guru diutamakan
atas hak kedua orang tua.

Apabila seorang guru mengajar muridnya dengan tujuan untuk mendapat dunia, ia merupakan
kehancuran dan penghancuran. Apabila seorang guru mengajar muridnya demi mendapat ridha
Allah, hendaklah murid-muridnya mencintai


2. Mengikuti jejak Rasulullah s.a.w. Seorang guru tidak diperbolehkan untuk meminta
upah atas ilmu yang diajarkannya. Allah SWT berfirman,

"...Kami tidak mengharap balasan dan terima kasih dari kamu." (QS al-Insan 76:9)


3. Tidak menahan sedikit pun dari nasihat, seperti melarang murid untuk memasuki suatu
tingkatan sebelum waktunya dan menyelami ilmu yang tersembunyi (al-khafi) sebelum
menguasai hukum-hukum yang terang (al-jali).


4. Menasihati para murid dan melarang mereka agar tidak memiliki akhlak yang tercela,
iaitu melalui sindiran tanpa menjatuhkan harga diri mereka. Guru harus terlebih dahulu
beristiqamah. Setelah itu, dia meminta murid untuk beristiqamah. Apabila hal itu tidak
dilakukan, nasihat tidak akan bermanfaat. Meneladani perbuatan lebih kuat daripada
menaati perkatan.


Wallahu a'lam

Rujukan: Kitab Ihya Ulumiddin Karya Iman Al-Ghazali.


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK


7 comments:

  1. Assalamualaikum :)

    Moga kitak dianugerahkanNya kesihatan yang baik dan dipeliharaNya selalu..

    Terimakasih utk ilmu yang berguna ini..
    Amat bermakna khususnya buat semua pendidik..
    Moga semangat sentiasa ada demi mendidik anak2 bangsa..InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Terima kasih atas doa kitak untuk kamek, moga kitak juak kitak dianugerahkan~Nya kesihatan yang baik dan dipelihara~Nya selalu...aamiin Ya Rabb

      Sama-sama...ilmu tok untuk kamek juak..
      Moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua dalam perjalanan kita menuju~Nya dan meraih keredhaan~Nya.

      Moga Allah kasih dirimu..

      Delete
    2. Selamat Hari guru buat Sis Tinie.. semoga sentiasa beroleh keberkatan..aamiin

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah..aamiin

    Benar nasihat Imam al-Ghazali ini. Sesuai pula dengan perumpamaan jika guru kencing berdiri muridnya kencing berlari. Jadi tanggungjawab guru sangatlah berat.

    Terima kasih atas ilmunya. Kak ada kitab Ihya' ulumuddin ni tapi belum selesai membacanya..nampaknya kena cuti beli buku dan habiskan membaca buku-buku yang ada dalam simpanan. Selamat Hari Guru buatmu juga kerana penulisan di blpg ini banyak membimbing dan memberikan motivasi kepada kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...

      Terima kasih kak, atas doanya, saya mendoakan juga semoga kakak sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah..aamiin

      Ya Kak, bencana bisa mengundang jika ilmu yang dicurahkan itu tidak mendatangkan manfaat kepada manusia seperti mana yang diingatkan Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya,

      "Manusia yang paling berat azabnya pada hari kiamat adalah orang berilmu yang tidak diberi manfaat oleh Allah dari ilmunya." (HR Thabrani dan Haitsami)

      Delete
  3. Assalamualaikum..

    Selamat Hari Guru...

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.