Friday, May 09, 2014

Takut dan khuatir..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Sebahagian ulama ahli hikmah mengatakan:

a. Barangsiapa tidak takut kepada Allah, tentu tidak akan selamat dari kesalahan bicara.

b. Barangsiapa tidak takut kehadirannya di hadapan Allah maka dia tidak akan selamat
hatinya dari sesuatu yang diharamkan dan yang syubhat.

c. Barangsiapa tidak memutuskan diri dari harapan terhadap orang lain,
tentu dia tidak akan selamat dari sifat tamak atau rakus.

d. Barangsiapa yang tidak memelihara amalnya, maka dia tidak akan selamat dari riya'.

e. Barangsiapa tidak memandang cukup kepada Allah sebagai pemelihara hatinya tentu
dia tidak akan selamat dari perbuatan iri.

f. Dan barangsiapa tidak memperhatikan orang yang lebih utama ilmu dan amalnya dari dia,
maka dia tidak akan selamat dari sifat ujub.


Haram terbahagi kepada dua:

1. Haram karena zatnya, seperti bangkai.
2. Haram karena hukumnya, seperti telur hasil curian.


Syubhat terbahagi kepada tiga:

1. Syubhat yang mencapai derajat haram, iaitu sesuatu yang diragukan antara haram dan
halal tapi hati lebih cenderung kepada keharamannya.

2. Syubhat yang derajat halal dan haramnya seimbang. Hal seperti ini bila ditinggalkan termasuk wara'.

3. Syubhat yang diragukan keharamannya. Sebaiknya hal ini ditinggalkan.

Dalam hal ini Nabi s.a.w. bersabda: "Tinggalkanlah sesuatu yang meragukanmu,
kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu, karena kebenaran itu mengandung ketenangan
sedangkan bohong itu mengandung keraguan."

Wallahu a'lam

Rujukan : Kitab Terjemah Nashahul Ibad karangan Ibnu Hajar Asqalani


8 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT..aamiin

    Sesungguhnya kita perlu ada kedua-dua sifat ini supaya kita sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan. Haram itu jelas dan halal itu jelas jadi takutlah dan khuatirlah kalau-kalau terjebak dalam yang haram dan syubhah. Mudah-mudahan kita di bawah pemeliharaan Allah..Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Aamiin Ya Rabb...terima kasih atas doa kakak. Moga kakak pun demikian juga..

      Benar kak, kesan dari perkara haram dan syubhah ni banyak sangat mempengaruhi kehidupan kita terutamanya hati, bisa mencakar dan melukakan iman dan taqwa. Hendaknya kita perlu berhati-hati.

      Terima kasih kak!

      Delete
  2. Salam 'alaik..

    Alhamdulillah, atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini..Allahu Allah.

    Semoga ALLAH Swt memberikn kita taufiq serta hidayahNYA untuk teruus beramal di jalanNYA yang benar lagi lurus, serta ditingkatkan IMAN dan TAQWA dalam diri kita semua.... Aamiin Ya RABB.

    Jazaakallahu Khairan ya sahabat..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Alhamdulillah semuanya datang dari kasih sayang~Nya..

      Sesungguhnya taqwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar, dan taqwa adalah lambang ketebalan iman dan simbol keteguhan Islam yang terpahat pada hati Muslim.

      Afwan ya sahabat...:)

      Delete
  3. Assalamualaikum..

    Moga sahabat sihat sejahtera dalam limpahan rahmat kasih sayangNya..

    Setuju dgn kata2 kak Werdah kedua2 sifat ini perlu ada..kadang2 terdetik dihati takut2 amalan ibadah dilakukan tidak menuju dan sampai kepadaNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Alhamdulillah sihat, moga sahabat juga sihat sejahtera dalam limpahan rahmat kasih sayang~Nya..

      Ya, kita hidup di zaman ini haruslah berhati-hati kerana riba dan perkara syubhat terlalu banyak.

      Delete
  4. Assalamualaikum,,,,

    Saya baca dan faham,,,,, :)
    Harap ustaz sihat yaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Moga kefahaman itu memberi manfaat yang banyak
      Alhamdulillah, saya sihat..

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.