Friday, June 13, 2014

Astaghfirullah..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Astaghfirullah..
Pada pandangan mata yang tak terjaga, pada lirikan-lirikan yang disengaja, memandang apa
saja sesuka rasa. Sedangkan mata ini dan tiap lirikannya akan dibawa di hadapan~Nya.

Astaghfirullah..
Pada lisan yang masih tega mengata. Bersedap-sedap dengan kata-kata yang termasuk nista.
Sungguh lidah tidak bertulang, ringan menuturkan apa saja. Sedangkan lafaz dan kata itu
ada rakamannya pada Yang Maha Esa.

Astaghfirullah..
Pada telinga yang suka mendengar umpatan percuma, juga bisikan-bisikan rahsia.
Tak kurang melodi-melodi ciptaan manusia yang diulang dengar tak terkira bilangannya.
Sedangkan kalam Pencipta cuma sekali-sekala.

Astaghfirullah..
Pada isi perut yang terkandung makanan-makanan syubhat di dalamnya.
1001 makanan lazat-lazat sudah pernah dijamah, tapi kadang-kadang masih terlupa
juga untuk bersyukur dan mengucapkan walau kata ‘alhamdulillah’.

Astaghfirullah..
Pada hati yang terlalu banyak menyerap al-wahan, sehingga dunia menjadi cita-cita dan angan-angan.
Sedangkan hati itu jugalah yang akan dibawa menghadap Pencipta. Lupakah kepada janji~Nya,
bahawa hanya hati yang sejahtera (qolbun salim) yang akan selamat di alam sana.

Astaghfirullah al adzim..
Pada tiap anggota dan pancaindera, pada tiap urat saraf dan daging yang membungkus tulang-temulang,
Andai jasad ini masih tidak kuat untuk memaknai ibadah pada~Mu. Andai anggota ini masih lengah
memenuhi seruan “Fastabiqul khairat!”. Andai tubuh ini selalu lemah dalam zikrullah, Andainya
anggota yang sempurna ini masih tidak sempurna menunaikan hak-hak Mu... Sedangkan ada di kalangan
hamba~Mu yang rela hancur seluruh tubuhnya untuk memenuhi seruan jihad di jalan~Mu.. Ada di kalangan
hamba~Mu yang tidak sempurna anggota tubuhnya, tapi rela menyerahkan seluruh raganya demi
menyempurnakan ketinggian kalam~Mu..

Astaghfirullah al adzim..
Benarlah Wahai Zat yang memiliki segenap kebesaran dan kemuliaan, jika tanpa rahmat dan
kasih-sayang~Mu. Apalah ada pada amalku yang terlalu sedikit itu. Ditambah pula dengan
bermacam-macam dosa yang berselirat di sini-sana. Khusyuk usah bicara, entah tertinggal di mana.
Justeru itu, tiada apa yang dapat menyelamatkan. TIADA. MelainkanMU...YA ALLAH.


Hajatkan doa kalian,

Ummul Barakah



5 comments:

  1. Astaghfirullah al adzim...Astaghfirullah al adzim...
    Ampunilah hambaMu ini Ya Allah..
    Betapa banyak dosa2 ini
    bagaikan butiran pasir..
    Buih di lautan..
    Sesunggunya Kau Maha Pengampun...

    Tksh kitak..
    MOga dirahmati Allah..

    Assalamualaikum.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...:)

      Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.

      "Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi, Hasan Gharib, al-Jami', no. 3397)

      Sama-sama kitak..:)
      Moga Allah kasih kitak..

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah..aamiin

    Sesiapa yang sentiasa beristighfar insyaAllah Allah akan tukarkan kepayahan kepada kemudahan, kesempitan hidupnya kepada kelapangan jiwanya, dan mengurniakan rezeki yang tidak terjangka dalam hidupnya. Mudah-mudahan kita sentiasa dapat membasahi lidah dengan kalimah yang ringkas tapi sangat bermanfaat. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT...aamiin

      Benar kak, di dalam al-Quran Allah berfirman, "Maka aku katakan kepada mereka, Ber-istighfar-lah kamu kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Qs.Nuh: 10-12)

      "Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti Allah memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rezeki yang tiada terhingga padanya." (HR.Abu Daud).

      Delete
  3. Assalamualaikum Ustaz....
    Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih.
    “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.