Friday, May 08, 2015

Tujuan Hidup


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Sesungguhnya matlamat dan tujuan manusia dicipta telah pun tertera di dalam mukjizat yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. iaitu al-quran. Manusia tidak dijadikan sia-sia. Ada tanggungjawab dan tugasan
yang perlu dipikulnya. Jadi jika ada manusia mempunyai tujuan hidup selain dari tujuan penciptaan
yang dicanangkan Allah, maka boleh dikatakan bahawa manusia tersebut telah tersasar dari jalan Allah.

Allah berfirman seperti yang selalu kita baca di dalam Al-Qur’an pada surah Adz-Dzaariyaat ayat 56
bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepada~Nya.


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu." (Surah Adz-Dzaariyaat 51:56)

Pun begitu, masih ramai lagi kalangan umat Islam tidak mengetahui hakikat kehidupan ini. Mereka hidup
di dunia ini tanpa memikir akan kehidupan di akhirat, jauh dari pandangan Allah kerana lalai dan
tidak taat akan perintah Allah, apatah lagi untuk menjauhi segala yang Allah tegah. Sememangnya tidak wajarlah
umat Islam masih berada di luar rumah lewat malam malah sampai ke pagi. Lupa akan tanggungjawabnya
di rumah. Lantaran itu, kegagalan untuk memahami tujuan kita hidup di dunia ini bisa mengundang berbagai
musibah umpamanya kemalangan yang boleh meragut nyawa dan sebagainya.

Umat Islam yang hakiki kehidupannya amat teratur berlandaskan syariat Islam. Mereka sentiasa
dalam ketaatan dan sentiasa menjaga ibadah khusus dan sunat. Mereka tidak membuang masa begitu
sahaja. Di siang hari kaum lelakinya keluar mencari rezeki yang Allah sediakan dan pada
malamnya mereka beribadah kepada Allah dengan berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.

Justeru, syurga adalah kampung idaman kita. Dunia ini ibarat jambatan untuk kita menuju
ke negeri akhirat. Berjalanlah di atas jambatan dunia ini dengan penuh takwa dan berhati-hati
kerana kita mungkin akan tersungkur di tengah jalan. Jangan sampai kita terhumban ke Neraka.
Na’uzubillahi min zalik.

Masa kian sedikit, yang tersasar kembalilah ke jalan yang benar. Belum terlambat lagi untuk
bertaubat. Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu dan ibadah sebelum ajal menjemput, serta bimbinglah
keluargamu bersamamu, mudah-mudahan Allah redha.

Wallahu a'lam


4 comments:

  1. Tujuan hidup di bumi ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Seterusnya melaksanakan segala keperluan ke arah jalan yang betul. Mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan tergoda dengan kenikmatan dunia pasti akan tersasar dari jalan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar dik...

      Dunia yang kita pijak ini hanyalah tempat tinggal sementara. Oleh itu hendaklah kita sentiasa mengingatkan kepada diri kita tujuan hidup kita di dunia ini.

      Delete
  2. ya Allah,, sesungguhnya hidup dan matiku kerana Allah,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb...

      Terima kasih datang..

      :-)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.