Friday, June 26, 2015

Perisai...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


"Puasa itu adalah perisai yang dengannya seorang hamba terlindung dari panahan api neraka,
dan puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya."
(Hadis Qudsi riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Jabir bin Abdillah r.a.)

Hal itu kerana puasa mengekang syahwat dan hawa nafsu, sedangkan neraka itu diliputi oleh hal-hal
yang menarik syahwat dan hawa nafsu. Ketika syahwat dan hawa nafsu itu dikekang oleh puasa,
maka itu telah membentengi atau melindungi orang yang berpuasa dari neraka.

Puasa ibarat perisai, dinding dan benteng, kerana dapat melindungi pelakunya dari panahan api neraka.
Betapa hebatnya perintah Allah ini jika dilakukan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah anugerahkan
orang yang berpuasa satu hari saja di jalan Allah akan dijauhkan dari api neraka sejauh perjalanan 70 tahun.

Diriwayatkan dari Abu Sa'id al-Khudri r.a. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Barang siapa berpuasa satu hari di jalan Allah akan dijauhkan Allah dirinya dari neraka sejauh
perjalanan tujuh puluh tahun." (HR Muslim)

Puasa merupakan perisai, mengekang syahwat dan hawa nafsu, penebus dosa-dosa, dan pemberi syafaat
kepada pelakunya pada Hari Kiamat kelak. Bagi orang yang berpuasa terdapat pintu khusus di Syurga,
iaitu pintu ar-Rayân, siapa yang memasukinya tidak haus selamanya.

Pasti setiap orang Islam yang berpuasa merasa selamat kerana dengan berpuasa ia adalah perisai
bagi panahan api neraka. Apakah benar ini semua? Apakah perisai itu boleh menangkis panahan
api neraka sedangkan solat diabaikan? Puasa dilaksanakan bersungguh-sungguh, menjauhi segala
perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa apatah lagi dengan perkara-perkara yang
boleh membatalkan puasa. Dijaganya puasa itu amat teliti agar ianya tiada cacat celanya.

Tapi bagaimana dengan solat terabai itu, perintah Allah yang Rasulullah sendiri dijemput oleh
Allah SWT untuk menerimanya di Sidratul Muntaha, lalu Dia sampaikan kepada kita dengan peringatannya,
"Solat itu tiang agama, barangsiapa mendirikan solat sesungguhnya mereka telah mendirikan agama dan
barangsiapa meninggalkan solat sesungguhnya mereka telah meruntuhkan agama." (HR Baihaqi)

Lalu bagaimana kita boleh selamat dari panahan api neraka dengan hanya berpuasa sedangkan solat
jarang kita laksanakan sepenuhnya. Ingatlah sabda Nabi Muhammad SAW: "Barang siapa meninggalkan
sembahyang dengan sengaja, maka kafirlah ia dengan nyata.” Satu lagi sabda baginda:
“Perbezaan antara orang mukmin dan kafir adalah meninggalkan solatnya.”

Ingatlah saudara saudariku sekalian, solat adalah merupakan salah satu dari rukun Islam dan
ianya merupakan ibu ibadat dan perkara pertama yang akan dituntut apabila kita mati dan berada
di Padang Masyar. Maka tunaikan solat itu sebaik mungkin serta dengan kita melaksanakan ibadah
puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Moga Allah berikan kita kejayaan di dunia serta kejayaan di akhirat.

Wallahu a'lam

10 comments:

  1. Salam sahabat

    Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat...

      Terima kasih atas doanya..

      Semoga dirimu juga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..

      Delete
  2. Allahuakhabar,,,

    Selamat berpuasa ustaz,,
    smile

    ReplyDelete
  3. Sia-sia je puasa tahan diri dari lapar dan dahaga tapi tak tunaikan solat. Jika puasa namun tak solat, amalan puasa akan tertolak kerana solat merupakan tiang agama.
    Jom ... kita pelihara solat agar PERISAI itu nanti dapat melindungi kita dari panahan api neraka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar dik, seharusnya kita kena jaga semua perintah Allah baik yang disuruhNya atau yang ditegahNya. Namun, kita jangan mencemuh golongan ini, mungkin satu hari nanti atas sebab mereka menjaga puasa dengan cermat, Allah buka hidayah kepada mereka, dan mereka menjadi hamba yang lebih baik dari kita.

      Terima kasih Dik :-)

      Delete
  4. solat tiang agama..semoga kita istiqomah dlm beribadah kepadaNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...selagi bernafas tunaikan perintah~Nya..

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.