Friday, June 12, 2015

Wasiat..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Jika hendak hidup beriman
Serta mulia di sisi Tuhan
Marilah kita hendak ingatkan
Wasiat Nabi di akhir zaman


Wajiblah kita menjaga diri
Cabaran hidup banyak sekali
Janganlah kita lupakan diri
Hidup ini menuju mati


Bila melihat mungkar yang nyata
Maka janganlah hanya mengata
Tapi bangkitlah menabur jasa
Membimbing umat jadi pelita


Umat Islam perlu didakwah
Nasihat baik serta berhikmah
Dengan semangat serta ukhuwah
Hubungan kita tambah meriah


[ Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki ]


8 comments:

  1. Alaikumsalam.

    Jikalau tuan ke Alor Sena,
    Jangan lupa singgah di kedai;
    Nasihat tuan sangat berguna,
    Buat saya yang kerap lalai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia ini hanya sementara
      Akhirat tempat kekal kita
      Saya hanya berpesan sahaja
      Sediakan bekal untuk ke sana

      Delete
  2. benar bagai di kata,,
    ingatan untuk diri hamba juga,,
    juga para sahabat semua,,
    insyallah,, sama-samalah kita menuju ke syurgaNya,,

    *smile

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita hamba yang sangat lemah
      Peringatan dan nasihat pagar yang indah
      Agar iman kita kuat dan tabah
      Menjadi hamba taat perintah Allah

      Delete
  3. Bertakwa kepada Allah
    Berpegang teguh pada sunnah
    Pimpinan muslimin dipatuh
    Jauhi segala bid'ah dolalah
    Kehidupan kita In Shaa Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik...:)

      Nabi berpesan berpeganglah pada Quran dan sunnah,
      Nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya.
      Agar hidup kita bahagia dunia dan akhirat..

      Delete
  4. wahh..semuanya berpantun!!..

    cabaran berdakwah masa kini memang menuntut kesabaran yg tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tunjuk kehebatan berpantun hihi..

      Yang sabar sangat hebat...

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.