Friday, July 24, 2015

Kunjung dan ziarah...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Walaupun Syawal telah beberapa hari kita raikan, namun kemeriahannya masih lagi kita rasakan
dengan amalan ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjungi sanak saudara, sahabat handai,
jiran tetangga serta mengadakan rumah terbuka.

Amalan ziarah-menziarahi dan mengadakan rumah terbuka mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang
sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan lagi ikatan
persaudaraan sesama Islam. Agama Islam menyeru umatnya agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki
dan mempertingkatkan ikatan silaturahim dan ukhuwah sesama insan, apatah lagi sesama Islam,
sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Hujuraat ayat 10:

Tafsirnya: "Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara
dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia menyakiti jirannya.
Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya
dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Amalan ziarah-menziarahi atau kunjung mengunjungi memberi manfaat yang amat besar.
Amalan ziarah membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa
menjadi damai dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang
yang dapat mengeratkan sesama insan serta mengeratkan hubungan silaturahim. Dengan hubungan silaturahim
ini kita akan dapat saling kenal-mengenali antara satu sama lain, hormat-menghormati, saling kerjasama
dan faham-memahami sesama kita.

Agama Islam telah menggariskan beberapa peraturan dan adab ketika kita berkunjung.
Antara peraturan dan adab yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam sebagai tetamu
mestilah berniat baik di atas kunjungannya, jangan memilih tempat untuk berkunjung
seperti hanya mengunjungi rumah mereka yang memiliki harta, pangkat dan kedudukan
dalam masyarakat. Semasa berkunjung hendaklah memilih waktu yang sesuai, janganlah
berkunjung pada awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu
itu pihak tuan rumah ingin beristirahat. Sebagai tetamu kita perlu memohon izin dan
memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi.

Wallahu a'lam..

11 comments:

  1. Ambil peluang dalam bulan Syawal ini hidupkan amalan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi. Tidak sempurna iman seseorang itu jika memutuskan ikatan silaturahim. Moga Allah memberkati kehidupan kita... Aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar, sesungguhnya amalan ziarah adalah bertepatan dengan usaha-usaha murni menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. Moga dengan kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin demi menjaga hubungan sesama insan...

      Delete
  2. cara inilah yg akan sentiasa mengiratkan kita sesama, apa lagi ahli keluarga, MY pun belum habis berkunjung n ziarah sanak saudara...kadang2 masa dah tak mengizinkan...

    assalamualaikum ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Amalan ziarah-menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam.

      Delete
  3. Salam Aidilfitri.. berkunjungan juga di sini... maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...Selamat Hari Raya Aidil Fitri

      Delete
  4. Assalamualikum sahabat yang dikasihi... semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah... Salam Aidilfitri ... Semoga ibadah mu dan ibadah ku diterima .. ketemu lagi ramadhan yg akan datang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabat..

      Semoga dirimu juga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
      Moga Allah beri kesempatan buat kita semua...insya Allah

      Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin

      Delete
  5. selamat hari raya tuan.

    tahun ni Raya, bukan saya yang menziarah tapi di ziarah....

    masuk hospital dri raya pertama hingga raya ke 3... denggi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya...

      إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎

      Mudah-mudahan sudah sembuh sepenuhnya waktu ini..

      Delete
    2. Salam, sepatutnya begitulah, adat kunjung mengunjung telah ujud sejak lama dulu...

      Tapi sekarang sesetengah orang kita ni hanya berkunjungan pada hari rumah terbuka jer....hari2 lain pintu rumah semua tertutup rapat...

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.