Friday, August 28, 2015

Ikut dan sabar dengan kehendak Allah..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ


Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun),
kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
(Surah Takwir : 29)

ULASAN AYAT:

1. Penghuni syurga ialah mereka yang hanya mengikut kehendak ALLAH dalam segala sesuatu serta
banyak dukacitanya di dunia tetapi dapat bersabar. Tidak berkumpul 2 perkara dalam 1 masa.
Barangsiapa yang terlalu gembira (sehingga lalai) dengan nikmat dunia akan berdukacita di
akhirat dan barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia tetapi dia tetap teguh imannya maka
syurga tempatnya. ALLAH maha adil, jangan kita pernah khuatir tentang segala janji-janjiNYA.
Setiap insan tidak terlepas dari dugaan dan cabaran.

2. Junjungan besar kita Nabi MUHAMMAD SAW lagi hebat dugaan dan cabarannya. Kegagalan, kesedihan,
kekecewaan dan kekalahan bukan titik akhir sebuah perjalanan dan perjuangan. Semua itu merupakan
permulaan untuk sebuah perjalanan dan kehidupan yang lebih mencabar.

3. Persoalan seterusnya bukan untuk kita terus-terusan menangisi dan menyesalinya tetapi persoalan
sebenarnya bagaimana cara untuk kita meneruskan kehidupan agar lebih baik dari semalam. Semoga dengan
keazaman, usaha dan doa kita, ALLAH SWT melimpahkan kebahagiaan kepada kita di dunia dan akhirat.

WALLAHU’ALAM


4 comments:

  1. assalamualaikum ust.
    alhamdulillah kerana saya berkesempatan membaca entri ini .. benar spt yg dikatakan.
    .. sentiasalah redha dan sabar menghadapi ujian dan bersyukur dgn nikmat yg diterima.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..janji Allah itu pasti..setiap kesusahan akan ada kelapangannya..

    sedih tengok kawan2 yg kecundang dlm perjuangan, kecewa dgn kekalahan, merasa lemah dgn kegagalan demi kegagalan...Islam itu pasti menang, bila? wallahua'lam, yang penting kita istiqomah berusaha, berkorban masa, tenaga..kemenangan itu Allah yg tentukan...

    ReplyDelete
  3. Kita semua sedang diuji dengan kesenangan dan kepayahan. Hakikatnya memang sukar menghadapi dan melepasi ujian jika tahap iman dan taqwa dalam diri lemah dan kurang amalan.
    Mohon agar Allah kuatkan iman dan tetapkan hati atas jalan yang diredhaiNya.

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.