Thursday, September 24, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Hari Raya Korban adalah lebih baik daripada
Hari Raya Fitrah kerana Allah SWT menyebut dalam al-Quran.


Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata,
dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Surah al-Kauthar 108 : 2)

Manakala bertakbir pada Hari Raya Fitrah adalah lebih baik daripada bertakbir pada
Hari Raya Korban kerana Allah SWT berfirman :


..dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Surah al-Baqarah 2 : 185)

Adapun solat sunat Hari Raya Korban adalah lebih baik walaupun (dalam hadis Rasulullah s.a.w.)
mendahulukan sebutan solat sunat Hari Raya Fitrah kerana mengikut fakta sejarah,
Rasulullah s.a.w. memulakan solat sunat Hari Raya Fitrah dan selepas itu baru solat sunat
Hari Raya Korban. Oleh itu, kebanyakan para ulama mendahulukan dengan menyebut Hari Raya Fitrah.

(Mengikut sejarah) solat sunat Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Korban mula disyariatkan
pada tahun kedua selepas hijrah. Pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah, Allah SWT memerintahkan
umat Islam supaya berpuasa pada bulan Ramadhan dan membayar zakat fitrah sepanjang bulan
Ramadhan dan diikuti dengan solat sunat Hari Raya Fitrahpada 1 Syawal iaitu pada bulan berikutnya.
Sedangkan solat sunat Hari Raya Korban dilakukan pada 10 haribulan Zulhijjah tahun yang sama.

Wallahu a'lam

Rujukan : FURU' AL-MASAIL WA USUL AL-WASAIL karangan Maulana Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN..

8 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir & batin..selamat mengerjakan ibadah korban..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Selamat Hari Raya Aidil Adha juga buat dirimu di sana..

      Delete
  2. Ibadah qurban... simbol ketakwaan dan kecintaan kepada Allah.
    Kesempatan yang Allah berikan kepada kita sebagai tanda syukur atas segala nikmatNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer dik, Qurban adalah simbol bagi manusia untuk taqarrub ilallah, atau mendekatkan diri kepada Allah bahkan menjadi sarana untuk taqarrub ilannaas, saling akrab dengan sesama manusia.

      Delete
  3. as salam sahabat...salam aidiladha ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabat,

      Syukran...selamat hari raya aidil adha

      Delete
  4. AsSalam dan lama rasanyer tak singgah sini...

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.