Friday, November 06, 2015

Pesan dan ingat..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Pesan Imam al-Ghazali :-

1) Apabila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita
kerana mereka belum dibebani dengan dosa.

Dari Anas bin Malik r.a katanya: “Rasulullah s.a.w. bertemu dengan beberapa orang anak
lalu baginda memberi salam kepada mereka.” (Riwayat Muslim)

2) Apabila berjumpa dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada
kita kerana mereka lebih lama beribadah dari kita.

Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim,
orang yang berilmu dan imam yang adil." (Riwayat Muslim)

3) Apabila berjumpa orang Alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana banyaknya ilmu di dadanya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)
atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang
yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari
golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Riwayat al-Bazzar)

4) Apabila berjumpa orang jahil anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka
melakukan dosa dalam kejahilan sedang kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya
(sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju
dengan apa yang penuntut itu lakukan." (Riwayat Abu ad-Darda' r.a)

5) Apabila berjumpa orang jahat jangan anggap kita mulia sebaliknya berkata mungkin orang itu
akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tahu bagaimana pengakhiran hidup kita.

..Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok.
Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal..(Surah Luqman:34)

6) Apabila berjumpa orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya apabila orang-orang
kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia.
Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak
serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya." (Riwayat Muslim)

Wallahu a'lam..

4 comments:

  1. Assalamualikum Sahabat

    semoga sahabat sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt... Angaplah kita sentiasa pendosa agar kita sentiasa bertaubat kepada Allah SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabat,

      Semoga sahabat juga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT...

      Kita tak boleh lari dari melakukan dosa, maka taubatlah jadi pembersihannya selain amalan baik.

      Delete
  2. menghormati orang lain walaupun lebih muda atau rendah pekerjaannya tidak merugikan kita malah kita juga akan dipandang hormat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu saudara, biar pun besar mana pangkat dan darjat kita namun sifat merendahkan diri itu senjata bagi menghalang kita dari sifat sombong..

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.