Friday, May 06, 2016

Jangan tinggalkan solat...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


"Di hari Kiamat, pertama kali yang akan diminta
pertanggungjawab dari seorang hamba adalah
"SHOLAT"
Jika sholatnya bagus, beruntung dan berhasillah ia.
Namun jika sholatnya buruk, sungguh rugilah ia..."

(HR At-Tirmidzi)

Sembahyang fardhu merupakan tiang agama yang diwajibkan
kepada setiap umat Islam yang telah cukup syarat-syaratnya.

Orang yang mengerjakan sembahyang fardhu dengan sempurna
meliputi rukun dan sunatnya akan diampunkan dosa-dosa kecil
sedangkan dosa-dosa besar tidak terhapus melainkan dengan bertaubat.

Meninggalkan sholat mengakibatkan kekufuran. Siapa yang meninggalkan
sholat karena mengingkari kewajipannya maka dia telah berbuat
kufur besar (kufur akhbar) berdasarkan ijma' para ulama.

Orang yang meninggalkan sholat sama sekali walau dia meyakini
kewajipannya dan tidak mengingkarinya, maka dia pun dihukumi kafir,
dan menurut pendapat yang benar dari beberapa pendapat para ulama,
bahawa kekufurannya termasuk kufur besar, berdasarkan dalil
dibawah ini:

Allah berfirman, "(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman)
akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat),
dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya,
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan;
dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya
sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
(Surah al-Qalam 41-42)

Wallahu a'lam

3 comments:

  1. Solat yang ditinggalkan akan mempengaruhi amalan. Pelihara solat agar amalan amalan diterima Allah. Sempurna solat... sempurna ibadat.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum wbt..

    Solat adalah 'AMANAH TERBESAR' dari Allah SWT..

    **Jazaakallahu khairan..barakallahu fik **

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sahabat...salam ziarah...

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.