Sunday, January 26, 2025

Mutiara Hikmah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين

 

 Barangsiapa yang menerima hatinya (qana'ah)

dengan dunia (harta) yang sedikit,

maka akan mudah baginya segala kesulitan.

 

 Barangsiapa yang melazimkan zikir Allah,

maka Allah akan memutuskan dia dari

segala sesuatu selain~Nya.

 

 Taubat itu ialah meninggalkan kebiasaan

membuat dosa serta melazimi istighfar.

 

 Sesiapa yang jujur penumpuan hatinya

menghadap kepada Allah maka Allah akan

memberikannya segala yang ia harapkan.

 

 Barangsiapa yang takut kepada Allah

sebagai Tuhannya, maka akan takut

kepadanya segala yang lain selain~Nya.

 

 Barangsiapa yang ikhlas niatnya kerana Allah

semata-mata, maka Allah dan para malaikat~Nya

akan melindunginya.

 

 [ Sheikh al-Akbar Muhyiddin Ibnu Arabi ]



2 comments:

  1. Subhanallah, sgt bermanfaat Mutiara Hikmah ini sahabatku..Semoga menjadi peringatan buat kita semua, baarakallahu fik ya sahabat 🤲🏻

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua Allah jaga dan sentiasa diberi petunjuk... ameeennnn

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.