Thursday, April 17, 2025

Ziarah Kubur



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين

والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين

 

 Seorang bertanya kepada al-Habib Umar bin Hafidz, dia menanyakan :

Kenapa ziarah maqam Aulia..??!!! Sedangkan mereka tiada memberi kuasa atau

manfaat apa-apa dan tempat meminta hanya pada Allah…??!”

 

Al-Habib Umar bin Hafidz lantas menjawab :

“Benar wahai saudaraku, aku juga berpendapat sama denganmu, bahwa mereka tiada

mempunyai kekuasaan dan manfaat apa-apa. Tetapi sedikit perbezaan ku dengan dirimu,

kerana aku lebih senang menziarahi mereka kerana bagiku mereka tetap hidup dalam

membangkitkan jiwa yang mati ini untuk cinta kepada Allah...!!!

 

Tapi aku sangat heran, kenapa engkau tiada melarang aku menziarahi ahli dunia,

mereka juga tiada kuasa dan manfaat apa-apa. Bahkan duduk dengan mereka mematikan

hati dan membuat lupa pada Allah. Yang mana kehidupan mereka bagiku seperti mayat yang

berjalan. Rumah dan tempat tinggal mereka adalah tempat yang tiada membangkitkan

jiwa untuk cinta pada Allah.

 

Hakekat kematian dan kehidupan di sisi Allah adalah jiwa. Banyak mereka yang

dilihat hidup tapi sebenarnya mati, banyak mereka yang dilihat mati tapi sebenarnya hidup,

banyak yang menziarahi pusara terdiri dari orang yang mati, sedangkan dalam pusara

itulah orang yang hidup. Aku lebih senang menziarahi maqam kekasih Allah dan para syuhada'

walaupun hanya pusara, tetapi ia mengingatkan aku akan kematian, kerana ia mengingatkan aku

bahwa hidup adalah perjuangan, kerana aku dapat melihat jiwa mereka ada perjuangan

cinta yang hebat sehingga mereka dicintai oleh Tuhannya lantaran kebenaran cinta mereka.

Wahai saudaraku, ku ziarah maqam Aulia, kerana pada maqam mereka ada cinta, lantaran

Cinta Allah pada mereka, seluruh tempat bersimpuh mereka dicintai Allah. Cinta tiada

mengalami kematian, ia tetap hidup dan terus hidup dan akan melimpah kepada para pencintanya.

 

Aku berziarah kerana sebuah cinta, juga kerana ingin mengambil semangat mereka, agar

aku dapat mengikuti mereka dalam mujahadahku. Aku mengangkat tangan di sisi maqam

mereka,bukan meminta kuasa/manfaat dari mereka, akan tapi memohon kepada Allah agar

aku juga dicintai Allah, sebagaimana mereka dicintai Allah.




2 comments:

  1. ALLAHUAKHBAR, menziarahi para kekasih Allah, akan menjentik hati kita untuk terus berbuat kebaikan spt mana hidup mereka..sebesar² contoh buat kita yg masih hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer sahabat, orang yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang hatinya hidup dan sentiasa meningkatkan keimanannya...(❁´◡`❁)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.