بسم الله الرحمن الرحيم
Hari kian berlalu. Waktu takkan pernah menunggu. Dan kita semakin mendekati kepada kematian.
Kita sebenarnya sudah punya jadual perjalanan kembali kepada~Nya cuma Allah SWT tidak nyatakan tarikh dan waktunya. Namun, Allah telah mengingatkan kita berbekallah sebelum kamu kembali kepada~Nya kerana perjalanannya nanti sangat payah dan susah, penuh dengan duri dan onak.
Allah SWT berfirman,
مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا ۖ وَمَن جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan. (Surah al-Qasas : 84)
Rasulullah s.a.w. pun sudah berpesan kepada kita bahawa perjalanan kita di dunia ini hanya persinggahan yang singkat. Dan di dunia inilah kita perlu memperbanyakkan amal sholeh. Ia diibaratkan mengusahakan ladang dengan bercucuk tanam. Dan hasilnya nanti akan dituai di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal sholeh sebelum menghadapi kematian. Orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah (mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha).” [Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah]
Ya temanku sekalian, hari demi hari waktu kita berada di dunia ini kian sedikit. Saat kematian kian menghampri. Justeru, gunakanlah masa yang ada untuk kita menilai akan amalan kita dan berusaha ke arah mempertingkatkan amal sholeh guna dibawa sebagai bekal untuk dipersembahkan kepada Allah SWT. Masa kematian kita tiada siapa yang tahu. Andai kita bersedia secukupnya maka kita akan pulang dengan bergaya. Namun, jika di sebaliknya sesalan tidak lagi berguna dan deritalah yang bakal kita tempuhi. Kita tidak akan dapat mengulangi kehidupan di dunia lagi kerana Allah telah memberi peluang dan masa yang panjang untuk menyediakan bekalan.
Oleh itu duhai teman yang dikasihi, usah persiakan masa yang Allah anugerahkan. Ingatlah kesengsaraan di akhirat kelak tiada siapa yang bisa menolong melainkan atas usaha kalian sekalian semasa di dunia. Baik amalan maka bahagialah akan dikecapi dan buruk segala amalan maka azab Allah amatlah pedih.
Sekian, moga ada manfaatnya...

Assalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteInsyaAllah...masa yg diberikan akan digunakan sebaik mungkin...setiap kali memikirkan kematian, diri ini masih diselubungi ketakutan, banyak pertanyaan yg muncul, bersediakah aku? bagaiman dnegan amalan? sudah cukup atau tidak?...kadang2 seram sejuk buatnya...
mempunyai teman2 yg banyak membantu, itulah salah satu harta yg paling berharga dr Allah swt...terima ksih ustaz
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteMencari jalan pulang kepada Allah adalah suatu perjuangan yang serius serta perlu istiqamah. Bila kita faham kepayahannya, baru kita sedar bahawa Allah mengangkat kita semula dengan kepayahan serta penghapusan dosa yang lampau. Bila hati sudah jernih kita akan merasa kemanisan atas kepayahan yang kita lalui.
Terima kasih kembali..:)
masa persinggahan di dunia sekejab saja bila dibandingkan masa kekal di akhirat,
ReplyDeletesungguh beruntung dan berakal sempurna jika seorang mu'min memanfaatkan waktu yang sekejab itu untuk menanam kebaikan sebanyak-banyaknya....
Buatlah perhitungan ke atas diri kita sebelum perhitungan dibuat di akhirat nanti. Periksalah hidup kita, bandingkanlah segala keterlanjuran kita dengan segala perbuatan baik kita. Lakukan semua ini selagi kita mempunyai waktu di dunia ini, selama kita mampu, sebelum kita ditinggalkan sendirian di lubang gelap di bawah tanah nanti.
DeleteMarilah kita ingat-mengingati antara satu sama lain kerana ingat-mengingati mencantikkan amal, memperbaguskan akhlak, melembutkan jiwa tentang dunia yang sementara. Semoga:)
ReplyDeleteYa saudara, insya Allah...moga Allah kurniakan kekuatan buat semua..:)
DeleteAssalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.
Ya, hidup ini terlalu singkat. Bandingan sehari umpama 50 ribu tahun akhirat. Risaunya di saat penantian di Mahsyar dan ke manakah hala nak dituju nanti. Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperbaiki ibadah kami.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih atas doa kakak, moga kakak juga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT...aamiin
Ya kak, jika dikira kita hanya hidup separuh hari semasa di dunia. Jika baik amalan maka kita akan kekal menikmat syurga Allah. Jika buruk amalan, maka azabnya teramatlah panjang.
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeletesemoga saudara selalu sihat hendaknya...
sesuai dengan tema blog ini "perjalanan yang singkat"
peringatan untuk kita semua..
hidup hanya sementara..
berapa lama manusia boleh hidup..
ke sisi tuhan jua akhirnya..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteAlhamdulillah saya sihat, moga saudara pun demikian juga...
Hidup untuk beribadah kepada~Nya..
Selepas melepasi kehidupan sementara..
Kita akan jalani hidup yang kekal di akhirat..
Amalan menentukan baik buruknya..
Assalamualaikum...
ReplyDelete'Allahumma inna nas aluka salamatan fi diin. Wa afiatan fil jasad. Waziadatan fil ilmi. Wabarokatan fil rizi. Wa tauatan qoblal maut. Wa rohmatan indal maut. Wa maghfirotan ba'dal maut. Allahumma hawwin alaina fi sakarotil maut. Wannajati minan nar. Wal 'afwa indal hisab....
Amin...amin.:
Ya Allah, kami memohon keselamatan agama, dan kesejahteraan badan, dan penambahan ilmu, berkat rezeki serta taubat sebelum mati, dan rahmat di waktu mati, dan ampunan setelah mati.
DeleteYa Allah, Ringankan atas kami saat sakaratul maut, Selamatkan kami dari api neraka, Maafkanlah kami di saat hisab....aamiin
Assalamualaikum..
ReplyDeleteMoga kita bijak dalam memilih yang mana bekalan dan yang mana beban dalam menuju matlamat asal kita iaitu dunia yang sebenar. Beban yang akan menyusahkan perjalanan kita ke akhirat manakala bekalan yang akan memberi faedah untuk kehidupan disana. Allahu a'lam
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteMoga Allah menyelamatkan kita daripada kejahatan-kejahatan dunia serta membimbing kita kepada jalan yang benar...aamiin
Terima kasih sahabat..:)
Assalamualaikum sahabat. Hati yang bersih dan senantiasa cenderung untuk mengingati menjurus fasa keimanan perlu dilatih sentiasa. Ia tidak datang dengan sendiri. Justeru makanan hati perlu dijaga dan diberi sentiasa (zikir, tadarus, tazkirah, berjemaah etc). Semoga kita tergolong daripada insan terpilih yang senantiada diberi petunjuk dan hidayah olehNya untuk meneruskan perjalanan di dunia yang penuh dengan tipu muslihat ini.
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
DeleteBenar apa yang dibicara. Pada jiwa kita perlu dihidangkan makanan yang lazat iaitu zikir, membaca al-Quran dan sebagainya untuk membersihkannya dari noda dan dosa supaya nur iman sentiasa terpelihara di dalamnya.
Terima kasih sahabat..:)
Assalamu'alaikum wbt..
ReplyDeleteYa ALLAH! bergetar hati membacanya duhai sahabat, moga sahabat tidak jemu untuk terus berkongsi..barakallahu fik, aamiin
Jazakallahu khaira :)
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa sahabatku, bila diingatkan dengan kematian serta perjalanannya sungguh menakutkan bimbang bekalan kita tidak menepati kehendak Ilahi namun, pengharapan kepada~NYa tetap ada...Khauf wa raja'
Moga Allah memberkatimu...:)
Assalamualaikum...
ReplyDeleteT.kasih...ingatan untuk diri yg lupa & selalu saja mengulangi kesilapan.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih kembali...moga Allah beri kekuatan ketika dalam kealpaan
Assalam, sdr..
ReplyDeleteBersusah-susah di bawah langit dgn berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan & ibadah, dgn harapan berehat-rehat dibawah tanah, bersenang-senang dibawah arasy..InsyaAllah..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa, ketika keringat sudah banyak keluar menyempurnakan ibadah di dunia maka di akhirat ia tidak menuntut lagi untuk keluar..
salam tuan.
ReplyDeletePencerahan hati buat TA.DI pg minggu yg ceria disini
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteMoga ia mendatangkan manfaat yang banyak...:)
salam
DeleteBertanya khabr di awal pagi?
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih bertanya. Saya kurang sihat sejak hari ahad lepas dan kini alhamdulillah sudah mula beransur sihat.
Moga sdra sihat hendaknya...
Assalamualaikum....
ReplyDeleteKematian mengingatkan diri ini agar sentiasa memperbanyakkan amal ibadat agar menjadi bekalan dan saham di negeri akhirat yg kekal abadi.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteMemperbanyakkan amal ibadah bererti mahu menjadi lubang kubur itu tempat berehat yang panjang sebelum tibanya hari pembalasan...
Terima kasih..:)
sntiasa terfikir bila agaknya masa sy dan bagaimana?.. ya Allah, matikanlah aku dlm iman.. Amin
ReplyDeleteSemua kita akan melaluinya, moga di akhir kehidupan kita nanti dalam keadaan kebaikan di sisi Allah SWT...
Deletebilakah agaknya :(.. takut.. tp perlu dilalui oleh setiap org..
ReplyDeleteWallahu a'lam hanya Allah Yang Mengetahuinya...
DeleteAssalamu'alaikum wbt Akhi...perjalanan hidup kita memang sangatlah singkat...karenanya kita berusaha buat perbanyak ibadah....perbanyak amal kebaikan.... perbanyak memohon ampun atas segala kelalaian.....laa ilaha anta subhanaka inni kuntu minadzolimiin
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
DeleteBiarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang di hari kemudian...
Assalamualaikum ustaz...
ReplyDeleteMemang perjalanan kita semakin singkat...mari kita rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara...
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa singkatnya jika dibandingkan dengan masa di akhirat hanya sehari atau setengah hari...
Terima kasih..:)
makin dekat..ya Allah...
ReplyDeleteIa kian menghampiri..
Delete