Friday, November 01, 2013

Nafsu


بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Engkau ciptakan Firaun, Haman dan Qarun
Mereka adalah sebesar-besar penderhaka terhadap~Mu
Namun Engkau kurniakan dunia seluruhnya kepada mereka
Itulah tandanya
Dunia ini tidak melebihi sebelah sayap nyamuk pada sisi~Mu


Tapi nafsu kami masih juga terliur
Melihat keagungan Firaun, kepintaran Haman dan kekayaan Qarun
Nafsu kami masih inginkan
Sayap nyamuk yang sebelah itu.


Nafsu sangat sabar menyembunyikan laparnya
Sesekali ia menghantar isyarat
Jika Engkau menjawab ia akan bangun
Di kala itu Engkau akan tertawan.


Nafsu umpama sebuah kenderaan
Enjinnya ialah tamak
Rodanya ialah dengki dan khianat
Seteringnya ialah tipudaya
Bila kenderaan ini berjalan
Ia meninggalkan asap kotor di belakang
Tetapi si pemandu asyik memandang ke hadapan
Tidak pernah melihat pencemaran yang ditinggalkan.


Nafsu adalah sebahagian daripada dirimu
Ia boleh diam dan tidur tetapi tidak berputus asa
Perlulah engkau sentiasa berwaspada.


Barangsiapa mendengar seseorang melakukan suatu perbuatan mungkar,
namun ia tidak berusaha mencegahnya, kelak ia akan datang di hari
kiamat dalam keadaan tuli dan terpotong kedua telinganya


~Sayyidina Anas bin Malik~


6 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Mudah-mudahan rahmat dan redha Allah sentiasa bersamamu.aamiin

    Sungguh nafsu yang tiadak baik sentiasa mengajak kita ke arah keburukan, maka beruntunglah orang-orang yang sentiasa berusaha mengawal tingkah laku dan niat.

    Semoga kita sentiasa dalam perlindungan-Nya..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..:)

      Terima kasih atas doa kakak, moga Allah kurniakan juga seperti mana yang kakak doakan untuk saya.

      Adalah amat penting bagi setiap umat Islam memiliki nafsu yang selalu mmemperoleh petunjuk dari Allah SWT sebagaimana nafsu yang telah dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s. sehingga beliau dapat menghindarkan dirinya dari segala bentuk kemaksiatan.

      Terima kasih kak!

      Delete
  2. Salam saudara Abd Razak,

    Lama saya tak singgah ke sini. Keadaan kesihatan tidak mengizinkan saya.

    Sebagai manusia kita memang sentiasa mengejar dan mengejar apa yang dihajatkan. Semoga dalam kita mengejar apa yang kita citakan, kita tidak sampai melupakan pantang larang agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kak Ani...:)

      Terima kasih singgah ke sini.

      Jalan untuk menuruti nafsu buruk dan nafsu untuk membuat kebaikan terbentang luar di hadapan kita. Pilihlah yang mana satu kerana dihujungnya ada balasan yang berlawanan.

      Delete
  3. salam sahabat

    celik mata hati...nafsu ^_^

    **moge sihat**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sahabat..

      Alhamdulillah sihat, moga dirimu begitu juga..

      Mengawalnya tugas paling sukar...

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.