Friday, December 13, 2013

Sediakan bekal...


بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


… وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ …


“Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah TAQWA,
bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal …”
(Surah Al-Baqarah: 197)


Pelajaran mengenai Sebaik-baiknya bekal adalah taqwa yang dapat kita ambil dari ayat tersebut,


Bila ajal menjemput TIDAK akan membawa sesuatu pun ke dalam kubur, kecuali TAQWA dan AMAL SOLEHNYA.
Barang siapa mengenal Allah, tetapi tidak menjadikannya TAQWA, ia termasuk orang yang celaka.


Seseorang TIDAK akan mencapai kemuliaan dengan harta kekayaannya,
karena kemuliaan hanya bagi orang-orang yang BERTAQWA.
Segala kesulitan yang ditemui dan dirasakan orang yang taat,
tidak akan menjadikan mudharat baginya…!!!


Wahai saudaraku yang mulia, TAATLAH pada Allah,
Tunaikanlah segala suruhan~Nya, dan jauhkan dirimu dari segala tegahan~Nya.
Bangunlah sholat malam (Tahajud), Tadaburkan Al-Qur’an,
Penuhi panggilan Allah untuk berjamaah di rumah~Nya (Masjid),
Tebarkan sedekah dan kebaikan, bimbinglah keluarga agar semakin takut pada Allah,
Rendahkan hati kalian, hadirlah ke majlis ilmu yang membuat kalian semakin takut
pada~Nya dan membuat kalian mudah menangis karena~Nya.


Dari Abu Dzar bin Junadah dan Abu Abdurrahman Muadz bin Jabal radhiyallahu’anhuma,
dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam baginda bersabda, “Bertaqwalah kepada
Allah di manapun engkau berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan, nescaya kebaikan
tersebut akan menghapuskannya. Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”
(HR Tirmidzi)


Imam Said bin Jubair berkata:

"Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran
sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak
kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” Imam Malik amat bersetuju dengan
kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah:
"Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?"
(al-Jami' Li Ahkami al-Quran, Imam Qurthubi)


Wallahu a'lam


Al-Faqir ila Rabbi

6 comments:

  1. takut kpd Allah swt - lambang ketinggian keimanan seorang hamba..sesungguhnya Allah itu sangat dekat dgn hamba-hambaNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar...

      rasa takut (khauf) merupakan sifat kejiwaan dan kecenderungan fitri yang bersemayam di dalam hati manusia dan memiliki peranan yang penting dalam kehidupan kejiwaan manusia.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan, kerahmatan dan dalam redha Allah . Aamiin

    Surah Al-Anbiya' ayat 49.

    ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُم بِٱلۡغَيۡبِ وَهُم مِّنَ ٱلسَّاعَةِ مُشۡفِقُونَ

    Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat. (21 : 49)

    Semoga peringatan demi peringatan dalam pengisian ini dapat tersemat di hati dan dapat kak amalkan. Sungguh ngeri memikirkan keadaan masa hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Terima kasih atas doanya, semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan, kerahmatan dan dalam redha Allah . Aamiin

      Ya kak, kita hendaklah menanamkan dalam diri sifat sentiasa takut untuk berbuat dosa agar kita terselamat di dunia dan azab di akhirat.

      Allah berfirman, “Hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah~Nya takut akan ditimpa azab yang pedih.” (an-Nuur: 63)

      Delete
  3. Assalamualaikum sahabat...

    Alhamdulillah, Subhanallah...semoga kita sentiasa mendapat redha dan keampunan dari Allah s.w.t...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ya sahabat..

      Aamiin aamiin ya Rabbial 'alamin

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.