Friday, January 31, 2014

Pesan dan nasihat...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani berpesan :


• Selama hidup di dunia ini, yang terbaik adalah menyelamatkan hati dari buruk sangka.


• Orang itu dikatakan dekat dengan ALLAH selama dia meluangkan waktunya untuk berdzikir setiap hari.


• Bantulah orang fakir dengan sebahagian harta kalian. Jangan pernah menolak pengemis,
padahal kalian mampu memberikan sesuatu untuknya baik sedikit mahupun banyak. Raihlah
kasih sayang ALLAH dengan pemberian kalian. Bersyukurlah kepada ALLAH yang telah
membuat kalian mampu memberi. Jika pengemis adalah hadiah dari ALLAH sementara kalian
mampu memberinya, mengapa kalian menolak hadiah itu?! Bohong kalau kalian mendengar
nasihat dan menangis di hadapanku, tapi saat orang datang meminta uluran tangan,
kalian malah membiarkannya. Itu menunjukkan bahawa tangisan kalian belum kerana ALLAH.


• Taubatlah engkau dari riak dan nifaq. Janganlah malu mengakui hal itu atas dirimu.
Yang kuat di antara manusia mulia adalah mereka yang semula munafik. Oleh yang demikian,
berkatalah sebahagian ulama, “Tidak ada yang mengetahui hakikat ikhlas kecuali murai
(orang riak)”. Yang paling beruntung ialah mereka yang ikhlas mulai dari awal hingga akhirnya.


• Fikirlah bahawa di dunia ini, suatu yang kamu cintai tidak akan kekal selamanya.
Tidak abadi, pasti fana. Jika hal ini telah benar-benar kamu sedari, tentu kamu
tidak akan melupakan-Nya walau sekejap pun. Namun, kebanyakan tidak ada manusia yang
mengingatkan hal itu. Barang siapa telah merasakan, bererti telah mengetahuinya.
Manusia yang demikian adalah termasuk salah satu dari mereka yang tidak tahan
tinggal bersama makhluk.


• Hendaklah kamu berserah diri dan bertawakal sepenuhnya kepada ALLAH di dalam
segala hal, agar Dia memanifestasikan kerja~Nya melaluimu. Jika kebaikan yang didapati,
maka bersyukurlah. Dan jika bencana yang menimpamu, bersabarlah dan kembalilah kepada Dia.
Kemudian rasakan keuntungan yang didapati dari apa yang kamu anggap sebagai bencana itu,
lalu tenggelamlah di dalam Dia melalui perkara itu sejauh kemampuan yang kamu miliki
dengan cara keadaan rohani yang telah diberikan kepadamu. Dengan cara inilah kamu
dinaikan dari satu peringkat ke peringkat lainnya yang lebih tinggi dalam perjalanan
menuju ALLAH, supaya kamu dapat mencapai Dia.


Wallahu a'lam


2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat dan redha Allah SWT. .aamiin

    Benarlah hakikat bahawa dekat kepada Allah ialah sentiasa ingat kepadaNyabaik ketika senang atau susah dan sabar dengan ujian dan bersyukurlah dengan setiap apa pemberianNya. Jika diuji muhasabah diri sama ada itu ujian, kafarah ataupun istijraj. Semoga kita sentiasa muhasabah dan terlindung daripada sifat-sifat terkeji yang akan menghapuskan segala amalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat dan redha Allah SWT. .aamiin

      Benar kak, kita takut kepada Allah dengan kita mendekatkan diri kepada~Nya, dan cuba menutupi kejahatan kita dengan amalan baik sebanyak yang mampu kita lakukan sehinggalah kita dipanggil untuk bertemu dengan~Nya.

      Terima kasih kak..:)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.