Friday, March 14, 2014

Pesan Khalifah..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Khalifah kedua, Sayidina Umar Al Khattab r.a berpesan:


1. Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.


2. Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.


3. Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.


4. Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu
memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.


5. Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.


6. Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.


7. Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.


8. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah,
dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.


9. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa
seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.


10. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidak dapat dilihat.
Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.


11. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.


12. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari:
“Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih
afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT
dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman
(orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah
taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”


6 comments:

  1. Assalammualaikum wbt.
    Salam Jumaat.
    Terima kasih ustaz. Semoga diberkati dan dirahmati Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam wbt..

      Salam Jumaat dan terima kasih kembali.

      Moga Allah kasih dirimu

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak.

    Semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT..Aamiin

    Bila hati telah dapat dibersihkan akan mudahlah menjaga anggota tubuh yang lainnya.

    Mudah-mudahan dapatlah diri ini berusaha sedaya upaya menjadikan hati sentiasa sejahtera. Bagaimana nanti hendak bertemu dengan-Nya.

    ReplyDelete
  3. Salam sahabat semoga dirahmati dan diberkati.... semoga Allah pelihara saya dari sifat yg sabar......

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Jauh. Jauh. Jauh.
    Ke syurga hanya dengan kurniaNya.

    Terus-terusan mendekat pada DIA.
    Muhasabah diri.

    Moga Allah kasih.
    (^__^)y

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    salam petang Jumaat...terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.