الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Allah SWT berfirman,
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh
(urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati
Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan(ingatlah), sesiapa yang
melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
(QS Al-Munaafiquun : 9)
Hati orang-orang yang sentiasa ingat kepada Allah SWT, sungguh jiwa
mereka sentiasa tenteram dan tidak merasa khuatir akan kesulitan dan
kegelisahan hidup kerana semua itu datang dan kembali kepada Allah SWT
sehingga mampu bertahan hidup di jalan yang lurus dalam keadaan apa pun.
Orang Mukmin yang taat kepada Allah SWT, dia tidak lagi khuatir terhadap
sesuatu yang menimpanya, walaupun bala yang besar. Dia tidak lagi meletakkan
pergantungan kepada sesama makhluk. Hatinya telah teguh dengan perasaan redha
terhadap apa jua yang ditentukan Allah SWT untuknya. Bala tidak lagi menggugat
imannya dan nikmat tidak lagi menggelincirkannya. Baginya bala dan nikmat adalah
sama iaitu takdir yang Allah SWT tentukan untuknya. Apa yang Allah SWT takdirkan
itulah yang paling baik.
Orang yang tidak ada Allah SWT di hatinya tidak tenang dan tidak memiliki petunjuk
hidup yang lurus, tidak mempunyai tempat untuk mengadu, tidak memiliki Yang Maha Memiliki
untuk meminta, tidak begitu percaya adanya kehidupan setelah kematian sehingga hidupnya hampa.
Di mana yang ada di fikirannya hanyalah bagaimana cara untuk mendapatkan kenikmatan
dan kesenangan hidup untuk dirinya sendiri dan orang di sekitarnya walaupun sanggup
mengorbankan orang lain yang tidak bersalah demi mencapai tujuan dunianya.
Mereka inilah orang yang rugi.
Wallahu a'lam

Assalamu'alaikum Abd Razak yang dikasihi Allah; dengan harapan agar sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT..Aamiin
ReplyDeleteSemoga dalam hati kita sentiasa ada Allah tiada yang lainnya..Allahu Akbar!
Wa'alaikumusalam Kak Werdah...
DeleteTerima kasih atas doa kakak. Moga Allah kurniakan kebaikan yang banyak buat kakak di sana....aamiin Ya Rabb
Bila Allah sentiasa di hati, setiap perbuatan kita bisa terkawal dari terjebak dalam kancah maksiat.
Assalamualaikum
ReplyDelete:)
Jiwa tenang...bila DIA sentiasa ada di HATI...
Wa'alaikumusalam ... :)
DeleteBenar, biar pun resah dan susah, ketenangan dari~Nya bisa menghapus segalanya...
Moga Allah kasih dirimu
Assalamualaikum Sahabat...
ReplyDeleteTerima kasih atas n3 yang sungguh menyentuh hati.... moga rahmat Allah sentiasa mengiringi kita semua..... memang benar kebergantungan sepenuhnya kpd Allah adalah jalan terbaik untuk merasa tenang dan redha atas segala yang diberikan olehNya kepada kita....
Semoga sahabat sentisa dalam rahmat dan berkah ...
Assalamualaikum saudara Ab Razak..
ReplyDeleteSemoga saudara beroleh ketenangan..hari ini barulah ada masa terluang membaca blog rakan2..
Suatu hari sy rasa bagaikan tersedar dari tidur yg lama..dtg satu perasaan yg xpernah saya alami..masuknya maghrib sy terus ambil wudhuk..dan sy solat dlm keadaan sy menangis tak ubah spt bayi..setiap baris ayt yg sy baca semakin sy teresak-esak..selepas habis solat, sy berdoa pd ALLAH SWT......(ketika Nabi Adam meminta pengampunan dari ALLAH, beliau berdoa dan minta di ampunkn ketika ia solat maghrib) sy berdoa pd ALLAH, sy luahkan segalanya, sy minta ALLAH tunjukkan jln yg terbaik utk sy.. setiap hari sy solat xputus2 berdoa dan terus berdoa..
Bila sentiasa mengingati NYA hati akan menjadi tenang....InsyaALLAH DIA sentiasa di hati...
ReplyDeleteAssalamualaikum sahabat..
ReplyDeleteBila dihati ada Allah kehidupan menjadi baik dan benar..Pabila ditimpa musibah diri tidak mengeluh kerana kita yakin dengan kasih sayang Allah..
Semoga sahabat sentiasa sihat sejahtera hendaknya..