الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Ramadhan bakal beransur pergi
Syawal menjelma di Aidilfitri
Seikhlas hati menyusun jari
Memohon dimaafkan kesilapan diri
Taqabbalallhu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aidin wal faizin
Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali
(dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang
yang mendapatkan kemenangan
Hiasilah malam raya ini dengan takbir, tahmid dan sholawat atas Junjungan.
Hidupkanlah malam dengan beribadah dan berdoa.
Dalam hadits ada dinyatakan bahawa
Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban,
nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”.
(Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
Menurut pendapat ulama, yang dimaksudkan mati hati ialah:
Pertamanya, terbelenggunya hati dengan kecintaan terhadap dunia yang memutuskannya
daripada melakukan amalan kebaikan dan kewajiban agama.
Kedua, menjadi kafir.
Ketiga, ketakutan hari qiamat.
Dalam hadits juga dinyatakan bahawa, diriwayatkan dari Sayyidina Ibnu ‘Umar r.a.,
Beliau berkata:
"Lima malam yang tidak ditolak padanya akan doa: Malam Jumu’at, awal malam Rejab,
malam nisfu Sya’ban dan dua malam raya (‘eidul fitri dan ‘eidul adha)."
(dikeluarkan oleh ‘Abdurrazzaq di dalam Mushannaf dan juga al-Baihaqi di dalam Syua’b al-Iman – mauquf)
Wallahu a'lam..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.
Ramadhan akan berlalu pergi dan akan muncul Syawal tak lama lagi.
Semoga Allah menerima amalan kita semua dan kita istiqamah menjaga dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.
Selamat menyambut 'idul fitri.
Mohon dimaafkan segala salah silap.
Wa'alaikumusalam Kak Werdah..
DeleteSemoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT...aamiin
Selamat Hari Raya kak, saya pun minta maaf juga atas segala silap salah.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin...
ReplyDeleteTerima kasih, moga terampun segala dosa kita..
DeleteSelamat hari raya..
Assalamualaikum..
ReplyDeleteMohon ampun dan maaf utk setiap kesalahan yang mungkin ada ...
Moga kitak sentiasa diberkatiNya dan dikurniakanNya kesihatan yang baik
Maaf Zahir dan Batin..
:)
Wa'alaikumusalam..:)
DeleteKamek pun sama, mohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan..
Moga kitak sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT.
Selamat menyambut aidil fitri yang mulia,
Maaf atas keterlanjuran..
:)