Friday, September 19, 2014

Hati yang lembut..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


"Barangsiapa mahu meninggalkan perbuatan dosa, maka hatinya akan menjadi lembut,
dan barangsiapa yang meninggalkan perbuatan yang telah diharamkan (oleh Allah)
dan memakan makanan yang halal, maka menjadi jernihlah fikirannya."

Hati yang lembut adalah hati yang dapat menerima nasihat agama dengan mudah dan mahu
mematuhinya, serta menjalankannya dengan penuh kekhusyukan. Sedangkan fikiran yang
jernih adalah fikiran yang selalu dipergunakan untuk memikirkan keagungan ciptaan Allah
dan meyakini bahawa Allah itu Maha Kuasa, yang salah satu kekuasaan~Nya adalah
membangkitkan kembali orang yang sudah mati.

Keyakinan tersebut dapat diperoleh dengan merenungkan kejadian manusia melalui
akal dan fikiran, bahawa Allah telah menciptakan manusia dari setetes air mani
yang menyatu di dalam rahim ibunya, lalu berubah menjadi segumpal darah, kemudian
menjadi segumpal daging, lalu berubah menjadi tulang, otot, saraf sampai terbentuklah
telinga, mata serta anggota badan lainnya. Disamping itu, Allah juga memberikan jalan
keluar dari rahim ibunya, serta memberitahukan bagaimana caranya menyusui bayi. Bayi
yang baru lahir itu dalam keadaan tidak bergigi, kemudian dengan kehendak~Nya akhirnya
tumbuhlah gigi-giginya tersebut dan menanggalkannya ketika dalam usia 7 tahun, kemudian
ditumbuhkan kembali dalam waktu yang lain.

Allah menjadikan manusia mulai dari kecil menjadi dewasa, kemudian menjadi orang tua.
Dan dari sehat menjadi sakit. Dan Dia pulalah yang menidurkan seluruh mahluk~Nya pada
malam hari dan membangunkannya pada siang hari dan itu terjadi setiap hari. Rambut dan kuku
dapat gugur, kemudian tumbuh kembali. Begitu juga dengan silih bergantinya antara siang dan
malam sebagai akibat dari peredaran matahari dan bulan. Setiap bulannya, bulan terbenam dan
muncul dengan sempurna dan ketika terjadi gerhana sinar matahari menghilang berubah menjadi
kegelapan. Dan dari tanah yang basah Allah menumbukan tanaman.

Berdasarkan kenyataan itu semua, maka jelaslah bahawa Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu,
yang dapat menghidupkan segala sesuatu yang telah mati dan hancur di dalam kubur. Oleh sebab itu,
bagi hamba-hamba Allah (yang beriman) wajib memperbanyak tafakur kepada Allah guna mempertebal
keyakinan bahawa masih ada lagi kehidupan setelah berada di alam kubur. Di samping itu, harus
mengakui akan adanya hari kebangkitan dan perhitungan amal selama hidup di dunia. Walhasil,
berdasarkan kadar iman yang dimilikikan, seorang hamba akan berusaha dengan sekuat tenaga untuk
senantiasa menjunjung tinggi segala yang diperintahkan Allah SWT dan menjauhi segala larangan~Nya.

Wallahu a'lam..

Petikan dari Kitab Nashaihul 'Ibad karangan Ibnu Hajar al-Asqalani


10 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh rahmat dan redha Allah SWT..aamiin

    Hati yang lembut ialah apabila seseorang itu sedar akan sifaf dzahirnya ialah dalam semua ciptaanNya dan sedar akan sifat bathin Allah lalu sentiasa muraqabah kerana merasai semua tindakannya diperhatikan Allah.

    Nampaknya kak bermasalah nak sign in blog Bangkit Kembali tu. Jadi kenalah update blog kesihatan ni. Entah bagaimana jadi begini dengan tiba-tiba. Bila kak sign out blog kesihatan tu dan sign in tetap dapat blog kesihatan. Jadi jemputlah singgah baca yang baru kak update semalam ada kaitan dengan asmaul husna "Az-Dzaahir".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...:)

      Terima kasih atas doanya, moga kakak juga sentiasa beroleh rahmat dan redha Allah SWT..aamiin

      Ya kak, hati adalah 'cermin' dari segala perbuatan kita. Setiap kita melakukan perbuatan, maka hati kita akan mencerminkan niat yang sesungguhnya dari perbuatan itu dan kerana hati yang lembut itulah yang akan menyelamatkan kita ketika hidup di akhirat nanti.

      Delete
  2. Sy diduga lg... tk mampu dh rasanya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sahabatku..

    Semoga diri sahabat dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan dikasihi Allah SWT..aamiin

    Hati adalah tempat untuk merasa bertuhan.
    Hanya hati yang lembut dapat merasakan hebat dan berkuasanya Allah SWT. Merasakan Allah ada peranan dalam hidupnya dan dalam pentadbiran alam ini.Tidak ada sesuatu pun yang terlepas dari pengetahuan dan penguasaanNya. Pada pengakhirannya nanti kesemua ciptaan ini akan kembali Allah SWT. Allahuakbar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabatku..

      Semoga dirimu juga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan dikasihi Allah SWT..aamiin

      Benar apa yang dikatakan, hati yang lembut adalah tapak yang baik untuk menerima segala ajaran dan peringatan dari Allah SWT dan Rasul~Nya, menyambut baik semua nasihat.

      Delete
  4. Assalamualaikum ...semoga saudara beroleh kesejahteraan,

    Hari ini baru ada kelapangan utk jalan-jalan...betul tu saudara, membina hati yg lembut adalh dari hati, hati adalah "cermin" dari segala perbuatan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Terima kasih atas doanya...dan sudi bertandang ke sini..:)

      Sebaik-baik hati adalah hati orang mukmin iaitu hati yang bersih, tegas dan lemah lembut . Sesungguhnya dengan ketiga-tiga sifat ini jadilah ia seorang mukmin yang dikasihi oleh Allah S.W.T.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.