Monday, May 30, 2011

Pilihan yang benar


بسم الله الرحمن الرحيم

“Janganlah kalian berguru atau bersahabat dengan orang yang tidak membangkitkan dirimu dan menunjukkan kepada Allah, baik keadaan rohani (haal) maupun kata-katanya. Ketika kalian berbuat buruk, ia memberitahu kalau perbuatan itu baik bagi kalian, kerana sesungguhnya kalian telah bergabung pada orang yang lebih buruk daripada diri kalian.”

Orang yang tidak membangkitkan dirimu, tingkah laku rohani maupun ucapannya yang bisa menunjukkan kepada Allah adalah orang yang sesungguhnya belum menempati posisi hakikat, belum mampu menghilangkan hasratnya dari sesama makhluk, bahkan dia lebih rela pada kepentingan dirinya.

Walaupun orang tersebut sangat luas pengetahuannya, sangat banyak ibadahnya, sangat dalam pemikirannya, sungguh orang yang demikian biasanya sangat menaruh kepercayaan kepada ikhtiar amalnya, dan memuji dirinya sendiri.

Sebaliknya orang yang bisa membangkitkan diri kalian, tindakan, tingkah laku jiwa maupun ucapannya menunjukkan diri kalian kepada Allah, adalah orang yang mampu menghilangkan pengantungannya terhadap sesama makhluk, sementara qalbunya penuh dengan Musyahadah terhadap hakikat Ilahiyah. Bahkan seandainya kalian memandang sejenak pun, kalian menjumpainya sangat sibuk dengan kepentingan Allah, bersama Allah, dan ketika ia bicara seluruh ucapannya sentiasa menuju satu titik simpul: Allah.

Sulthanul Auliya’ Syeikh Abul Hasan asy-Syadzily mengatakan, “Janganlah kalian berguru atau bergabung pada orang yang mementingkan dirinya dibanding diri kalian, kerana itu bisa tercela. Dan juga orang yang mementingkan dirimu dibanding dirinya, kerana hal itu tidak kekal.

Sufyan Astsaury berkata : "Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasa seperti mereka pula."

Sahl bin Abdullah berkata : "Berhati-hatilah (jangan) berkawan dengan tiga jenis manusia iaitu Pemerintah yang kejam, Ahli quraa' yang bermuka-muka dan Orang Tasawuf yang bodoh tentang hakikat tasawuf."

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata : "Sejahat-jahat teman yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau minta maaf atau selalu mencari alasan."

Bergabunglah pada orang yang apabila menyebut sesuatu senantiasa menuju kepada Allah. Dan Allah mencukupi orang itu ketika orang itu ada, begitu juga Allah menggantikannya ketika orang itu tidak ada. Ucapannya adalah Cahaya Qalbu, dan Musyahadahnya adalah kunci-kunci keghaiban rahasia…”

Untuk mencari panutan, pemimpin atau bahkan sahabat dekat orang yang benar-benar tingkah laku dan ucapannya senantiasa menjurus kepada Allah saat ini memang sukar. Kerana di tengah-tengah pergumulan zaman yang gila ini, para tokoh ummat, para pemimpin Islam, para Ulama dan Kyai semakin payah yang mementingkan ummat untuk menuju kepada Allah. Mereka malah sebaliknya saling bergelora untuk mementingkan dirinya sendiri, mementingkan sanak keluarganya, mementingkan perutnya.

[Al-Hikam - Imam Ibnu Athaillah Askandari]

Hidupkanlah hati dan fikiranmu dengan menerima dan memperhatikan nasihat. Jadikanlah kesolehan sebagai penolong untuk menghilangkan keinginan-keinginan nafsumu yang tidak terkendali. Binalah budi pekertimu dengan pertolongan keyakinan yang tulus pada agama dan Allah.

Wallahu'alam

Friday, May 27, 2011

Nasihat keempat...

Hikam No.2 - Berusaha Atau Bertawakal
إِرَ ادَتُكَ التَّجْرِيْدَ مَعَ اِقَامَةِ اللهِ اِيَّاكَ فِى اْلاَسْبَابِ مِنَ الشَّهْوَةِ الْخَفِيَّةِ
وَإِرَ ادَتُكَ الاَسْبَابَ مَعَ اِقَامَةِ اللهِ اِيَّاكَ فِى التَّجْرِيدِ اِنْحِطَاطٌ مِنَ الْهِمَّةِ الْعَلِيَّةِ

Oleh Syeikh Ali Jumaah Muhammad Abd Wahab
~Mufti Mesir~

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai anakku yang tercinta,

Selama mana engkau tidak beramal maka selama itulah engkau tidak mendapat pahala.

Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang telah beribadat selama 70 tahun lamanya, lalu Allah Taala mahu menunjukkan keadaannya kepada para malaikat, maka Allah Taala mengutuskan kepadanya seorang malaikat yang memberitahu bahawa: Walaupun ia telah beribadat 70 tahun lamanya namun ia masih belum layak untuk masuk ke dalam syurga.

Apabila malaikat ini selesai memberitahu hal ini kepadanya lalu ia berkata:

Itu bukan urusan saya. Saya diciptakan untuk beribadat kepada Allah. Maka itulah kerja yang mesti saya lakukan.

Apabila malaikat itu kembali kepada Allah lalu ia berkata:

Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang telah diperkatakannya.

Lalu Allah Taala berfirman:

"Apabila hambaKu itu tidak berpaling daripada beribadat kepada~Ku, maka Aku membalasnya dengan kemurahan~Ku, Aku juga tidak akan berpaling daripadanya. Wahai para malaikatKu bersaksilah kamu semua bahawa Aku telah mengampuni akan segala dosanya."

Dan telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang.

Dan berkata Saidina Ali k.w.:

Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha ia akan dapat masuk ke dalam syurga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja, dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan usaha sahaja ia akan masuk ke dalam syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah Taala.

Dan berkata Hasan al-Basri r.a.:

Mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa daripada segala dosa.

dan beliau berkata lagi,

Tanda faham hakikat ilmu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amalan, bukan meninggalkan amalan.

Dan bersabda Rasulullah s.a.w.:

Orang yang bijak itu orang yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah matinya. Dan orang yang bodoh ialah orang yang selalu memperturutkan kehendak nafsunya dan hanya banyak berangan-angan untuk mendapat kemurahan Allah Taala.

NASIHAT KEEMPAT
Ayyuhal Walad
Wahai Anakku Yang Tercinta
Imam al-Ghazali

Sumber : Akhi Ibnu Abas

Monday, May 23, 2011

Islam...


بسم الله الرحمن الرحيم


Kalian sendiri telah penuh percaya bahawasanya Islam itu sejahtera.

Bersyukurlah...diberkati Tuhan setiap langkah kita

Dalam bicara kehidupan tamadun yang laju maju berbagai bahtera.

Yang berjalan, belayar, terbang melayang lebih daripada segala kereta.

Sedarlah Teman, celeklah..bangunlah dan bergeraklah menuju haluan.

Lihatlah waktu pukul berapa, haribulan dan bulan apa?

Pandanglah ke hadapan apa yang ada...begitu juga yang dikiri dan kanan serta di belakang kalian...

Timbangkanlah tiap-tiap penglihatan itu dengan fikiran dan kecintaan yang tidak alpa!

Tidakkah kalian lihat dan ingat betapa bangkitnya Islam daripada seorang hamba Allah yang menjadi Pesuruh Allah.

Hingga berduyun-duyun beberapa hamba Allah daripada segala bangsa mempercayainya.

Hampir-hampir seluruh jajahan pemerintahannya di segenap bumi Allah.



Tetapi mengapa hari ini Islam menjerahak, siapa gerangan menganiaya.

Tiada seorang pun yang sanggup mengaku kelengahan dirinya.

Apatah lagi mengaku dirinya salah kerana disangkanya hina dan keji.

Tuhan mengetahui segala yang tersembunyi meskipun bagaimana perinya.

Tetapi kita selalu menegah tiada salah padahal menipu diri supaya terpuji.

Wahai saudara, wahai teman, wahai rakan serta sekalian akhwan.

Berpeganglah kepada teraju pergerakan Islam dan iman yang sebenar dan sejati!

Dalam segenap masa beringat-ingat, berjaga-jaga dan berbantu-bantuan!

Supaya kemajuan diperoleh daripadanya, dengan kemurahan Rabbul-izzati.

Bulan Melayu
1 Julai 1937



~Pesan buat diri yang sering lupa~

Jangan bangun rumahmu di tanah orang lain
Bekerjalah demi cita-citamu yang hakiki di dunia ini
Jangan sampai dirimu terjerat oleh pujukan orang asing
Siapa orang asing itu kecuali nafsumu yang berlebihan pada dunia?
Dialah sumber bencana dan kepiluan hidupmu
Selama hanya tubuh yang dirimu rawat dan manjakan
Jiwamu tidak akan subur, juga tidak akan teguh


Whenever we feel that we are down
And whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way to make our spirit strong