Friday, June 25, 2010

Jumaat yang indah...


بسم الله الرحمن الرحيم

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa untuk menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu hujan mula turun dan menjadi amat dingin. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia.”

Ayahnya terkejut dan berkata, “Bersedia untuk apa?”

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat.”

“Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun.”

Ayahnya menambah, “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini.”

Dengan merintih anaknya merayu, “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah.” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampirinya. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan lima puluhan. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah.” Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu,” dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum mengakhiri dia bertanya, "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu.”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini.” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi.”

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu.” “Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat.” “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.” Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi.”

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan hidayah yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka.”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Wallahu'alam...Terima kasih sahabat untuk article ini.

Anugerah dari Cikgu Amy Sensei..terima kasih kitak!


52 comments:

  1. Salam:):)

    Moga ktk sihat di sinun..:):)

    Sayu rasa di hati bila membacanya...
    Betapa rahmatnya dikurniakan anak yang sebegini...mulianya sifat si anak yang mengajak insan lain untuk menuju ke jalan Allah.....:):):)

    ReplyDelete
  2. --> Pn Kartini

    Salam..:):)

    Alhamdulillah kamek sihat jak sitok, moga kitak sihat juak sinun..:)

    Itulah kerja dakwah, ianya tidak terbatas kepada orang-orang tertentu sahaja. Setiap orang Islam ada peranan tertentunya dalam menyampaikan risalah yang Rasulullah s.a.w bawa. Sesungguhnya amat mulia kerja dakwah.

    Terima kasih kitak..:):)

    ReplyDelete
  3. Salam saudara abdul razak..

    subhanaAllah..di pagi-pagi Jumaat yang mulia, dengan membaca entry saudara yang begitu menyentuh rasa ni,telah berjaya buat air mata saya mengalir...

    ya Allah..... moga kita semua diberi kekuatan seperti anak kecil itu untuk menyampaikan dakwah Islamiyah, tidak kira dengan cara apa...

    ReplyDelete
  4. singgah sebelum mula kursus ni.
    Subahanallah..pengisian yg memberi ketenangan jiwa.Berbagahialah dan semoga mendapat manfaat di laman Araz.Syukran ya..maulana. salam

    ReplyDelete
  5. --> Afida Anuar

    Salam saudari afida..

    Luasnya medan dakwah. Serulah dengan apa cara sekalipun selagi mana cara itu masih di dalam lingkungan redhaNya. Dan pastikan berusaha untuk ikhlas.

    Moga Allah berikan kekuatan utk saya berada di sini hingga akhir hayat saya..

    ReplyDelete
  6. --> etuza

    Salam..

    Di mana ada manusia, di situ ada ajakan pada kebaikan

    Di mana ada manusia, di situ ada dakwah

    Selamat berkursus..:)

    ReplyDelete
  7. salam ustaz..sekadar ingin bertanya dimanakah gerangan blogger ustaz cahaya sekarang? sudah lama tidak berblogging..adakah ustaz tahu keadaannya sihat atau tidak?? merindui tulisannya juga selain entri ustaz yg amat bermanfaat ini :-)

    ReplyDelete
  8. --> sahromnasrudin

    Salam...

    Saya tidak mengetahui gerangannya sekarang ni dan saya tidak mendapat berita apa-apa darinya. Kita doakan moga dia sihat

    ReplyDelete
  9. Salam Jumaat,

    dingin hari dilimpahi hujan rahmat ..

    betapa sedihnya melihat banyak anak-anak teraniaya kerana terlebih didikan

    sedih melihat betapa banyak ibu bapa terbiar kerana kesebokan anak-anak

    ReplyDelete
  10. --> ikan emas

    Salam Jumaat..:)

    Minda generasi muda penting diperkasa dan pada masa sama kemahiran berfikir perlu diberi. Antara kekuatan minda dan kemahiran berfikir, ia perlu dipandu oleh nilai. Tanpa nilai, apa yang difikir boleh menjadikan pemikiran hampa dan kosong.

    ReplyDelete
  11. --> cemomoi

    Saya pun tersentuh juga...

    ReplyDelete
  12. salam,

    begitulah Allah SWT tu Maha Mengetahui dan sebarang pekerjaan yang dilakukan yang penting kerja tu biarlah ikhlas agar mendapat keredhaanNya, hatta dapat membantu orang lain jua..

    ReplyDelete
  13. --> penjejak maya

    Salam..

    Yang penting bila berdakwah mengikhlaskan diri kepada Allah Azza wa Jalla, bukan kerana keinginan untuk ria’ dan sum’ah dan bukan pula untuk mendapatkan pujian dan sanjungan manusia.

    ReplyDelete
  14. Salam...

    Pernah baca article ini.. tp tetap membaca sekali lagi... mmg menyentuh hati..

    Moga kita bertemu lagi dengan Jumaat yang indah ini seterusnya... :)

    ReplyDelete
  15. --> Dida

    Salam..

    Terima kasih...moga sihat hendaknya..:)

    Moga Allah pertemukan..ameen

    ReplyDelete
  16. salam alaik akh..

    moga sihat hendak nya :)

    syukran ats perkongsian artikel ni..sangat terharu sehingga mengalir air mata..

    ssungguhnya hidayah itu milik Allah.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbt
    Ketika Nabi Adam a.s. dan Hawa turun kebumi, Allah SWT telah menetapkan bahawa setiap manusia pasti akan datang kpd mrk petunjuk dari Allah SWT walau dlm apa cara sekalipun (Surah AlBaqarah: فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ ,Ada pun ia pasti datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
    Cumanya manusia kena usaha dan hijrah utk mendapatkan petunjuk tersebut dlm keadaan senang atau susah disegenap penjuru (Surah FussilaT;53 سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ
    Wallahualam

    ReplyDelete
  18. --> melatidaisy

    Wa'alaiki salam...

    alhamdulillah sihat, moga ukti sihat juga hendak nya :)

    Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah sahajalah yang dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, dari kemaksiatan kepada ketakwaan, dari kezaliman kepada keadilan, dari kegelapan kepada cahaya kebenaran dan dari kegelisahan kepada ketenangan jiwa.

    ReplyDelete
  19. --> tajnur

    Wa'alaikumusalam wbrt..

    Jelas di sini bahawa Allah sahaja yang berkuasa untuk mengurniakan hidayah petunjuk-Nya kepada mana-mana manusia yang dikehendakiNya supaya beriman kepadaNya. Orang yang mendapat hidayah Ilahi tersebut akan segera merasa lega dan lapang dadanya. Sebaliknya orang yang tertutup pintu hatinya dari menerima hidayah Allah itu akan merasa cemas dan buntu sebagai balasan di atas penderhakaannya kepada Allah.

    Allah berfirman maksudnya: Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman. (Surah al-An’am, ayat 125)

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum...syukran atas perkongsian cerita yg sungguh mengesankan ini. benarlah...Allah sentiasa dgn mereka yg ikhlas..walau sekecil mana hambanya itu.

    ReplyDelete
  21. salam.

    sebuah kisah buat renungan bagi yang suka bertangguh2 untuk membuat kebaikan. kerana budak kecil itu tidak bertangguh, dia telah menyelamatkan satu nyawa dan menambah seorang lagi umat Islam.

    semoga saya dapat mengurangkan tabiat suka bertangguh.

    ReplyDelete
  22. Assalamu'alaikum,
    Jagalah 5 perkara sblm dtg 5 perkara...

    ReplyDelete
  23. --> nahmy

    wa'alaikumusalam..

    Sesungguhnya dakwah itu kerja mulia dan tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja..

    ReplyDelete
  24. Tazkirah yang indah di Jumaatyang indah....

    Moga hati-hati kita juga turut menjadi indah....seindah agama kita.

    ReplyDelete
  25. --> al-lavendari

    Salam...

    Dunia bukanlah tempat untuk bersenang-senang sepanjang masa. Jadikanlah diri kita seperti orang yang berdagang/mengembara, yang merindui kampung halaman yakni kampung akhirat.

    Jangan bertangguh dalam perkara akhirat, seperti sabda Rasulullah s.a.w., Ibn Umar berkata: "Jika engkau berada di waktu petang, janganlah ditunggu tibanya waktu pagi, maka jika engkau berada di waktu pagi, janganlah ditunggu tibanya petang, dan gunalah sihatmu dan sihatmu untuk matimu." (Riwayat Al-Bukhari)

    ReplyDelete
  26. --> ckg rash

    Wa'alaikumusalam...

    Jangan kita terlena, terutama pada saat kita muda, sehat, kaya, lapang, dan pada saat kita masih hidup. Terus kuatkan diri, terus perbaiki diri, kita harus lebih baik hari ini dari kemarin dan esok harus lebih baik dari hari ini.

    ReplyDelete
  27. --> ckLah

    Indah untuk difikirkan dan dilaksanakan dakwah walaupun hanya dengan sepotong ayat...ataupun hanya dengan menunjukkan sifat dan sikap kita kepada umum

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum wbt
    Apa kabar kitak tek? Bagus Ooo! Kerja dakwah, petunjuk, jodoh, rezeki dsb, kita kena `nganso` (encarik bah). Mun sik dipecahkan ruyung, macamneyla kita nok dpt bigik mulungya? Mcm ya juak perkara melibatkan kehidupan nok kamek padah! Mun sik dtang, kita sik buleh nyalahkan sesiapa, nang udah nasib kita macam ya! Semua malam adalah indah, cuma takdir kita ajak sik tentu bergantung kpd usaha encarik. Nok nikah pun, kenala pandey nganso (kata org sebelah Bahagian Kedua Swk)
    Wassalam

    ReplyDelete
  29. Salam sahabatku :)

    Walaupun hidayah itu dari Allah swt namun manusia harus bersungguh2 mencarinya krn setiap orang yg bersungguh2 mencari hidayah Allah,pasti Allah membukakan jalan untuknya..

    Moga sahabat sihat dan selamat berhujung minggu.. :)

    ReplyDelete
  30. salam kitak...

    kitak bait kah?
    kamek bait jakk...

    makaseh kitak sudi ngambik tanda hati ya makey ingatan di alam maya..hehe..

    moga kitak kekal ceria..bahagia sentiasa..

    mupok lok..jumpa gik oowh..

    ReplyDelete
  31. oopppss..

    selamat berhujung minggu buat kitak sekeluarga...

    siney kitak jalan-jalan hujung minggu tek?

    :)

    ReplyDelete
  32. --> tajnur

    wa'alaikumusalam...

    Alhamdulillah. Nang pandey kita kakar sarawak owh...mun kamek di kuching tok nang sik ada makey gilak perkataan `nganso` ya!

    Anyway..thanks kitak

    ReplyDelete
  33. --> Arianni

    Salam sahabatku :)

    Benarnya kata sahabat tu, hidayah Allah itu mesti di cari, barulah Allah akan bukakan jalannya.

    Ketahuilah sesungguhnya jalan kembali kepada Allah sungguh hebat, manisnya hanya orang itu sahaja yg tahu.

    Moga sahabat sihat juga di sana dan selamat berhujung minggu.. :)

    ReplyDelete
  34. --> Cik Amy Sensei

    Salam kitak...

    Alhamdulillah kamek bait jak, arap kitak bait juak

    Makaseh kitak juak kerana sudi merik tanda hati ya! Moga nya kelak jadi kenang-kenangan kay kamek kelak.

    Selamat berhujung minggu juak utk kitak, jangan lupak pegi pasar minggu di satok ya! hehehe

    Kamek sik ada pegi cney2 hujung minggu tok terperuk jak di rumah.

    Moga kitak bahagia juak..:)

    ReplyDelete
  35. Salam manis and sentiasa ceriaa..

    Ada kedamaian di sini
    juga di hati ini ...

    ReplyDelete
  36. Salam...

    Betapa besarnya jiwa kanak-kanak itu, betapa kerdilnya jiwa saya ini...Tunjukilah kami ya Allah...Ameen

    ReplyDelete
  37. --> LiNda

    Salam...

    Moga sentiasa rasa damai di hati..

    Terima kasih..:)

    ReplyDelete
  38. --> Ros Illiyyuun said...

    Salam kitak..:)

    Sungguh jiwanya besar..

    Apa yang paling baik bagi kita ialah terus berusaha, bekerja dan berkorban untuk mengajak masyarakat kembali kepada al-Islam. Kita berdoa kepada Allah SWT agar kita digolongkan di dalam Kafilah Dalwah atau Kafilah Mujahidin.

    ReplyDelete
  39. ni kali ke 3 sy bace cerita ni dan sy masih x jemu!

    sy suka!

    ReplyDelete
  40. --> n0vemBer zuLu

    Byk kali juga saya membaca ceritanya dan tak pernah rasa jemu..

    Saya pun suka!

    ReplyDelete
  41. Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa saja yang dikehendakinya sebab itulah kita tidak wajar berputus asa dalam berdakwah biarpun banyak rintangan dan dugaan.

    ReplyDelete
  42. tersentuh membaca artikel ini razak..
    terima kasih

    ReplyDelete
  43. --> Tirana

    Kita sebagai hamba tugasnya hanya menyampaikan kebaikan dan hidayah itu adalah atas kehendak Allah SWT. Keberhasilan akan terpancar jika usaha ke arahnya dilakukan bersungguh-sungguh dan berserah kepada Allah SWT.

    ReplyDelete
  44. --> a kl citizen

    Moga ada manfaatnya, cikgu

    Terima kasih..:)

    ReplyDelete
  45. Salam Abd Razak,

    Allahuakhbar, Maha Suci Allah, memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.

    Cerita yang amat menginsafkan.

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum

    tersentuh membaca n3 ini.. betapa hebatnya jika di kurniakan anak sebegini.. sejuk ja perut ibu :)

    apa khabar saudara.. harap sihat selalu ya.. maaf ya maiza baru sempat berbalas kunjung.. dah teringin sangat nak blogwlking, tapi masa mencemburui.. tika semua sudah di buai mimpi.. baru maiza melangkah.. jari-jemari menari senada.. mengikut arah :)

    ReplyDelete
  47. --> Kunang-kunang

    Salam Kak Ani,

    Terima kak kerana sudi menziarahi saya di sini..

    Sungguh hidayah itu milik Allah Azza wa Jalla..

    ReplyDelete
  48. --> MaizaC'Joe

    Wa'alaikumusalam..:)

    alhamdulillah saya sihat...tak mengapa maiza, kesibukan menghalang segalanya..

    ReplyDelete
  49. salam sahabat ^_^

    cerita yg menarik...TQ
    **hidayah dari ALLAH**

    ReplyDelete
  50. --> cun09

    Salam sahabatku ^_^

    Terima kasih sudi datang..

    Moga dah sihat..:)

    ReplyDelete
  51. salam...
    artikel yg sgt menyentuh hati..
    tq atas pengkongsian ini..
    moga smua dpt manfaat darinya..
    Insya ALLAH

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.