Friday, October 22, 2010

Jujur dalam kemiskinan...


بسم الله الرحمن الرحيم

Pada zaman pemerintahan Umar bin Khatab hiduplah seorang janda miskin bersama seorang anak gadisnya di sebuah pondok tua di pinggiran kota Mekah. Keduanya sangat rajin beribadah dan bekerja untuk memenuhi keperluan hidup mereka sehari-hari. Setiap pagi, selesai solat subuh, keduanya memerah susu kambing di kandang. Penduduk kota Mekah banyak yang menyukai susu kambing wanita itu kerana mutunya yang baik.

Pada suatu malam, Khalifah Umar ditemani pengawalnya melawat seluruh negeri untuk melihat dari dekat keadaan hidup dan kesejahteraan rakyatnya. Setelah beberapa saat berjalan, sampailah khalifah di pinggiran kota Mekah. Beliau tertarik melihat sebuah pondok kecil dengan cahaya yang masih kelihatan dari dalamnya yang menandakan bahawa penghuninya belum tidur. Khalifah turun dari kudanya, lalu mendekati pondok itu. Samar-samar telinganya mendengar percakapan seorang wanita dengan anaknya.

"Anakku, malam ini kambing kita hanya mengeluarkan susu sedikit sekali. Ini tidak cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan kita besok pagi," keluh wanita itu kepada anaknya.

Dengan tersenyum, anak gadisnya yang beranjak dewasa itu menghibur, "Ibu, tidak usah disesali. Inilah rezeki yang diberikan Allah kepada kita hari ini. Semoga besok kambing kita mengeluarkan susu yang lebih banyak lagi."

"Tapi, aku khawatir para pelanggan kita tidak mahu membeli susu dengan kita lagi. Bagaimana kalau susu itu kita campur dengan air supaya kelihatan banyak?"

"Jangan, Bu!" Gadis itu melarang. "Bagaimanapun kita tidak boleh berbuat curang. Lebih baik kita katakan dengan jujur pada pelanggan bahawa hasil susu hari ini hanya sedikit. Mereka tentu akan memahaminya. Lagi pula kalau diketahui halnya, kita akan dihukum oleh Khalifah Umar. Percayalah, ketidakjujuran itu akan menyiksa hati."

Dari luar pondok itu, Khalifah Umar semakin teruja ingin tahu terusnya perbualan selanjutnya antara janda dan anak gadisnya itu.

"Bagaimana mungkin khalifah Umar tahu!" Kata janda itu kepada anaknya. "Saat ini beliau sedang nyenyak tidur di istananya yang megah tanpa pernah mengalami kesulitan seperti kita ini?"

Melihat ibunya masih tetap bersifat keras dengan alasannya, gadis remaja itu tersenyum dengan lembut dan berkata, "Ibu, memang Khalifah tidak melihat apa yang kita lakukan sekarang. Tapi Allah Maha Melihat setiap gerak-geri makhluknya. Meskipun kita miskin, jangan sampai kita melakukan sesuatu yang dimurkai Allah."

Di luar pondok, khalifah tersenyum mendengar kata-kata gadis itu. Beliau benar-benar kagum dengan kejujurannya. Ternyata kemiskinan dan himpitan keadaan kehidupan mereka tidak membuatnya terpengaruh untuk berlaku curang. Setelah itu khalifah mengajak pengawalnya pulang.

Keesokan harinya, Umar memerintahkan beberapa orang untuk menjemput wanita pemerah susu dan anak gadisnya untuk menghadap kepadanya. Beliau ternyata bermaksud untuk menikahkan puteranya dengan gadis jujur itu.

Sungguh sebuah teladan bagi kita semua, bahawa kejujuran kerana takut kepada Allah adalah suatu harta yang tak ternilai harganya. Mungkin ini yang sulit kita dapatkan sekarang.

Kejujuran sentiasa mendatangkan berkah, sebagaimana disebut dalam hadith yang diriwayatkan dari Hakim bin Hizam dari Rasulullah s.a.w., beliau bersabda, “Penjual dan pembeli diberi kesempatan berfikir selagi mereka belum berpisah. Seandainya mereka jujur serta membuat penjelasan mengenai barang yang dijualbelikan, mereka akan mendapat berkah dalam jual beli mereka. Sebaliknya, jika mereka menipu dan merahsiakan mengenai apa-apa yang harus diterangkan tentang barang yang dijualbelikan, maka akan terhapus keberkahannya.”

Wallahu'alam, moga ada manfaatnya.

Barangsiapa masuk ke kubur tanpa membawa bekal, maka seolah-olah ia mengarungi lautan tanpa perahu.
~Sayyidina Abu bakar Ash-Shiddiq~

64 comments:

  1. sALAM,

    Moga awak sihat ketika ini bersama keluarga dan sahabat.

    Alhamdullilah , kejujuran gadis itu telah memberinya kebaikkan . Hingga mendapat jodoh yang baik .

    Sejujurnya ,

    setiap n3 awak, saya akan membaca dan ulang membaca sehingga saya benar2 faham . Barulah kepuasan itu timbul .

    ReplyDelete
  2. Salam saudara abdul razak.
    Moga saudara dan kita semua sentiasa dikurnia rahmat dan kasih sayang dari Allah..insyaAllah.

    Tertarik saya dengan entry saudara pada pagi Jumaat yang mulia ni. Sesungguhnya jujur dalam setiap pekerjaan itu, insyaAllah akan dibalas dengan kebaikan dari arah yang tidak kita sangka-sangka..
    waAllahualam.

    ReplyDelete
  3. salam sahabat,
    semoga sentiasa dalam redha Allah.

    cabaran bersikap jujur ada di mana2saja dan bersikap jujur terhadap diri sendiri juga merupakan satu cabaran.

    lebih mencabar apabila terpaksa 'membantah' pendapat mereka yang kita hormati dan kasihi seperti kisah si gadis demi mempertahankan kejujuran dan mencari keberkatan.


    p/s- alhamdulillah saya sentiasa mengamalkan ayat2 sifa' yang sahabat berikan baru2 ini sama ada ketika bertadarus bersama keluarga atau sendirian. sekurang2nya kesan serta merta ialah ianya byk membantu kekuatan rohani saya mghadapi ujian Allah. Insya-Allah sihat atau sakit saya akan amalkan sampai bila2.

    semoga pahala mengalir berterusan kepada sahabat selama ayat2 tersebut kami jadikan teman. tolong doa2kan saya.

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..hebat situasi di atas..begitu jujur sekali gadis itu..jika hendak dibandingkan dengan zaman sekarang, ramai usahawan kita telah lari dari konsep perniagaan Islam..tipu timbangan, kuah yang sikit dicampur air sehingga hilang rasanya dan pelbagai lagi..saya fikir itulah sebabnya usahawan Melayu Islam kita banyak yang gagal dalam perniagaan kerana tiada kejujuran...

    ReplyDelete
  5. Salam Abd Razak.

    Semoga sihat dan diredhai Allah.

    Kak sedang menghabisi membaca buku Khalifah Zuhud Umar bin Abdul Aziz. Memang banyak pengajarannya.

    Daripada kisah yang Abd Razak paparkan ini lahirlah Khalifah Umar bin Abdul Aziz cicit kepada Saidina Umar bin Kahttab.

    Di sini banyak pengajaran antaranya ialah bila perkahwinan dilakukan antara orang-orang yang bertakwa akan lahir pula keturunan yang bertakwa.

    Syariat Islam melarang keras umatnya hilang pertimbangan apabila berada dalam kesusahan dan kesempitan sanggup melanggar batas-batas hukum Allah dan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Islam.

    Adalah menjadi harapan kak agar diri kak ini terlepas daripada ketamakan hingga lupa akan nilai kejujuran.

    ReplyDelete
  6. salam,

    Tazkirah pagi Jumaat yang dapat mempertingkatkan kesedaran dan iman. Moga ketidakjujuran dam urusan perniagaan dapat kita tiadakan.

    ReplyDelete
  7. banyak yang terlupa (termasuk le aku juga) Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar

    ReplyDelete
  8. menarik :)

    akhirnya kejujuran membawa satu rahmat yg tidak terduga..

    ReplyDelete
  9. --> LiNda

    Salam...

    Alhamdulillah saya sihat...

    Kejujuran membawa gadis itu bersikap berani, kerana ia kukuh tidak lentur, dan kerana ia berpegang teguh tidak ragu-ragu.

    Terima kasih awak..

    ReplyDelete
  10. --> Afida Anuar

    Salam Saudari Afida

    Ya moga yang didoakan itu Allah makbulkan...

    Nabi menganjurkan umatnya untuk selalu jujur kerana kejujuran merupakan dasar akhlak mulia yang akan mengarahkan pemiliknya kepada akhlak tersebut, sebagaimana dijelaskan oleh Nabi, “Sesungguhnya kejujuran membawa kepada kebajikan.”

    Kebajikan adalah segala sesuatu yang meliputi makna kebaikan, ketaatan kepada Allah, dan berbuat bajik kepada sesama.

    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  11. --> piewahid

    Salam sahabat,

    Semoga sahabat juga sentiasa dalam redha~Nya..

    Ya memang benar jujur pada diri sendiri amat payah dan salah satunya adalah menyembunyikan ketaatan dan kesusahan, dan tidak senang orang lain mengetahuinya.

    Mudah-mudahan Allah kembalikan kesihatan saudara semula dapat kembali untuk terus beribadah. Saya hanya menyampaikan tidak lebih dari itu, hanya kepada Allah sahajalah kita berserah diri dan minta pertolongan dari~Nya..

    ReplyDelete
  12. --> sahromnasrudin

    Salam sdra..

    Benar apa yang sdra katakan, jangan kerana hendak meraih keuntungan lebih, perkara yang salah dilakukan. Ingatlah bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat yang buruk seperti rezeki yang diperolehi tiada keberkatan di dalamnya, hilang kepercayaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doanya, akan mendapat tempat yang hina di sisi Allah SWT dan dimasukkan ke dalam api neraka, sabda Rasulullah s.a.w. bermaksudnya :

    "Dari Khaula Al-Ansariah r.a. ia berkata : Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda : Bahawasanya orang yang mencampur adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

    ReplyDelete
  13. --> Werdah

    Salam Kak Werdah..:)

    Alhamdulillah saya sihat, moga kakak sihat juga di sana serta diredhai Allah.

    Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian anak-anak muslim sejati.

    Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan mereka nanti dijauhkan dari hilang pertimbangan apabila berada dalam kesusahan dan kesempitan sanggup melanggar batas-batas hukum Allah.

    Terima kasih kak..

    ReplyDelete
  14. --> ahmad humairi

    Salam...

    Sifat jujur dan amanah merupakan modal utama dalam segala apa jua urusan pekerjaan, kerana dengan memiliki sifat sedemikian akan mencapai kemajuan dan kejayaan..

    ReplyDelete
  15. --> cemomoi

    Sememangnya kita manusia tidak boleh lari dari sifat lupa, namun tegur-menegur dan nasihat-menasihati demi kesatuan umat Islam itu perlu dilakukan sebilangan masa...

    ReplyDelete
  16. --> deena farhana

    Terima kasih deena..:)

    Sungguh kejujuran itu membawa kepada kebajikan dan kebaikan..

    ReplyDelete
  17. salam saudara Abdul Razak..
    betul apa yang terkandung dalam kisah ini..kejujuran di nilai Allah,tapi adakah sekarang peniaga bersifat begitu..?kebnyakannya pasti cuba menipu walau dalam niat sekalipun meskipun bukan perbuatan..



    New Entry "Hikmah Dalam Wuduk"

    ReplyDelete
  18. --> zulkbo

    Salam sdra..

    Nilai kejujuran adalah landasan dan dasar dari perilaku manusia yang baik.

    Harta yang diperolehi dari aktiviti penipuan adalah haram. Islam mengharamkan seluruh bentuk penipuan, baik dalam masalah jual-beli, mahupun dalam pelbagai jenis macam mu’amalah.

    ReplyDelete
  19. salam ustaz.

    susah hendak mencari peniaga yang jujur sekarang ini .. baik mereka penjual durian mahupun penjual kereta.

    dari kisah tersebut juga, diperhatikan bahawa si anak lebih jujur dari ibunya yang mana sepatutnya ia sebaliknya.

    kisah yang banyak iktibarnya.

    ReplyDelete
  20. --> al-lavendari

    Salam THJ...

    Mungkin peniaga-peniaga Islam terikut2 dengan langkah yang menyimpang dari ajaran agama hingga semakin sukar utk kita mencari yg benar2 jujur.

    Bidang perniagaan yang semakin mencabar mestilah diiringi dengan sikap jujur bukannya menekan pengguna kerana keuntungan bersih dalam perniagaan biarlah lebih 'bersih' dan bebas daripada aspek penipuan atau penyelewengan.

    ReplyDelete
  21. dari keturunan anak umar dan gadis jujur itu lahirnya umar bin abdul aziz

    ReplyDelete
  22. Salam Abd Razak,

    Semoga Abd Razak berada dalam keadaan sihat sentiasa.

    Jujur dalam mencari rezeki memberi keberkatan kepada rezeki yang kita dapat.

    ReplyDelete
  23. salam brother Razak
    bukan senang berjumpa dengan manusia yang jujur pada penjualannya

    lagi2 bila kita pergi ke pasar2 tani
    mereka hanya mementingkan wang dari bersikap jujur pada pelanggan

    kebanyakkan mereka tertipu kerana wang yang dikembalikan tidak tepat
    malahan mengambilnya tanpa rasa takut pada Allah...

    yang menjual santan pekat pula
    sanggup mencapurkan air pd santan itu
    dan meletakkan papan dengan tanda SANTAN PEKAT.. jujurkah mereka??

    ReplyDelete
  24. aku puji gadis jujur ini
    dan balasannya Allah SWT memberi
    jodoh yang tepat padanya..

    ReplyDelete
  25. --> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Dia menjadi pemerintah yang sangat terkenal dengan keadilannya sehingga di waktu itu tiada rakyatnya miskin yang layak untuk menerima zakat...

    ReplyDelete
  26. --> Kunang-Kunang

    Salam Kak Ani..

    Semoga Kakak juga berada dalam keadaan sihat sentiasa.

    Rezeki yang berkat akan melahirkan insan yang mulia dan berakhlak tinggi..

    ReplyDelete
  27. --> Nur Misnan

    Salam sis..

    Seharusnya kita mengutamakan keredhaan Allah dan keberkatan mencari rezeki yang halal supaya perniagaan sentiasa berada dalam garisan syariat dan terhindar daripada corak perniagaan orang-orang kafir yang terdapat unsur penipuan, riba’, pengurangan dalam timbangan dan lain-lain.

    Oleh itu, kejujuran, amanah, menjaga segala gerak geri dan tutur kata amat penting bagi seorang ahli perniagaan kerana sifat-sifat mulia itu akan menjadikan seseorang peniaga itu dipercayai. Rasulullah melarang jual beli barang yang mengandungi unsur tipu daya.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  28. --> Nur Misnan

    Sungguh iman si gadis itu ternyata sangat tinggi nilainya sehingga membuat Khalifah Umar Al-Khattab mengambilnya sebagai menantu...

    ReplyDelete
  29. razak...

    bercakap untuk jujur mudah, tapi hendak mempraktikkannya tu yang menuntutkekuatan hati

    saya pun ingin menjadi sejujurnya

    ReplyDelete
  30. --> a kl citizen

    Ya cikgu...

    Kadang ada orang berjanji tapi bila sampai masanya tidak ditepati dengan memberi alasan yang kadangkalinya tidak terjangkau oleh fikiran...

    ReplyDelete
  31. Salam tuan, semoga sihat selalu...
    terimakasih atas entry yang sangat bermanfaat ini...

    tak rugi baca

    insyaALLAH ALLAH kurnia pahala untuk tuan dan semua pembaca...

    ReplyDelete
  32. 'jujur' - betapa mudah memperkatakannya dari melakukan dan mengamalkannya...kita boleh mengatakan yg kita jujur atau 'memperlihatkan' yg kita jujur tp Dia maha mengetahui..

    ReplyDelete
  33. Salam..:)

    Moga kitak memperolehi nikmat kesihatan yang berpanjangan& diberkatiNya selalu...:)

    Kejujuran yg didambakan bisa membuahkan kepercayaan biarpun ia terselindung...namun terkadang kita bisa merasai kejujuran itu..

    :)

    P/s:Maaf kmk ..terlambat komen kali tuk..

    ReplyDelete
  34. Salam sahabatku :)

    Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan kepada sahabatku yg mulia..

    Sesungguhnya kejujuran itu kayu pengukur keimanan seseorang itu. Ternyata gadis itu seorang yg wara' dan benar-benar beriman.

    Rasa takut kepada Allah..takut akan siksaNya melebihi dari segalanya. Memang benar, ini yg sukar kita temui pada hari ini..

    ReplyDelete
  35. ...kejujuran. Satu elemen pelengkap kebahagiaan.

    ReplyDelete
  36. Barangsiapa masuk ke kubur tanpa membawa bekal, maka seolah-olah ia mengarungi lautan tanpa perahu.
    ~Sayyidina Abu bakar Ash-Shiddiq~

    adoi, malan dalam hu3

    ReplyDelete
  37. Salam,

    Jujur atau tidak kita terletak pada kuat atau tidaknya kita berpegang pada tali Allah.

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum wbt
    Pengajaran yg sangat menarik untuk jadikan tauladan dlm menceritakan kejujuran manusia. Apatah lagi, dizaman ketika kejujuran sudah hampir hilang dlm jiwa manusia inilah kita perlu sedarkan betapa pentingnya ganjaran yang akan diterima bukan dr manusia tetapi dr Allah SWT sendiri.Tapi apa yg kamek ingin ketengahkan disituk ialah mengenai kehidupan dizaman Khalifah Umar r.a. sik menggambarkan kehidupan yg negara Islam yg sebenarnya. Maaf jak, kamek komen sekadar utk dirik kamek. Dlm negara Islam (x ada dimana2 negara)semua rakyat mendpt rumah, tanah, air, api dan garam dgn percuma. Selain tu mrk mendpt 3 jenis hakmilik diantaranya hakmilik awam dimana setiap hasil mahsul bumi negara tsbt mesti diagihkan kpd setiap muslimin spt dlm Surah AlA`raaf:32 dan boleh didapati dlm mana2 perbahasan kitab mazhab. maknanya, susah nak mencari mrk yg miskin krn khalifah mesti bertanggung-jawab jika ada yg tidak sampai hak2 tsbt. Wallahualam

    ReplyDelete
  39. salam kitak..

    apa khabar kitak ritok?
    moga kitak salu bait jak oowh..
    kamek bait jak..alhamdulillah..

    apa polah kitak tok..
    busy jak kitak tok ehh..hehe


    p/s: ney blogger tajnur tek? lamak sik nangga..hehe

    ReplyDelete
  40. salam,
    sebuah kisah hikmah yang perlu diteladani manusia zaman sekarang,
    apa boleh saya copy ke blog saya ?

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum.
    Semoga diberkati Ilahi.

    Kejujuran amat penting bagi setiap muslim mukmin tidak kira sama ada mereka miskin atau kaya.

    Dalam realiti sekarang, sukar menemui orang berada yang jujur, pun begitu yang tidak berada juga melupakan kejujuran demi sesuap nasi.

    Pandangan saya bukan mahu membuat generalisasi, hanya untuk perkongsian.

    TQ

    ReplyDelete
  42. sy slalu berfikir.. ssh nk jd insan yg hatinya mulia.. tp sy akan fikir yg ssh itulah sy kene usaha krn ia akan mmbuahkan hasil di belakang hari

    ReplyDelete
  43. --> Abi Al-Baihaqi (RKA)

    Salam ya Abi, alhamdulillah saya sihat, moga abi pun sihat di sana..

    Membaca itu kian menambahkan ilmu pengetahuan..

    Terima kasih atas doanya..

    ReplyDelete
  44. --> nahmy

    Salam..

    Hati yang jujur itu payah dicari dan dimiliki, hanya orang yang berusaha menuju ke arah itu dan bertawakkal sahaja yang Allah akan kurniakan padanya..

    ReplyDelete
  45. --> Pn Kartini

    Salam..:)

    Semoga kitak juak memperolehi nikmat kesihatan yang berpanjangan dan dalam kasih sayang~Nya selalu...:)

    Begitulah, kejujuran. Pada satu sisi ia didamba, pada sisi lain ia ditakuti. Pada sisi yang menyangkut hak, ia selalu dipertanyakan. Pada sisi kewajipan, ia sering dilenyapkan.

    Semestinya, pada segala sisi, kejujuran haruslah dijunjung tinggi. Katakanlah sejujurnya, lakukanlah sejujurnya, maka habuannya adalah syurga

    P/s: Sik apa kitak...kamek tauk kitak gago..:)

    ReplyDelete
  46. --> Arianni

    Salam sahabatku :)

    Terima kasih atas doa sahabat itu.

    Kejujuran adalah kunci keberkahan. Kalau kejujuran sudah hilang di tengah-tengah masyarakat, keberkahannya pun akan hilang pula. Dan, apabila keberkahan sudah hilang, kehidupan menjadi kering, hampa tanpa makna.

    Kehidupan diwarnai dengan kegelisahan, kekhawatiran, ketakutan, kecemasan, dan kekecewaan kerana sulit mencari manusia yang jujur.

    ReplyDelete
  47. --> ckLah@xiiinam

    Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, "Hendaklah kalian berperilaku jujur, kerana jujur itu akan menunjukkan kepada kebaikan, dan kebaikan itu akan menunjukkan ke pada syurga." (Muttafaqun ’Ilaih)

    ReplyDelete
  48. --> HASRUL NIZAM

    Sangat dalam maknanya...

    Perahu itu amal...

    ReplyDelete
  49. --> Ros Illiyyuun

    Salam,

    Benar. “Jikalau mereka jujur (imannya) kepada Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” (Muhammad: 21)

    ReplyDelete
  50. Salam ziarah ..

    moga sihat and ceria bersama keluarga dan sahabat ..

    nama diatas . Wahh.. ekspress dari saya :)

    ReplyDelete
  51. --> tajnur

    Wa'alaikumusalam...

    Kejujuran adalah akhlak yang tinggi, asas segala keutamaan, dengannyalah roda kehidupan akan lurus dan berjalan dengan lancar, sungguh kejujuran akan mengangkat derajat pelakunya disisi Allah SWT dan di tengah-tengah manusia, maka dengan itu Allah memerintahkan untuk bersama dengan orang-orang jujur.

    Terima kasih kitak..

    ReplyDelete
  52. --> Adinda Amy Sensei

    Salam kitak..

    alhamdulillah kamek bait jak..
    harap kitak bait juak ritok..

    aritok sik bz gilak..
    bok pas jogging tek..:)

    p/s: kamek pun tercarik2 juak ngan tajnur ya...panjang umurnya ada nya komen atas nun..:)

    ReplyDelete
  53. --> Admin P@P

    Wa'alaikumusalam..

    Tiada keindahan yang menyejukkan daripada kebahagiaan kerana kejujuran.

    Ya, orang rela mengorbankan kejujurannya demi kepentingan diri, pangkat, jawatan dan lain-lain.

    ReplyDelete
  54. --> maiyah

    Ya, teruskan usaha agar ianya membuahkan hasil kelak..

    ReplyDelete
  55. --> Danish Zulkeflee

    Wa'alaikumusalam Danish...

    Belajarlah bersungguh-sungguh dan jangan lupa segala perintah Allah dan juga jauhi segala larang~Nya..

    ReplyDelete
  56. --> adnan

    Salam sdra..

    Ya sdra sila buat salinan kat blog..:)

    ReplyDelete
  57. --> LiNda

    Salam..

    alhamdulillah saya sihat, moga awak sihat juga di sana bersama keluarga tercinta..

    erm...cepatnya anak awak tu..:)

    ReplyDelete
  58. salam,
    hikmahnya telah terpasang di blog saya, trima kasih sebesar-besarnya.

    ReplyDelete
  59. --> adnan

    Salam...

    Terima kasih kerana mahu memanjangkan hikmahnya..

    ReplyDelete
  60. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH INI. SEBAGAI MUSLIM, KITA PERLU JUJUR KEPADA DIRI, ORANG LAIN DAN ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  61. --> luahfikiran

    Salam...

    Terima kasih kembali kerana sudi berkunjung..

    ReplyDelete
  62. salam sahabat...

    moga sihat...

    Lame bebenor tak mengadap baca n3 dr sahabat ^_^

    Jujur pd org lain payah, jujur pada diri sendiri laaagi payah, banyak sangat alasan...

    ReplyDelete
  63. --> cun09

    Salam sahabat..

    Masa ni tak bepa sihat, sakit kepala berulang-ulang..

    Jujur pada diri membimbing utk jujur kepada orang lain..

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.