Friday, November 19, 2010

Taubat seorang wanita penzina..


بسم الله الرحمن الرحيم

Imam Muslim dalam Shahihnya, dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. Pada suatu hari Rasulullah duduk di dalam masjid, sementara para sahabat beliau duduk mengelilingi beliau. Beliau mengajar, mendidik dan mensucikan (hati) mereka.

Tiba-tiba datanglah seorang wanita berhijab masuk melalui pintu masjid. Melihat wanita itu Rasulullah pun diam, dan begitu juga para sahabat beliau. Wanita tersebut menghadap dengan perlahan, dia berjalan dengan penuh gentar dan takut, dia lemparkan segenap penilaian dan pertimbangan manusia, dia lupakan aib dan keburukan, tidak takut kepada manusia, atau mata manusia dan apa yang akan dikatakan oleh manusia.

Dia menghadap untuk mencari kematian. Kematian lebih ringan, jika disertai oleh pengampunan dan penghapusan dosa. Menjadi ringan jika setelah kematian tersebut terdapat keredhaan dan penerimaan dari sisi Allah. Dia berjalan sampai kepada Rasulullah, kemudian dia berdiri di hadapan beliau, dan mengkhabarkan kepada beliau bahawa dia telah berzina!

Dia berkata, "Wahai Rasulullah, aku telah melakukan (maksiat yang mewajibkan adanya) hukuman had (atasku), maka sucikanlah aku!"

Apa yang diperbuat oleh Rasulullah s.a.w.? Apakah beliau meminta persaksian dari para sahabat atas wanita tersebut? Tidak, bahkan merahlah wajah beliau hingga hampir-hampir menitiskan darah. Kemudian beliau mengarahkan wajah beliau ke arah kanan, dan diam, seakan-akan beliau tidak mendengar sesuatu. Rasulullah berusaha agar wanita ini mencabut perkataannya, akan tetapi wanita tersebut adalah wanita yang istimewa, wanita yang solehah, wanita yang keimanannya telah tersusuk di dalam hatinya. Maka Nabi bersabda kepadanya, "Pergilah, sehingga engkau melahirkannya."

Berlalulah bulan demi bulan, dia mengandung puteranya selama 9 bulan, kemudian dia melahirkannya. Maka pada hari pertama nifasnya, dia pun datang dengan membawa anaknya yang telah diselimuti kain dan berkata, "Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina, inilah dia, aku telah melahirkannya, maka sucikanlah aku wahai Rasulullah!"

Maka Nabi pun melihat kepada anak wanita tersebut, sementara hati beliau tercabik-cabik kerana merasakan sakit dan sedih, dikeranakan beliau menghidupkan kasih sayang terhadap orang yang berbuat maksiat, rahmat kepada burung, dan menyayangi haiwan.

Sebahagian ahli ilmu berkata, "Bahkan beliau, memberikan rahmat hingga kepada orang kafir. Allah berfirman tentang beliau, "Dan tidakklah aku utus kamu Muhammad, kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta." Siapa yang akan menyusui bayi tersebut jika ibunya mati? Siapakah yang akan mengurusi keperluannya jika had (hukuman) ditegakkan atas ibunya? Maka Nabi bersabda, "Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyempurnakannya, kembalilah kepadaku."

Maka wanita itu pun pergi ke rumah keluarganya, dia susui anaknya, dan tidaklah bertambah keimanannya di dalam hatinya kecuali keteguhan, seperti teguhnya gunung. Tahun pun bergilir berganti tahun. Kemudian wanita itu datang dengan membawa anaknya yang sedang memegang roti. Dia berkata: "Wahai Rasulullah, aku telah menyempurnakan memberinya susu, maka sucikanlah aku!"

Dia dan keadaannya sungguh sangat menakjubkan! Iman yang bagaimanakah yang membuatnya berbuat demikian. Tiga tahun lebih atau kurang, yang demikian tidaklah menambahnya kecuali kekuatan iman.

Nabi mengambil anaknya, seakan-akan beliau membelah hati wanita tersebut dari antara kedua lambungnya. Akan tetapi ini adalah perintah Allah, keadilan langit, kebenaran yang dengannya kehidupan akan tegak.

Nabi bersabda, "Siapa yang mengkafil (mengurusi) anak ini, maka dia adalah temanku di syurga seperti ini…" Kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut direjam (dilempari dengan batu hingga mati).

Maka manusia pun berkumpul, dan merejamnya. Memancutlah darah dari kepala wanita tersebut mengenai Khalid bin Walid, maka dia pun mencacinya pada jarak pendengaran Nabi. Maka beliau bersabda kepadanya, "Tenang wahai Khalid, demi Allah, dia telah bertaubat dengan pertaubatan yang seandainya penarik pajak bertaubat dengannya pastilah akan diterima darinya."

Dalam sebuah riwayat bahawa Nabi memerintahkan agar wanita itu direjam, kemudian beliau mensolatinya. Maka berkatalah Umar, "Anda mensolatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina." Maka beliau bersabda, "Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, seandainya taubatnya itu dibahagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah?" (HR. Ahmad)

Sesungguhnya ini adalah rasa takut kepada Allah. Sesungguhnya itu adalah perasaan takut yang terus menerus berada pada diri wanita mukminah tersebut saat dia terjerumus ke dalam jerat-jerat syaitan, dia menjawab jerat-jerat tersebut pada saat lemah. Ya, dia telah berbuat dosa, akan tetapi dia berdiri dari dosanya dengan hati yang dipenuhi oleh iman, dan jiwa yang digerakkan oleh panasnya maksiat. Ya, dia telah berdosa, akan tetapi telah berdiri pada hatinya tempat pengagungan terhadap Dzat yang dia bermaksiat kepada~Nya. Sesungguhnya ini adalah taubat sejati wahai hamba-hamba Allah. Ya, ini taubat nashuha wahai hamba-hamba Allah.

Wallahu'alam...

Sikap sabar dalam menghadapi semua persoalan hidup adalah satu anugerah dari Allah, tidak semua orang mendapat anugerah tersebut. Jika ada sifat sabar dalam dirimu, maka bersyukurlah kepada yang memberi kesabaran pada dirimu iaitu Allah SWT.

63 comments:

  1. salam ustaz

    betapa hari ibi ramai dalam kalangan masyarakat kita bergelumang dengan zina. seolah-oleh tiada pengakhirannya. Mengikut cerita ini

    1) Wanita tersebut sanggup bertaubat dan menerima hukuman di dunia atas keterlanjurannya

    2) Melahirkan dan menyusui anak itu sehinggahabis tempohnya..

    namun , wanita sekarang (bersama laki2) buka sahaja melakukan dosa zina bahkan menjadi pembunuh dengan membuang bayi yang tidak berdosa.. Wallua'alam

    ReplyDelete
  2. --> imanshah

    Wa'alaikumusalam...

    Sungguh tinggi iman seseorang mengakui dosanya dan sanggup dihukum di dunia daripada menerima azab yang sangat pedih di akhirat kelak.

    Apakah ada orang sanggup menerima hukuman yang sangat azab di akhirat lantaran dosa zina? Atau sanggup menerima hukuman di dunia dan selamat di akhirat. Pilihlah antara keduanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum ustaz, adakah seorang penzina yang ’sudah bertaubat’ akan tetap mendapat hukuman di dunia ataupun di akhirat??

      Delete
  3. banyak pengajaran dari kisah tok... Terima kasih krn sudi share crita tok... =)

    ReplyDelete
  4. --> Asma Jalalyna

    Sama-sama kitak...:)

    ReplyDelete
  5. Salam Ust. Razak,

    Macam nak menitis airmata ini. Rasa sayu pulak kakak membacanya dan terkenang pada masa ini kian banyak bayi-bayi dibuang oleh ibu berzina. Astaghfirullahal'azim...

    Mencari seorg insan bertaubat nasuha sekarang ini rasanya jauh panggang dari api.

    Adalah lebih baik hindari dosa kalau takut hukuman yang menimpa.

    ReplyDelete
  6. zaman sekarang... manusia lebih takut sesama manusia....

    ReplyDelete
  7. wanita tu dpt bertaubat sblm mati...

    dan itu mmg pilihan Allah.

    ramainye org x sempat taubat pon.

    ya Allah takutnya..

    ReplyDelete
  8. --> Kakzakie

    Wa'alaikumusalam Kak...

    Allahu Akhbar...dosa zina disertai dengan dosa membunuh, dua dosa besar yang dilakukan serentak. Moga Allah buka hati mereka untuk bertaubat..

    ReplyDelete
  9. --> Alimaz-Kembara Terasing

    Bimbang bila takut kepada manusia menjadi aqidah tergelincir...

    ReplyDelete
  10. --> n0vemBer zuLu

    Kita manusia punyai akal untuk berfikir dan pilihannya atas kehendak kita sendiri pahala atau dosa, syurga atau neraka...

    ReplyDelete
  11. Salam Abd Razak.

    Semoga sihat dan diredhai Allah.

    Orang-orang terdahulu amat memahami dan mengahayati apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw, lalu mereka terus melaksanakan perintah dan jauhkan larangan. Wanita ini sedar bahawa dosanya tidak boleh disimpan, dia perlu terus membersihkan dirinya supaya Allah segera menerimanya.

    Sekarang ini manusia pula lebih malu kepada manusia lain.

    Mudah2an konsep taubat dapat dihayati oleh kita semua. Jangan dibiarkan titik2 hitam menyelaputi hati kita.

    ReplyDelete
  12. salam..

    Menitis airmata , rasa sayu pulak bile membacanya..sekarang kain banyak bayi2 di buang oleh manusia yang berzina..Astaghfirullahal'azim..

    ReplyDelete
  13. Salam saudara

    Tulisan yg sgt menginsafkan...

    Melakukan taubat itu satu perbuatan yang menguntungkan, dan setiap perbuatan yg menguntungkan itu, hendaklah segera dilaksanakan... kerana kematian selalunya dtg tiba2...

    'salah satu nasihat Luqmanul Hakim kepada anknya berkenaan taubat' ~

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum Saudara Abdul Razak
    syahdunya kan kasih sayang seorang ibu,
    dan betapa maha PengampunNya Allah SWT
    dan betapa indahnya Islam..terima aksih kerana sudi sering men inggalkan jejak di teratak saya

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum sahabatku :)

    Subhanallah..
    Inilah sebenar-benar taubat dari seorang hamba yg benar2 ikhlas ingin mensucikan dirinya dari dosa yg dilakukannya.

    Dan sesunguhnya Allah membuka pintu taubatNya seluas-luasnya untuk hambaNya yg beriman.

    p/s terharu mendengarnya...

    ReplyDelete
  16. salam..:)
    Moga kitak sentiasa dirahmatiNYa selalu di sinun..:)
    Lambat kmk kali tuk..gago bahh..maaf yaa:)

    Satu kisah yang membuatkan kita merenung kembali gejala masa kini...
    Andailah keinsafan menebal di hati mereka..sepertimana wanita yang diceritakan ini..pasti tiada kisah2 bayi terbiar yang meruntun di jiwa..:(

    Tksh kitak..utk pengkongsian ini..:)

    ReplyDelete
  17. --> Werdah

    Wa'alaikumusalam kak...

    Terima kasih kerana sering mendoakan saya, moga kakak sihat juga di sana...

    Jika ada dosa bersegaralah bertaubat sebelum terlambat kerana kita tidak tahu usia kita akan berakhir bila dan bagaimana...

    ReplyDelete
  18. --> Amy Syaquena

    Salam...

    Manusia sanggup membunuh dan membuang anak kerana malu kepada manusia tapi tidak kepada Maha Pencipta, namun Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan...

    ReplyDelete
  19. --> ♥ manje ♥

    Salam saudari..

    Bersegeralah bertaubat kerana perbuatan zina merupakan penyebab hancurnya suatu ummat. Sudah menjadi sunnatullah terhadap hamba~Nya bahawa ketika perbuatan zina muncul ke permukaan bumi, Allah azza wa jalla marah dan kemarahan~Nya pun semakin besar sehingga pasti akan mengakibatkan terjadinya balasan berupa bencana di atas muka bumi.

    Ibnu Mas’ud Radliyallahu’anhu berkata: ”Tidaklah tampak perbuatan memakan riba dan perzinaan dalam suatu negeri, melainkan Allah mengizinkan kehancurannya.”

    ReplyDelete
  20. --> ummu

    Wa'alaikumusalam...

    Terima kasih kembali..:)

    Cinta dan kasih sayang~NYa adalah kudrat..
    tapi menjaganya adalah amanah..
    dan hendaknya pandai menjaga amanah itu...
    jangan hendaknya dipersiakan dengan noda dan dosa..

    ReplyDelete
  21. --> Arianni

    Wa'alaikumusalan sahabatku..:)

    Ya benar, taubatnya sungguh agung. Apakah ada lagi wanita sebegitu ingin membersih diri darinya dosa di dunia daripada menerima azab yang amat pedih di akhirat kelak...

    P/S...Saya kagum dengan keimanan wanita itu...

    ReplyDelete
  22. --> Pn Kartini

    Wa'alaikumusalam..:)

    Terima kasih atas doa kitak...moga kitak juak sentiasa dirahmati~NYA selalu di sinun..:)

    Ya, kita berharap yang terperosok dalam dosa ini hendaklah segera bertaubat dengan sebenar-benar taubat, menyerahkan semuanya kepada Allah, dan memutuskan hubungan dengan semua yang dapat mengingatkannya pada perbuatan itu. Kemudian, hendaklah ia menyesali semua yang telah dilakukannya di hadapan Rabb-nya, dengan penuh tawadu’, merendahkan diri, dan menyerahkan semuanya kepada~Nya. Semoga dengan begitu, Allah azza wa jalla berkenan menerima taubatnya, mengampuni dosa-dosa yang pernah dilakukannya, dan menggantinya dengan kebaikan-kebaikan.

    ReplyDelete
  23. berbahagialah wanita ini ketika ia dibangkitkan kelak telah ada rahmah menunggunya... semoga Allah menganugerahi kita keteguhan iman seperti dia

    ReplyDelete
  24. Kekesalan,keinsafan,kesungguhan,keyakinan,,,,,menjadikan kita redha dan rela dengan ketentuan ALLAH.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum wbt
    Subhanallah, Bukan terhadap diri mrk saja, malah jika mereka itu terdiri dari ibubapa, anak2, adik-beradik atau teman rapat sekalipun, mrk lebih utamakah perintah Allah dan RasulNya.
    Surah AlMujadilah:22 لَّا تَجِدُ قَوۡمً۬ا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٲنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَہُمۡ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ڪَتَبَ فِى قُلُوبِہِمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ۬ مِّنۡهُ‌ۖ Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan [1] yang datang daripada-Nya
    Wallahualam

    ReplyDelete
  26. salam..

    satu kisah yang menarik utk dijdikan panduan. Masa kini zina semakin berleluasa dikalangan masyarakat, seolah-olah berzina tu macam perkara kecil saja.

    ReplyDelete
  27. Salam saudara abdul razak...

    Moga saudara sihat sejahtera di sana dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah. InsyaAllah..

    subhanaAllah..perkongsian yang sangat terkesan. Moga kita semua diberi rasa takut untuk melakukan sebarang dosa..dan jika melakukannya cepat2 bertaubat..InsyaAllah Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun terhadap hambaNya1.

    ReplyDelete
  28. --> cemomoi

    Ya, hukuman dan keampunan dari Allah SWT telah dia terima, berbahagialah dia...

    ReplyDelete
  29. Assalamulaikum..
    bergenang airmata membaca kisah ini..betapa teguhnya pendirian wanita tersebut kerana tidak sanggup menghadapi siksaan di Sana kelak..

    ReplyDelete
  30. --> zmah

    Keredhaan~Nya kita mohon dan harapkan..

    ReplyDelete
  31. --> tajnur

    Wa'alaikumusalam...

    Dia senantiasa gelisah, khuatir imannya hilang. Kesedihan terpancar jelas darinya kerana merasa lama terpenjara di dunia.

    Dia tenggelam dalam rasa malu setelah menginsafi kebaikan dan kelembutan~Nya, keindahan tatapan~Nya, keutamaan balasan~Nya, dan kesempurnaan ciptaan~Nya; sementara dirinya jauh dari Tuhan, melanggar hak-hak~Nya, dan bermaksiat kepada~Nya.

    ReplyDelete
  32. --> fadzilah

    Wa'alaikumusalam..

    Hebatnya Islam, begitu teliti sehingga sesuatu yang serius seperti zina sangat dipandang serius. Bukan dipandang ringan oleh kepercayaan yang lain. Hukumnya berat amat. Berzina termasuk dalam dosa yang amat besar selain dari mempersekutukan Allah dan membunuh manusia lain.

    ReplyDelete
  33. --> Afida Anuar

    Salam saudara afida...

    alhamdulillah saya sihat, moga saudari sihat juga di sana..

    Bangsa boleh rosak bila zina berleluasa. Sejarah membuktikan, bilamana bangsa Yunani yang perkasa runtuh bila akhlak mereka runtuh, bangsa Mesir purbakala lebur bilamana tiada lagi batas lelaki dan perempuan. Begitu juga tamadun Parsi. Musnah begitu saja.

    Betaubatlah sebelum terlambat..

    ReplyDelete
  34. salam saudara Abdul Razak..
    kemaafan di pohon kerana terlalu sibuk untuk ziarah anda di sini..semoga anda selalu sihat dan dirahmati Allah SWT jua hendaknya..
    bergenang air mata saya membacanya..buat pengajaran pada kita hamba Allah yang masih merasai nikmat hidup di dunia ini agar selalu bertaubat..wallahualam

    ReplyDelete
  35. --> Idalara

    Wa'alaikumusalam wrbt..

    Sungguh kelak di akhirat berbahagialah wanita itu kerana dia sudah menerima hukumannya di dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik,adakah Allah terima taubat manusia yang suka melihat video lucah?Mohon penjelasan.

      Delete
  36. --> ckLah@xiiinam

    Allah SWT adalah dzat yang Maha pengampun kepada Hamba-Nya yang benar-benar ingin bertaubat.

    Tidak ada manusia yang tidak punya dosa, kerana manusia selalu dihinggapi dosa. Dan manusia yang baik bukanlah manusia yang tanpa dosa, tetapi manusia yang apabila dia melakukan dosa, dia menyedari kesalahan dan bertaubat kepada Allah.

    Oleh kerana itu sebelum terlambat, marilah kita memohon ampun kepada Allah, sering-seringlah ber"istighfar". Mudah-mudahan semua dosa kita bisa diampuni oleh Allah SWT. Amin.

    ReplyDelete
  37. --> zulkbo

    Salam saudara zul..

    Allah maha pengampun lagi maha mendengar taubat dari Hamba~Nya yang benar-benar ingin bertaubat, bahkan dosa yang lebih besar dari itupun Allah pasti akan mengampuninya.

    ReplyDelete
  38. tingkatkan backlink dan visitor hanya copy paste banner sahaja dan simpan di blog anda....hasilnya nantikan ...
    kalau rajin x plore banner kat bawah post dalam blog tu....satu persatu masukkan backlink....try la...thanks...

    ReplyDelete
  39. salam brother Razak
    apa khabar? Ada sihat kaa??
    sesungguhnya Allah itu sentiasa
    mengampunkan dosa2 taubat hambanya

    ReplyDelete
  40. sesungguhnya Allah maha pengampun.. wlau pd zaman skrg tiada hukuman rejam.. moga taubat tetap kekal dan Allah yg lebih mngetahui..

    ReplyDelete
  41. salam sahabat,
    semoga sentiasa dlm redha-Nya.

    biarpun berkali2, kisah ini sentiasa menyentuh hati. ianya merangkumi nasihat, pengajaran dan syar'iat yg perlu kita ikuti. apatah lagi bila tazkirah ini dsampaikan dlm susunan bahasa yg baik.

    alhamdulillah saya mendapat kekuatan melalui tazkirah ini.

    jazakallah khier...

    ReplyDelete
  42. --> Nur Misnan

    Salam Sis Nur...

    alhamdulillah, saya sihat..

    "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222)

    ReplyDelete
  43. --> maiyah

    Perlunya diri melihat luasnya karunia Allah saat kita merasa tak berdaya di tengah kepungan dosa-dosa. Seperti katanya Ibnu 'Athaillah dalam kitab al-Hikam,

    Janganlah suatu dosa yang terlihat begitu besar bagimu, merintangimu dari berprasangka baik kepada Allah. Sesungguhnya siapa yang mengenal Tuhannya, akan menganggap dosanya tak seberapa berbanding kemurahan~Nya.

    ReplyDelete
  44. --> piewahid

    Salam sahabat..

    Semoga sdra juga sentiasa dlm redha~Nya.

    Kekuatan agar kita sentiasa beringat bahawa hamba yang penuh dosa namun selalu mengharap keampunan Allah, lebih baik ketimbang hamba yang selalu beribadah namun putus asa dari rahmat~Nya.

    ReplyDelete
  45. Salam,
    Pak Nidus pernah lihat video hukuman rejam di Iran...

    Wanita yang diceritakan itu sesungguhnya seorang yang betul2 ingin bertaubat dan mencari keredhaan dan keampunan Allah swt.

    Adakah kisah wanita lain seperti itu selain riwayat tersebut?

    ReplyDelete
  46. assalamualaikum. syukran tuan atas perkongsian ini. sayu & menyedihkan..

    ReplyDelete
  47. Salam ustaz,
    N3 yang sangat baik dan penuh keinsafan..

    ReplyDelete
  48. salam..

    banyak pengajaran dari kisah nie... Terima kasih coz sudi share cite nie...(",)

    ReplyDelete
  49. --> nidus2

    Salam...

    Insaf dan taubat daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. bukanlah sesuatu yang merugikan.

    Sebaliknya ia adalah satu kejayaan besar kepada individu tersebut kerana telah berjaya melawan nafsu ammarah dan nafsu lawwamah yang mengajak kepada keburukan.

    Allah s.w.t. memuji mereka yang bertaubat setelah mengetahui balasan dan azab yang bakal menimpa, jika mereka mengingkari perintah Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  50. --> nahmy

    Wa'alaikumusalam...

    Afwan, sungguh taubat yang paling disukai oleh Allah s.w.t. pula ialah taubat nasuha, iaitu taubat yang bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi lagi perbuatan yang sama.

    ReplyDelete
  51. --> Mohamad

    Salam Sdra...

    Rahmat dan keampunan Allah s.w.t. sentiasa terbuka kepada manusia yang ingin kembali ke jalan kebenaran dan kejayaan.

    ReplyDelete
  52. --> Amy Syaquena

    Salam..

    Terima kasih kembali..moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum Tn Abd Razak.
    Terima kasih kitak sempat jenguk kamek.

    Masa cuti tok pun sibuk dengan tugasan juak.

    Terima kasih, banyak panduan kamek dapat dari blog kitak.

    TQ.

    ReplyDelete
  54. --> Admin P@P

    Wa'alaikumusalam...

    Sama-sama kitak..:)

    Auk nang kebanyakan guru sibuk masa cuti dengan pengawasan SPM, STPM dan ramai yang terlibat dengan urusan bersama Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia...

    ReplyDelete
  55. salam sdra..terima kasih atas perkongsian ini..ia sgt bermanfaat...semoga sdra terus mengingatkan kami dengan entri sebegini

    ReplyDelete
  56. --> sahromnasrudin

    Salam sdra...

    Terima kasih kembali, moga Allah berikan kekuatan utk saya terus berada di sini...

    ReplyDelete
  57. salam ustaz,,boley x ustaz hantar email ustaz ke email sy,,
    latuitm@yahoo.com
    ade bende yang sy ingin bincangkan

    ReplyDelete
  58. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  59. macam mana nak taubat nasuha selpas kita berzina .adakah dosa kita terampun?kalau keluarga benci dan pandang jijik slpas mmbuat zina ,adakah tuhan ttp mmbuka pintu taubat utk kta

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.