Friday, December 03, 2010

Al-Balkhi dan 2 ekor burung..


بسم الله الرحمن الرحيم

Alkisah, hiduplah pada zaman dahulu seorang yang terkenal dengan kesolehannya, bernama Syaqiq al-Balkhi. Dia memiliki sahabat karib bernama Ibrahim bin Adham yang terkenal dengan kezuhudannya. Orang sering memanggil Ibrahim bin Adham dengan panggilan Abu Ishaq.

Suatu hari, Al-Balkhi hendak berangkat ke suatu negeri untuk berdagang. Sebelum berangkat dia tidak ketinggalan untuk menziarahi kawan karibnya itu. Namun belumlah lama Al-Balkhi meninggalkan kotanya, tiba-tiba dia muncul kembali. Sahabatnya itu menjadi hairan, mengapa dia pulang begitu cepat dari rencana sebelumnya. Padahal negeri yang hendak ditujunya sangat jauh. Ibrahim bin Adham yang pada saat itu berada di dalam masjid langsung bertanya kepada Al-Balkhi, “Wahai al-Balkhi sahabatku, mengapa engkau begitu cepat kembali?”

“Dalam perjalanan”, jawab Al-Balkhi, “Aku melihat suatu keanehan, sehingga aku memutuskan untuk membatalkan perjalanan dagangku.”

“Keanehan apa yang kau maksudkan?” tanya Ibrahim.

Kemudian Al-Balkhi mulai menceritakan pengalamannya, “Ketika aku sedang beristirehat di sebuah bangunan yang telak rosak, mataku tertuju pada seekor burung yang pincang dan buta, aku memperhatikan setiap langkahnya. Aku pun kemudian bertanya-tanya dalam hati, bagaimana burung ini dapat bertahan hidup, padahal dia berada di tempat yang sangat jauh dari kawan-kawannya, dan matanya buta serta tidak kuasa berjalan.”

“Tidak lama kemudian, aku melihat ada seekor burung lain yang dengan susah payah menghampirinya dengan membawa makanan lalu diberikannya untuk burung yang buta dan pincang itu. Aku terus memperhatikan gerak-geri burung itu. Ternyata dia tidak pernah kekurangan makanan, kerana dibantu oleh kawannya yang sihat tadi.”

“Lantas apa hubungannya dengan kepulanganmu yang cepat ini?” tanya Ibrahim bin Adham yang masih belum memahami dengan jelas maksud Al-Balkhi.

Al-Balkhi melanjutkan, “Maka dengan semua yang aku perhatikan itu, aku berkesimpulan bahawa Allah Taala Yang Maha Pemberi rezeki telah mencukupkan rezeki untuk seekor burung yang pincang lagi buta dan jauh dari teman-temannya. Dan tentu Dia Yang Maha Pemberi akan mencukupi rezekiku pula, sekalipun aku tidak bersusah payah untuk berdagang. Oleh kerana itulah aku memutuskan untuk kembali saat itu juga.”

Mendengar penuturan sahabatnya itu, Ibrahim bin Adham berkata, “Wahai Al-Balkhi sahabatku, mengapa engkau memiliki pemikiran serendah itu? Mengapa engkau rela menyamakan derajatmu dengan seekor burung yang pincang lagi buta? Mengapa engkau mengikhlaskan dirimu sendiri untuk hidup atas belas kasihan dan bantuan orang lain? Mengapa engkau tidak berfikir untuk mencuba menjadi seperti burung yang satunya lagi? Dia bekerja keras untuk mencukupi keperluannya dan keperluan saudaranya yang tidak mampu bekerja? Tidakkah engkau tahu bahawa tangan yang di atas (yang memberi dan menyantuni) lebih baik daripada tangan yang di bawah?”

Mendengar hikmah yang mulia ini, Al-Balkhi pun sedar, dia telah salah dalam mengambil pelajaran dari kedua burung itu. Saat itu pula dia bangkit dan mohon diri kepada Ibrahim bin Adham seraya berkata, “Wahai Abu Ishaq, engkaulah guru kami yang baik”, lalu berangkatlah dia untuk melanjutkan usaha dagangnya yang tertunda itu.

Dari kisah ini, mengingatkan kita kepada sebuah hadith yang diriwayatkan dari Miqdam bin Ma’dikarib, bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Tidaklah ada cara yang lebih baik bagi seseorang yang memakan makanan daripada memakan dari hasil tangannya sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Dawud AS, beliau makan dari hasil jerih payah tangan beliau sendiri”. (HR. Al Bukhari)

Wallahu'alam...

"Orang yang bahagia adalah orang yang Allah anugerahi kalbu yang berfikir, mata yang selalu mengambil pelajaran, telinga yang mendengar dari Allah, dan diri yang bersemangat mengabdi kepada Allah. Di antara hak Allah yang paling layak diperhatikan oleh hamba adalah syukur kepada-Nya, secara lahir mahupun batin. Secara lahir dengan mematuhi~Nya dan secara batin dengan menyaksikan nikmat dari~Nya. Belum bersyukur orang yang tidak melaksanakan perintah dan batas-batas~Nya. Tidak disebut menjaga~Nya orang yang menyia-nyiakan perjanjian dengan~Nya. Kerana itu, kamu harus mensyukuri semua nikmat~Nya atas diri kamu."
[Al-Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]

56 comments:

  1. salam:)

    Moga kitak sentiasa diberikan kesihatan yang baik walaupun mana jua kitak berada..dan dilindungiNya selalu...amin.:)

    Satu pengkongsian yang bisa memberi inspirasi yang menarik sekali..:)

    Sesungguhnya Allah telah mencukupkan rezki setiap makhlukNya. Dan Kita sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan kelebihan dan kekuatan, layaknya kita bersyukur atas apa yang dianugerahkan Allah kepada kita.

    Salah satu cara mensyukuri nikmat Allah dengan kerja keras sesuai kekuatan dan kemampuan disamping niat yang betul dan ikhlas ke arah mencapai tujuan dan impian yang berlandaskan keredhaanNya.., serta saling berbagi ..

    :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara abdul razak..moga saudara sudah beransur sembuh, dan semakin sihat sekarang.

    SubhanaAllah, pengajaran yang sangat berguna di pagi Jumaat yang mulia. Selagi kita punya kudrat dan kekuatan, janganlah kita mengharap ihsan dan belas kasihan dari orang.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tuan, citer yg indah utk mengingatkan diri yg lupa akan hakikat itu. bila baca citer ni teringat pula ana ttg citer burung pipit kecil yg menyimbah air ke api yg membakar nabi Ibrahim a.s.

    ReplyDelete
  4. Salam Abd Razak

    Semoga beroleh kesihatan dan kesejahteraan serta redha Allah SWT

    Kak teringat ceramah yg didengar bahawa "Makhluk hidup yang nyata di muka bumi ini terbahagi kepada 3 ienis (abaikan alam jin dan malaikat yang kita tak nampak):

    1) Kehidupan tumbuh-tumbuhan (Hayatun Nabatiyyun)

    2) Kehidupan Haiwan (Hayatun Haiwaniyyun)

    3) Kehidupan manusia (Hayatun insaaniyyun)

    Jaminan 'qut'(Makanan - rezeki) berada di tangan al-Muqit. Ketiga-tiga jenis kehidupan ini memerlukan 'qut' untuk kelangsungan kehidupan.

    Ketiga-tiga jenis kehidupan ini pula jaminan qut yang diberikan kepada masing-masing berbeza.

    Allahlah yang memberi jaminan rezeki kepada setiap makhlukNya supaya makhluknya beroleh kekuatan serta kemampuan dalam berusaha bagi setiap perkara. Allah bukan sekadar menjamin makanan (rezeki) bahkan Allah jugalah yang menghantar rezeki kepada penerimanya. Bagaimanapun manusia yang dikurniakan aqal selayaknya mereka berusaha lebih daripada pokok dan haiwan.

    Jadi kisah Syaqiq al-Balkhi dan sahabat karibnya Ibrahim bin Adham ini amat berkait dengan peranan Allah al-Muqit - Sifat al-Muqit Allah ini pernah kak tulis di sini, jika ada yang ingin membacanya:

    http://permatainn.blogspot.com/2010/05/3-jenis-kehidupan-yang-nyata.html

    ReplyDelete
  5. --> Pn Kartini

    Wa'alaikumusalam...:):)

    Terima kasih kitak mendoakan kamek, alhamdulillah sihat seadanya walaupun kini masih bermusafir...mudah-mudahan kitak pun sama sperti yang didoakan..:)

    Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

    Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam...TQ..:):)

    ReplyDelete
  6. --> Afida Anuar

    Wa'alaikumusalam sdri afida..:)

    Alhamdulillah, saya dah sihat. Moga sdri pun sihat hendaknya..

    Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga...

    ReplyDelete
  7. Cerita ini menyebabkan saya berkobar2 mau jadi kaya.. Sebab boleh tolong lebih ramai orang..:)

    ReplyDelete
  8. assalamaulaikum sdra..sesungguhnya rezeki yang diperolehi dari tulang empat kerat dan atas usaha sendiri, keberkatannya akan lebih lagi..selain itu juga, jika ada lebih kita boleh sedekahkan selain kita berasa puas ( bukan riak) atas kebolehan kita ini..insyaAllah

    ReplyDelete
  9. Salam Ust. Razak,

    Cerita ini akan kakak copy buat anak-anak kakak. Pengajaran yg baik. Biar tahu berusaha. Mereka selalu terus bertanya makna perkataan dlm bahasa inggeris pada kakak walau dictionery dah disediakan. Dah berkali-kali beritahu cuba cari dulu kalau tak ada baru tanya.

    p/s: suka cerita2 dari blog ini.

    ReplyDelete
  10. --> nahmy

    Wa'alaikumusalam tuan..

    Ya, burung itu bimbang ditanya oleh Allah SWT apakah usahanya utk memadamkan api itu..

    Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” (H.R. Ibn an-Najjar)

    ReplyDelete
  11. --> Werdah

    Wa'alaikumusalam Kak Werdah..:)

    Semoga kakak juga beroleh kesihatan dan kesejahteraan serta redha Allah SWT..

    Terima kasih atas ulasan dan pandangan kakak kepada N3 saya kali ini yang begitu mendalam maknanya.

    Moga kita sama-sama dapat merealisasikan kehidupan ini mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT..

    ReplyDelete
  12. --> Hunny

    Ya, saya sokong kalau hunny mahu jadi orang kaya dan berharta terutamanya niat hunny tu..:)

    ReplyDelete
  13. --> sahromnasrudin

    Wa'alaikumusalam sdraku..

    Ya benar tu sdra, tidak semua rezeki yang kita perolehi hak kita semuanya. Ada yang memerlukannya, maka kewajipan kita menolong dan mengeluarkan mereka dari kesusahan..

    TQ Sdra..:)

    ReplyDelete
  14. --> Kakzakie

    Wa'alaikumusalam...

    Ya kak, copy jer takder masalah, yang baik itu harus kita kongsikan bersama. Mudah-mudahan anak-anak kakak mendapat manfaat yang banyak darinya...

    P/S : Saya akan cuba perbanyakkan cerita dan kisah para ambia dan solehin kelak..

    ReplyDelete
  15. Salam Razak...

    Semoga saudara Razak beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa di permudahkan segala urusan..... jadilah pemberi dari penerima kerana itu lebih mulia.....

    ReplyDelete
  16. --> atie

    W'salam...

    Terima kasih mendoakan saya, semoga atie dan keluarga sihat juga di sana...

    Pemberi itu lebih mulia dari yang menerima..

    ReplyDelete
  17. Terima kasih ustaz atas perkongsian cerita.

    Alhamdulillah, semakin meningkat usia, semakin memahami tentang keperluan untuk meredhai setiap anugerah dan rezeki dari ALlah..

    ReplyDelete
  18. salam sahabat,
    semoga sentiasa dlm redha-Nya.

    Islam itu berdikari dan pergantungan semata2 hanya kpd Allah.

    Mentality subsidi memudahkan kita dieksploitasi apabila terlalu bgantung kpd pihak lain.

    t kasih & jazakallah khier...

    ReplyDelete
  19. salam ust...

    sgt khusyuk membaca cerita ini..dan yg pasti sy mendapat iktibar drnya..

    jazakallah..

    ReplyDelete
  20. binatang yang kita sering katakan tak berakal ni kekadang lebih baik sistem perhubungannya daripada manusia sebab saya yang memelihara ikan pernah melihat seekor ikan yang 'nyawa-nyawa ikan' sokmo 'dizirahi' rakannya. saya tertanya-tanya apa sebenar yang dibuat, sama ada memberi sokongan moral atau mengubat atau apa tak tau le... namun izin Allah, ikan yang kelihatan tiada harapan dan dah nak mati itu akhirnya kembali segar

    memang benar, mendapat rezeki atas usaha sendiri memberi kepuasan walaupun ia sedikit

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum wbt
    Rasulullah saw bersabda "Orang mukmin itu sentiasa waspada dan bijak (dlm semual hal)" Hadis Bukhari dlm Bab Jihad m/s157. Sifat org mukmin sentiasa tahu muslihat kawan dan musuh dlm menghadapi sesuatu perkara. Begitu juga, bijak menghadapi setiap keadaan situasi samada aman atau dharurat dan tahu mencari jalan keluar apabila berhadapan dgn masalah. Wallahulam

    ReplyDelete
  22. salam en razak...
    tiada ape yg saye katakan cume ucapan terima kasih...suke saya membacenya...

    ReplyDelete
  23. salam ,

    cerita yg menarik..

    jangan kedekut
    wang ringgit
    tenaga
    buah fikiran
    ilmu

    TERMASUK

    petua...

    ReplyDelete
  24. --> IMANSHAH

    Terima kasih kembali..

    Berbahagialah orang-orang yang sentiasa meredhai dan mensyukuri segala pemberian Allah kepadanya..

    ReplyDelete
  25. --> piewahid

    Wa'alaikumuSalam sahabat..

    Semoga sahabat sentiasa dlm redha~Nya.

    Sesungguhnya Allah telah menetapkan rezeki manusia masing-masing, namun ianya perlu diusaha dan dicari.

    Terima kasih sahabat..

    ReplyDelete
  26. --> deena farhana

    Wa'alaikumusalam Deena...

    Terima kasih kerana masih sudi ke sini untuk membaca cerita..

    Jemput datang lagi..:)

    ReplyDelete
  27. --> cemomoi

    Khusyuk saya membaca cerita saudara, agaknya yang dibisik oleh ikan itu kepada rakannya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

    Sesungguhnya rezeki itu tidak berperanan pada harta, darjat, keturunan atau pangkat saja, malah ia memainkan peranan mendapatkan keredaan Allah dari segi percakapan dan amalan.

    ReplyDelete
  28. --> tajnur

    Wa'alaikumusalam wrbt..

    Terima kasih atas ulasan kitak.

    Firman Allah Taala, "Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik."

    ReplyDelete
  29. --> ainnoraini

    Wa'alaikumusalam Puan Ain..

    Terima kasih kembali..

    ReplyDelete
  30. --> ikan emas

    Wa'alaikumusalam..

    Bakhil itu akan mendapat siksa Allah,
    dicela manusia di dunia,
    harta tidak akan bersama ke dalam kubur,
    harta adalah kepunyaan Allah

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum ustaz...

    cite yang sangat indah untuk mengingatkan diri yg lupa akan hakikat itu.

    ReplyDelete
  32. --> Amy Syaquena

    Wa'alaikumusalam...

    Ya, indah untuk difikirkan agar kita sentiasa berusaha dengan kudrat yang ada supaya rezeki yang terhasil semuanya dari sumber yang halal..

    ReplyDelete
  33. salam ust.

    saya sentias mendapat pelajaran dari membaca entri2 ust.

    semoga saya dapat mensyukuri Allah secara lahir dan batin.

    ust. maaf saya nak komen petikan pada terakhir itu kecik sangat fontnya pada pandangan mata tua saya ini. besar kecik besar kecik mata saya di buatnya. namun saya tetap bersyukur kerana dapat juga membacanya walaupun sedikit payah, sedangan ramai orang lain yang buta kedua belah matanya sejak dilahirkan.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Araz..
    Alhamdululillah dah membaca, mengambil iktibar..amin

    ReplyDelete
  35. --> al-lavendari

    Wa'alaikumusalam THJ...

    Saya terima teguran tuan haji tu. Insya Allah saya akan usaha besarkan font tu di masa akan datang.

    Sebenarnya saya nak bezakan ianya dengan N3 saya. Apa pun di N3 akan datang saya akan buat cara lain utk membezakannya.

    Terima kasih tuan haji..:)

    ReplyDelete
  36. --> etuza

    Wa'alaikumusalam cikgu..

    Alhamdululillah moga mendapat manfaat yang banyak darinya..

    ReplyDelete
  37. salam :)

    entri yang sunggah bermakna.terima kasih!

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum

    T.kasih entri menarik.. maiza nak mohon share di facebook..

    ReplyDelete
  39. --> I*K*T*I*R*A*F

    Salam..:)

    Terima kasih! Moga terkesan di hati dan dapat pengajaran darinya..

    ReplyDelete
  40. --> MaizaC'Joe

    Wa'alaikumusalam..

    Boleh silakan..teruskan sharing ceritanya

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum. Semoga sentiasa dilindungi Allah swt.

    "Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah".

    Rezeki tidak datang bergolek. Kena usaha, selaras dengan apa yang telah disaran dalam al-Quran dan Hadis Nabi saw.

    Salah faham tentang qadak dan qadar kadang2 menyebabkan umat Islam malas berusaha. Lebih malang ada juga yang rajin melakukan kemaksiatan seperti amalan riba atau penipuan dalam mencari keuntungan lebih.

    Terima kasih atas perkongsian ilmiah.

    TQ

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum saudara,apa khabar?
    sihat?
    alhamdulillah sebuah perkongsian yang mendalam bagi diri ini.terima kasih atas perkongsian ini.sesungguhnya nikmat Allah terlalu luas dan banyak, dibandingkan dengan kepahitan.

    ReplyDelete
  43. Salam ukhwah dan salam perjuangan :)

    Syukran atas perkongsian kisah ni, saye pon x penah dengar kisah ni sebelum ni,

    Thanks, semoga diberkati Allah selalu :)

    ReplyDelete
  44. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH INI. ADA PENGAJARANNYA

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum...

    Semoga akhi diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dlm lindunganNya ALLAH..

    Syukur alhamdulillah, besar pengajaran yg boleh diambil dari kisah ini..
    teruskanlah menitip ilmu buat kami semua, Moga ALLAH memberkati segala usaha...insyaALLAH

    ReplyDelete
  46. --> Admin P@P

    Wa'alaikumusalam..doa kamek juak ngan kitak semoga sentiasa dilindungi Allah Taala..

    Allah telah menentukan rezeki setiap makhluk ciptaan~Nya termasuklah kita manusia, namun ianya perlu diusaha dan dicari dengan cara yang telah digariskan oleh Islam.

    Mudah-mudahaan kita tidak terlibat unsur-unsur rezeki yang ada subahah apatah lagi yang jelas haram.

    TQ kitak..

    ReplyDelete
  47. --> ummu

    Wa'alaikumusalam, alhamdulillah sihat, moga ummu sihat juga hendaknya..:)

    Ya, itu adalah semua nikmat dan harus disyukuri. Firman Allah SWT, "Jadilah orang yang syukur nikmat dan jangan jadi orang yang kufur nikmat" (QS ibrahim ayat 7)

    ReplyDelete
  48. --> HASRUL NIZAM

    Salam ukhwah dan salam perjuangan juga buat sdra..:)

    Afwan, terima kasih kembali, semoga sdra sentiasa dalam perlindungan~NYA..

    ReplyDelete
  49. --> luahfikiran

    Wa'alaikumusalam Dato'

    Terima kasih kembali, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..

    ReplyDelete
  50. --> aisyahHumaira

    Wa'alaikumusalam...

    Terima kasih mendoakan saya..

    Semoga ustazah juga diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dlm lindunganNya ALLAH..

    Moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita semua dalam menjalani kehidupan ini terutama dalam perkara menyampaikan kebaikan kepada sesama manusia..amin

    ReplyDelete
  51. TQ. tazkirah yang menyentuh jiwa.

    ReplyDelete
  52. --> Insan Marhaen

    Terima kasih kembali..:)

    ReplyDelete
  53. --> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Wa'alaikumusalam brother...

    Thanks bro..

    ReplyDelete
  54. salam alaik akh :)

    semoga sihat di sana, syukran utk perkongsian kali ni, first time saya tau crita ni. sarat dgn pengajaran sbg panduan kehidupan ..

    barakallahu fik :)

    ReplyDelete
  55. --> melatidaisy

    Wa'alaiki salam ukhti..:)

    alhamdulillah saya sihat di sini, moga sdri sihat juga di sana...moga apa yang saya utarakan di sini mendatangkan manfaat yang banyak buat sdri..

    barakallahu fik :)

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.