بسم الله الرحمن الرحيم
MANUSIA ingin hidup bahagia. Hidup tenang, tenteram, damai dan sejahtera. Sebahagian orang mengejar kebahagiaan dengan bekerja keras untuk menghimpun harta. Mereka menyangka bahawa pada harta yang melimpah itu terdapat kebahagiaan. Ada yang mengejar kebahagiaan pada tahta, pada kekuasaan. Beragam cara dia lakukan untuk merebut kekuasaan. Orang sakit menyangka, bahagia terletak pada kesihatan. Orang miskin pula menyangka, bahagia terletak pada harta kekayaan. Rakyat jelata menyangka kebahagiaan terletak pada kekuasaan.
Bahagia itu tidak dapat diukur dengan mata kasar, kerana pandangan mata selalunya menipu. Masakan melihat seorang hartawan dengan kereta mewah yang bersusun di hadapan rumahnya kita sudah boleh mengatakan dia bahagia.
Namun, bahagia dapat dirasa di hati, boleh dikesan pada wajah. Sebaliknya jika tiada, hati boleh merasa dan tak mungkin ditipunya. Kadangkali, pada zahirnya kehidupan sesebuah keluarga itu sudah nampak aman damai. Namun, hakikatnya hati para penghuninya masih tak bahagia. Mengapa? Rasa-rasa masih ada lagi yang kurang.
Ketenangan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba~NYA yang beriman dan bertaqwa. Mereka yang mendapat ketenangan seperti mendapat syurga yang disegerakan (Al-Jannatul Ajilah) sebelum mendapat syurga yang kekal abadi di akhirat. Mereka yang telah menikmatinya tidak akan terpengaruh dengan suasana untuk mendapat tenang dan bahagia.
Justeru setiap apa yang dilakukan di atas muka bumi ini, bukan untuk mengejar bahagia. Tapi atas rasa dirinya sebagai hamba yang perlu mentaati perintah dan menjauhi larangan Tuhan, demi mendapatkan keredhaanNYA. Dalam berseorangan pun mereka rasa bahagia, apatah lagi ketika ramai. Sewaktu susah dan kesempitan pun mereka rasa bahagia, apalagi di kala senang dan lapang. Keredhaan Allah cukup besar maknanya bagi mereka.
Menurut Imam al-Ghazali, puncak kebahagiaan pada manusia adalah jika dia berhasil mencapai 'ma'rifatullah', telah mengenal Allah SWT. Selanjutnya, Imam al-Ghazali menyatakan: "Ketahuilah bahagia tiap-tiap sesuatu bila kita rasakan nikmat, kesenangan dan kelazatannya merasa itu ialah menurut perasaan masing-masing. Maka kelazatan (mata) ialah melihat rupa yang indah, kenikmatan telinga mendengar suara yang merdu, demikian pula segala anggota yang lain dan tubuh manusia.
Sebagai orang Muslim, kita tentu mendambakan hidup bahagia seperti itu; hidup dalam keyakinan: mulai dengan mengenal Allah dan redha, menerima keputusan-keputusan~Nya, serta ikhlas menjalankan aturan-aturan~Nya. Kita mendambakan diri kita merasa bahagia dalam menjalankan solat, kita bahagia menunaikan zakat, kita bahagia bersedekah, kita bahagia menolong orang lain, dan kita pun bahagia menjalankan tugas amar ma'ruf nahi munkar.
Mereka yang bahagia dengan Islam adalah mereka yang mengatur seluruh aspek kehidupan secara Islam kerana merasakan dirinya adalah hamba yang perlu patuh pada PENCIPTA~NYA dan Islam itu tidak sekali-kali dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan keindahan dan kebahagiaan sementara. Indahnya Islam bagi mereka kerana ia merupakan syariat Allah yang sangat syumul dan praktikal.
Sungguh sakit itu menyusahkan. Boleh jadi tidak tenang dengan sakit apatah lagi makan minum serta tidur selalu terganggu. Malah kerja harian juga terganggu dan di waktu tertentu hendak bersolat pun terganggu juga. Namun, seorang yang berzikrullah, dapat merasakan Tuhan yang memberi sakit dan Dialah yang menyembuhkan. Rasa itulah yang memberi penawar kepada kesusahan sakitnya selama ini. Dia jadi tenang atas kerana yakin Tuhan yang memberi sakit dan Tuhan jugalah yang akan menyembuhkan. Sudah pasti keyakinan itu menjadikan dia faham maksud Tuhan memberi sakit kepadanya.
Dalam keadaan apa pun. Maka senangkanlah hatimu! Jangan pernah bersedih. Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan perkara yang sulit melalui hartamu. Dan jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang sering menimpa orang-orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepadamu lagi, lantaran kemiskinanmu. Kalau engkau dilupakan orang, kurang masyhur, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacimu.
Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita ilmu yang boleh menghantarkan kita pada sebuah keyakinan dan kebahagiaan abadi, dunia dan akhirat. Amin..

Aku tidak pernah melihat kezuhudan yang lebih sulit daripada kezuhudan terhadap kekuasaan. Kita banyak menemui orang-orang yang zuhud dalam masalah makanan, minuman, harta dan pakaian. Namun ketika diberikan kekuasaan kepadanya maka ia pun akan mempertahankan dan berani bermusuhan demi membelanya.
~Imam Sufyan Ats Tsauri~
Salam Razak...
ReplyDeleteDidoakan agar dikurniakan kesihatan dan ketenangan sentiasa...
Terima kasih atas peringatan...
Semoga kebahagiaan sebenar itu dapat dirasai di perjalanan yang seterusnya...
Salam:)
ReplyDeleteMoga ktk sihat dan dirahmatiNya selalu:)
Setiap antara kita mendambakan ketenangan & kedamaian di hati..Sesungguhnya Hati yg berkiblatkan Ruh dan penciptanya, pasti kan disinari keimanan yg membibit rasa kebahagiaannya..
tq kitak utk ilmu di jumaat yg berkat tuk..:)
salam ustaz
ReplyDeletebetapa benar kata Imam Sufyan itu .. sejarah banyak menunjukkan dunia porak peranda kerana ramai orang berebut untuk mendapat dan mempertahankan kuasa. berapa banyak pembunuhan berlaku kerana kuasa.
orang yang tiada kuasa ingin mendapatkannnya. orang telah berkuasa ingin mempertahankiannya dan orang yang telah hilang kuasa ingin mendapatkan semula.
assalamualaikum. 'disebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan yg menyusul'...dan disebalik kekalutan itu pasti ada ketenangan, cari dan rasainyalah. Allah tidak menzalimi hamba-Nya melainkan hamba-Nya itu yg menzalimi diri mereka sendiri..wallahualam.
ReplyDeletesalam en razak...
ReplyDeleteselamat tahun baru 2011...semoga en razak sihat dan dirahmati allah...
terima kasih info ni...saye pun mengharapkan agar saye dikurniakan kebahagian didunia & akhirat aminnn insya allah..
--> Ruby
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Cikgu..
Terima kasih mendoakan saya, moga cikgu juga dikurniakan kesihatan dan ketenangan sentiasa..
Sesungguhnya ketenangan dan ketenteraman hati itu adalah hilangnya kegundahgulanaan dari hatinya..
--> Pn Kartini
ReplyDeleteWa'alaikumusalam kitak..:):)
Moga ktk juak sihat dan dirahmati~Nya sentiasa..:)
Ya pastilah orang-orang yang mendapatkan kebahagian dalam hidup di dunia ini dan akan mendapatkan segala nikmat di dalam syurga di mana di dalamnya terdapat segala apa yang diinginkan oleh setiap jiwa dan menyejukkan hatinya dan segala apa yang diinginkan dan mereka juga akan mendapatkan nikmat yang paling utama dan besar iaitu mendapatkan keredhaan Allah.
Welcome kitak..:)
--> al-lavendari
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..:)
Hendaknya bila berkuasa cita-cita untuk membawa manusia kepada kebaikan mestilah perkara utama. Mereka mahu melihat manusia bangsa ini menjadi baik, mengenal Tuhan, hidup bersyariat, berkasih sayang, bersatu padu dan tolong-menolong.
Yang menyedihkan hati adalah niat-niat yang tersirat untuk mendapatkan kekuasaan dan ekonomi sehingga terjadi perpecahan, saling membenci, keributan, dan hilangnya kasih sayang semakin merata di negeri ini.
--> nahmy
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Segala kesulitan dan kesusahan akan berakhir dan semua dilalui dengan penuh sabar dan tabah..
--> ainnoraini
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Puan Ain
Selamat tahun baru 2011...semoga puan ain sihat juga hendaknya dan sentiasa dalam rahmati Allah..
Mudah-mudahan...amin
salam,
ReplyDeletebahagia rasanya pepagi ni bila dihidangkan dengan n3 sebegini..
tenang rasanya bila pepagi Jumaat ni dibacakan dengan peringatan-peringatan begini.
Semoga ketenangan dan kebahagian ini kekal berpanjangan dan yg penting ia kena disertai dengan kesyukuran.
Terima kasih ustaz,
SELAMAT TAHUN BARU 2011.
Semoga lebih banyak catatan-catatan sebegini.
--> ikan emas
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Syukur pada apa yang ada membuat kita lebih tenang dan bahagia...
Afwan IE...
Tenang dan Bahagia...
ReplyDelete2 Elemen paling utama yang saya mahu dalam hidup...
Ya cikgu....
ReplyDeleteSaya pun mahu begitu...
tq.. post 'ketengangan' sblm masuk 2011.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSentiasa berusaha mencapai makrifatullah, agar kemanisan iman dan kebahagiaan dapat dikecapi, insyaAllah.
TQ
Moga ketenangan dan kebahagiaan jadi milikmu dan kita semua.
ReplyDeleteSejahtera sentiasa buat adinda Abd razak di pagi Jumaat yang mulia,
ReplyDeleteMendoakan agar sentiasa dibawah Rahmat dan lindungan Allah...serta di panjangkan umur agar terus dapat memberi manafaat kepada sahabat di sini.
Selamat tahun baru 2011
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya sentiasa berdoa Allah hidupkan dalam peliharaanNya dan matikan andai itu lebih baik buat diri ini kerana selalu tertipu oleh nafsu sendiri.
Tazkirah ini dapat menenangkan hati saya, terima kasih.
Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang :)
ReplyDelete--> n0vemBer zuLu
ReplyDeleteWelcome...tegang kerana mengenangkan malam ini pasti ramai anak muda Islam berpesta menyambut tahun baru..
--> Admin P@P
ReplyDeleteWa'alaikumusalam
Ya, mudah-mudahan Allah beri bimbing dan permudahkan..
Welcome..
--> Hunny
ReplyDeleteAmin...moga Allah makbulkan permintaan Hunny..
--> hazeleyed lady
ReplyDeleteSejahtera sentiasa juga buat Kanda pada hari Jumaat yang mulia ini..
Terima kasih mendoakan saya, kak! Didoakan sedemikian juga buat kakak dan semua pembaca di sini...amin!
--> ahmad humairi
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..
Ya, nafsu kita takkan pernah merasa puas selagi kita masih bernyawa dan berusahalah mengawalnya..
Terima kasih kembali, cikgu!
--> REPUBLIK N9
ReplyDeleteSesungguh ketenangan itu terbitnya kasih sayang dari~NYA...
Assalamu'alaikum Abd Razak.
ReplyDeleteSemoga sihat dan beroleh ketenangan dan kebahagiaan..
Ada orang kata bahagia dan tenang itu relatif.. lalu masing-masing mentafsirkan bahagia dan tenang sesuai dengan apa yang dia rasa.. namun di bawah ini kak salin apa yang Ustaz Pahrul Mod Joui tulis..
http://genta-rasa.com/inilah-makna-bahagia/
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan.
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya.
Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.
Mudah2an kita sentiasa jadi hamba Allah yang bersyukur.. dan dengan itu kita akan sentiasa bahagi dan tenang..
Kita tidak membantah, bahawa barang-barang kebendaan mempunyai kedudukan penting untuk mencapai kebahagiaan . Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah bersabda:
ReplyDeleteمن سعادة ابن ادم : المرأة الصالحة , والمسكن الصالح , والمركب الصالح ( رواه أحمد)
Termasuk kebahagiaan hidup seseorang manusia, ialah memperolehi isteri yang baik, kediaman yang baik dan kenderaan yang baik.
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Selain itu Tuhan mengajarkan bahawa kebahagiaan didunia yang disebut “ kehidupan yang baik “ hanyalah diperolehi dengan keimanan dan perbuatan baik, didalam firman yang mafhumnya :
Dan sesiapa yang mengerjakan perbuatan baik lelaki atau wanita,sedang dia beriman, nescaya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik……
(surah Al-Nahl : Ayat 97)
Assalamualaikum saudara abdul razak. Moga saudara tetap dalam kesihatan dan kesejahteraan di sana...
ReplyDeleteTenang, bahagia...syukur dan sabar atas apa jua yang Allah kasi....
saya doakan moga hati2 kita semua, walau apa jua yang keadaan yang menimpa, kita takkan putus dari terus mendekati dan mengingati Dia Yang Maha Kuasa.. InsyaAllah...
Saudara Abd Razak
ReplyDeleteBahagia itu anugerah Allah dan hanya dapat dirasai dengan IzinNYA. Dan paling membahagiakan adalah bila bisa membuat orang lain berkongsi kebahagian dengan kita.
Mudah-mudahan tahun mendatang kita akan lebih bahagia (kalau bahagia itu ada tahap, harkat dan martabatnya)
salam
ReplyDeletekita suka ungkapan;
" bahagia dapat dirasa di hati, boleh dikesan pada wajah.."
hati yang tak tenang dan tak bahagia mmg sgt mudah terlihat pada wajah... moga kita beroleh ketenangan jiwa selama menjalani hidup sementara kat dunia ini ~
Salam
ReplyDeleteBuka Hati ada damai
Buka mata ada terang
Buka kasih ada sayang
Buka kotak komen ada ucapan Selamat Tahun Baru 2011
Semoga semua harapan yang tertunda dapat dikotakan di tahun 2011 ini. Amin.
ikhlas :
Sahabat mayamu,
Imanshah
SALAM,
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH. UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2011. SEMOGA TAHUN2 MENDATANG INI DAPAT KITA ISIKAN DENGAN AMALAN2 KEBAIKAN.
Assalamualaikum
ReplyDeletemoga saudara dan keluarga sihat hendaknya
Tenang dan Bahagia..
semoga ketenangan dan kebahagiaan terus di miliki InsyaAllah.. bersyukur atas nikmat DariNYA yang tak terhingga..
Allah.. terlupa :)
ReplyDeleteSelamat tahun baru.. moga tahun mendatang dan seterusnya lebih menyinar juga lebih tabah.. InsyaAllah
1. tiada siapa yang tidak mahu damai.
ReplyDelete2. url anda telah dimasukkan ke bloglist 2011 IM. teruskan berkarya!
--> Werdah
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Kak Werdah
Semoga kakak juga sihat dan beroleh ketenangan dan kebahagiaan..
Kaya hati adalah bebas dari sifat-sifat mazmummah dan sentiasa tenang..
Terima kasih atas ulasan kakak yang panjang..
--> kamsiah
ReplyDeleteBenar apa yang kata, seluruh kehidupan kita penuh dengan kebaikan, mendapat isteri yang solehah, anak-anak yang taat kepada orang tua, memperolehi rezeki yang halal, jiran tetangga yang baik, mengeratkan silaturrahim dan lain-lainnya. Semuanya mendatangkan ketenangan dan bahagia..
--> Afida Anuar
ReplyDeleteWa'alaikumusalam saudari afida
Terima kasih mendoakan, moga saudari tetap dalam kesihatan dan kesejahteraan di sana...
Bahagia itu dari dalam diri..
Kesannya zahir rupanya maknawi..
Terpendam bagai permata di dasar hati..
--> noorlara
ReplyDeleteSaudari Noorlara
Kebahagian itu suatu kesyukuran
Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan.
Bahagia itu dari dalam diri
Bahagia itu adalah suatu kesabaran
assalammualaikum razak..
ReplyDeleteindah hidup ini jika sentiasa meredhai....
--> ♥ manje ♥
ReplyDeleteWa'laikumusalam...
Wajah menggambarkan ketenangan dan kebahagiaan di hati...
--> IMANSHAH
ReplyDeleteWa'alaikumusalam
Moga cikgu sihat hendaknya serta sentiasa diberi mudah dalam menjalankan tugas seharian...
Selamat menjalankan tugas..
Terima kasih..:)
--> luahfikiran
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Terima kasih kembali, moga hari-hari mendatang dipenuhi dengan amalan soleh..
--> MaizaC'Joe
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Moga saudari dan keluarga sihat juga hendaknya
Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk dan tenang serta kabulkan doa kami..
--> MaizaC'Joe
ReplyDeleteMoga hari-hari yang mendatang dihiasi dengan amal soleh untuk dibawa ke sana...
--> Insan Marhaen
ReplyDeleteYa, benar! Semua orang mahukan damai dan tenang.
Terima kasih!
--> a kl citizen
ReplyDeleteWa'alaikumusalam cikgu..
Moga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua..amin
Salam ustaz,
ReplyDeleteTerima kasih atas entry ini. Amat kena dengan situasi saya di kala ini..
--> fatim kktg
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Terima kasih kembali..
assalamualaikum saudara
ReplyDeleteapa khabar saudar?
semoga sihat sejahtera hendaknya.
tenang dan bahagia
saling bertaut dan berpaut
bahagia itu bersifat maknawi
bahagia itu sering dilihat dari persepsi masing2
namun bahagia hakiki
itulah yang bermakna
--> ummu
ReplyDeletewa'alaikumusalam...:)
alhamdulillah saya sihat..
moga ummu sihat juga ya..
bahagia yang hakiki ialah rasa kaya di hati tanpa ada sifat mazmummah di dalamnya...
assalamualaikum sdra..semua org ingat bahagia itu adalah kaya dan senang..sebenarnya, ketenangan jiwa itu adalah kebahagiaan yang Allah kurniakan..trime kasih atas info yg bermanfaat ini
ReplyDelete--> sahromnasrudin
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Ya benar apa yang dikatakan. Kebahagiaan dan ketenangan duduknya di hati yang sentiasa bersyukur atas limpah kurnia Allah Taala kepadanya..
selamat tahun baru
ReplyDelete--> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteAlhamdulillah kita berikan kesempatan, moga terus istiqamah dalam beribadah kepada~Nya..
salam ustaz, suka tengok wajah ustaz yang tenang
ReplyDelete--> IMANSHAH
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Kadang tak tenang juga lantaran memikirkan diri ini banyak dosa..
tenang dan bahagia rasanya baca entry ini,, :)
ReplyDeleteNanti kalau tak tenang datang lagi baca ya..
Delete:-)