بسم الله الرحمن الرحيم
Ibadah sujud di luar daripada solat ada DUA iaitu Sujud Tilawah dan Sujud Syukur. Insya Allah pada kesempatan ini marilah kita sama-sama cuba memahami apakah sujud tilawah.
Sujud tilawah adalah sunat dan sangat dituntut menurut pendapat jumhur ulama. Sujud tilawah terdiri daripada beberapa perkara seperti istilah, syarat, rukun, dan perkara sunat. Mari kita ulas satu persatu tentang perkara-perkara tersebut.
ISTILAH : Sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan di luar solat apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat sajdah, sama ada dibaca oleh diri sendiri atau didengar daripada orang lain.
Namun begitu sebarang bentuk rakaman seperti CD, kaset, TV, video, dan sebagainya, harus hukumnya melakukan sujud tilawah mahupun bertasbih. Harus di sini bermaksud pahala tiada, dosa pun tiada.
Ayat sajdah ialah ayat yang mempunyai perkataan sujud di dalamnya yang membawa maksud tertentu. Bagi kita orang Melayu yang tidak faham bahasa Al-Quran, terdapat cara yang tertentu untuk kita mengenali ayat-ayat sajdah ini.
Jika dalam Mashaf Uthmani (Quran Al-Karim), terdapat tanda seakan-akan kubah masjid di tempat yang perlu dilakukan sujud tersebut. Manakala bagi Quran Al-Majid (Quran lama) pula, ditulis perkataan 'sajdah' di bahagian tepi ayat tersebut dalam tulisan jawi.
SYARAT - Syarat-syarat yang perlu ada sebelum melakukan sujud tilawah:
1. Ayat itu hendaklah dibaca sehingga habis. Untuk memudahkan kita, pihak pencetak Quran telah membuat tanda kubah masjid (bagi mashaf uthmani) atau perkataan ‘sajdah‘ (bagi quran al-majid). Jangan sekali-kali sujud sebelum sampai kepada tanda tersebut.
2. Suci dari hadas, iaitu tutup aurat dan berwudhuk. Sekiranya tiada wudhuk, dan tiada juga niat dari awalnya (contohnya kita terdengar seseorang membacanya), sujud tilawah ini boleh digantikan dengan tasbih 4x (SubhanaLlah walhamduliLlah walailahaillaLlah waLlahuakbar). Pahalanya pula sama dengan sujud tilawah yang sempurna.
3. Tidak lama masa di antaranya, iaitu antara bacaan ayat sajdah tersebut dengan sujud tilawah yang hendak kita lakukan itu.
4. Mengadap kiblat. Tidak mengapa sekiranya ayat itu dibaca dengan tidak mengadap kiblat, cuma alihkan Quran (sekiranya ada) dan pusingkan tubuh supaya mengadap kiblat sebelum melakukan sujud tilawah.
RUKUN - Rukun adalah perkara yang mesti dilakukan untuk menjadikan perbuatan kita ini adalah sujud tilawah. Tertinggal salah satu bermakna tiadalah fadhilat yang akan kita perolehi. Boleh jadi jatuh kepada berdosa pula.
1. Niat beserta takbiratul ihram
2. Berdiri atau duduk
3. Sujud sekali
4. Salam pertama
PERKARA SUNAT
1. Angkat kedua-dua belah tangan ketika takbiratul ihram
2. Bertakbir (Allahu Akbar) ketika turun untuk sujud
3. Membaca ayat sujud sajdah:
سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
(Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatannya. Maha memberkati Allah, sebaik-baiknya pencipta)
4. Bertakbir ketika bangkit dari sujud
5. Salam yang kedua
Terdapat lima belas tempat di dalam Al Quran yang disunatkan pembaca atau pendengar untuk bersujud. Ayat-ayat Sajdah di dalam Al Quran, antaranya ialah Surah Al-A’Raaf Ayat 206, Surah Ar-Ra’d Ayat 15, Surah An-Nahl Ayat 50, Surah Al-Israa Ayat 109, Surah Maryam Ayat 58, Surah Al-Hajj Ayat 18, Surah Al-Hajj Ayat 77, Surah Al-Furqaan Ayat 60, Surah An-Naml Ayat 26, Surah As-Sajdah Ayat 15, Surah As-Saad Ayat 24, Surah Fussilat Ayat 38, Surah An-Najm Ayat 62, Surah Al-Insyiqaq Ayat 21 dan Surah Al-Alaq Ayat 19.
FADHILAT
1. Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka” (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
2. Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
3. Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini kerana sehina-hina dan serendah-rendah martabat kita adalah sewaktu kita sujud kepada~Nya.
Wallahu a’lam

Bulan tak pernah melanggar hukum. Malam tak pernah cemburukan siang. Bumi tidak merungut tentang kedudukannya rendah dari langit. Namun manusia sering melanggar batasan, cemburu pada kelebihan insan, mengeluh tentang kekurangan. Wujudkan sifat-sifat makhluk Allah ini, biarpun tanpa akal mereka lebih 'berakal' dari kita dalam mentaati Pencipta.
salam alayk ustaz..
ReplyDeleteterima kasih, sy membaca tazkirah ustaz disubuh yg indah.
Penulisan resam uthmani telah memudahkn kita mengenali ayat utk bersujud tilawah..jadi, jalan utk mendapat pahala juga sebenarnya selalu dekat dgn kita...cuma terpulang pada kita sama ada mahu pahala itu ataupun tidak..
terima kasih sekali lagi, semoga entri ini akan dicatat sbg kebaikan di sisi Nya :)
p/s: pertama kali rasanya jadi komen sulung di entri ust :)
salam:)
ReplyDeleteMoga sihat2 kitak di sinun :)
dan sentiasa dirahmatiNya..
terima kaseh kerana menerangkan tentang sujud tilawah.. ilmu yg disampaikan amat bermakna buat semua sebagai panduan yang terkadang kita alpa dengan berbuat amalan itu..
MOga Allah memberi ganjaran.. dan keberkatan dari ilmu yang disampaikan...amin.. :)
Assalamualaikum saudara abdul razak. Semoga saudara sentiasa sihat sejahtera di sana dan sentiasa dirahmati...
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkongsi info ni. Yang biasa dilakukan sujud tilawah ni waktu solat subuh berjemaah hari Jumaat. Imam membacakan surah sajadah.
SALAM USTAZ RAZAK,
ReplyDeleteAMAT BAIK N3 INI. TERIMA KASIH BANYAK2 ATAS TAZKIRAH. ELOK DIAMALKAN SEBAGAI TAMBAHAN BEKALAN KITA !
--> deena farhana
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..:)
Terima kasih kembali..
Ya benar, moga kemudahan itu kita gunakan sepenuhnya untuk mendapat redha dan lebih dekat kepada~Nya..
--> Pn Kartini
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..:)
Moga kitak sihat juak di sinun serta sentiasa dirahmati~Nya..:)
Terima kasih kembali. Kamek hanya menyampaikan apa yang telah kamek pelajari dan ini merupakan ulangan buat mereka yang sudah mengetahuinya..
Terima kasih kitak, mendoakan kamek..:)
--> Afida Anuar
ReplyDeleteWa'alaikumusalam saudari afida
Alhamdulillah saya sihat. Semoga saudari sentiasa sihat juga di sana dan sentiasa dirahmati...
Ya, kelazimannya seluruh masjid di negara kita, jemaah mengamalkan sunnah sujud sajdah sewaktu solat subuh pada hari jumaat.
Membaca al-quran pun disunatkan bersujud ketika berjumpa dengan ayat yang telah ditandakan mengikut syarat2nya...
--> luahfikiran
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Terima kasih kembali LF, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa sihat dalam dalam redha Allah.
Banyak peluang yang Allah bukakan untuk kita menyediakan bekalan, tinggal lagi usaha yang perlu ditingkatkan untuk meraihnya.
Benar, bahawa bumi, langit, malam dan siang tunduk atas perintahNya, kita manusia yang dulunya berjanji tetapi suka memungkirinya.. mudah2an kita jadi manusia yang berakal.. terima kasih kerana selalu mengingatkan...
--> Werdah
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Kak..:)
Moga kakak sihat juga di sana serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..
Ya, setiap apa yang kita kerjakan semata-mata kerana Allah pasti ada ganjaran pahala dari~Nya. Peluangnya sudah tersedia cuma perlu diusahakan sedikit tapi limpahan berkat amat banyak...
TQ Kak!
Salam Ust. Razak,
ReplyDeleteSekarang pembelajaran banyak guna resam Uthmani. Benar kubah dan garisan pada ayat sudah ditunjukkan. Hanya kita hendak buat atau tidak saja.
Mudah sebenarnya untuk mendapat ganjaran tapi selalu terabai...
Salam ustaz,
ReplyDeleteTerimakasih kerana berkongsi ilmu. Semoga mendapat keberkatan.
muslimat yang berjemaah kekadang tu ada juga yang terkonfius (bagi yang kurang arif) terutama apabila imam diselubungi tabir dan tiada kelihatan ketika berjemaah.
tapi bukan muslimah sahaja, makmum lelaki pun sama juga. Ini terjadi kalau syok sangat mengelamun dan hilang khusyuk sembahyang (tak perasan bila ayat sajdah dibaca. Kelam kabut dibuatnya :)
Wallahuaklam.
Assalamualaikum
ReplyDeletesemoga saudara sihat hendaknya..
Alhamdulillah membaca di sini sedikit sebanyak dapat menambah lagi pengetahuan yang kadang kala sebagai manusia sedikit teralpa.. t.kasih sudi berkongsi entri.. t.kasih juga selalu mengingatkan..
AllahuAkbar..sdra, sy suka entri ini..lama sy tunggu entri mengenai sujud sajjadah ini..trime kasih memberi info yang sangat berguna ini ya...
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletebagaimana pulu dengan sujud syukur?
adakah ianya sama?
terima kasih ya ustaz.... n3 ini menambah pengetahuan saya lagi...
ReplyDeleteAs'salammualaikum Ustaz Razak..
ReplyDeleteTerima kasih ustaz di atas perkongsian ini.semoga dengan entry yang sangat berguna ini dapat menambah bekalan kita kelak..
alhamdulillah makin jelas tentang kaedah sujud tu. seblom ni tak tau plak boleh digantikan dengan bertasbih...
ReplyDeletesyukran ustaz
Assalamualaikum Ustaz.
ReplyDeleteMemandangkan sujud tilawah bukan satu kewajiban, maka seringkali pembaca al-Quran tidak mengambilberat untuk melakukan sujud ini,
Mudahan lepas ini lebih peka lagi.
TQ
--> Kakzakie
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...:)
Rugi kita meninggalkan perkara yang kecil tapi faedahnya amat besar. Mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah baik yang kecil apatah lagi yang besar, tetap taat dan istiqamah..
--> DrSam
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..
Terima kasih kembali..
Kekurangan ilmu kekadang membuat kita sering jadi konfius, kerana itu kita sangat dituntut untuk menuntut ilmu dalam semua perkara ibadah...
--> MaizaC'Joe
ReplyDeleteWa'alaikumusalam
Saya kurang sihat hari ni, semoga saudari sihat hendaknya..
Semoga ianya mendatangkan manfaat buat kita semua...
Salam...
ReplyDeleteSebaik-baiknya hendaklah guna al-Qur'an rasm uthmani..
Syukran alaik.
Salam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletekhabarnya di Makkah imam melakukan
bacaan ayat sajdah di dalam solat subuh? Bagaimana agaknya kita nak lakukan seandainya kita perasan beliau membacanya ketika solat.Dan bagaimana kita tak perasan itu ayat sajadah sedangkan kita lihat orang terus sujud lepas bacaan tanpa rukuk..harap beri penjelasan dan caranya..Terima kasih..jazakallah khair..
Ass-Salam dik Abd Razak
ReplyDelete...datang ziarah dan kongsi ilmu...TQ
--> sahromnasrudin
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih kembali, semoga ianya mendatangkan pengajaran yang banyak buat kita semua..
--> ahmad humairi
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar solat iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur, takbir, sujud dan juga salam.
Cuma sujud syukur ini kita hendak menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.
Kata guru saya, contohnya kalau sujud sewaktu menang dalam pelawanan bolasepak, itu bukan ibadah namanya.
--> Alimaz-Kembara Terasing
ReplyDeleteSama-sama..:)
--> Amy Syaquena
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Amy..
Terima kasih kembali...moga ianya dapat diamalkan terus-terusan
--> cemomoi
ReplyDeleteHendaknya kita jangan melepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.
assalamualaikum.
ReplyDeleteadakah sujudnya sekali atau dua kali ust. ? di tempat saya hanya dilakukan sekali sujud sahaja.
saya sedikit terkeliru kerana dibawah perkara sunat no. 5, ust. nyatkan salam kedua.
tkasih atas perkongsian yang bermanafaat..
ReplyDelete--> Admin P@P
ReplyDeleteWa'alaikumusalam cikgu..:)
Sungguh pun ibadahnya nampak kecil tetapi ianya amat besar di sisi Allah SWT...
Welcome..
--> Ros Illiyyuun
ReplyDeleteSalam...
Ya benar kata kitak...penulisan tersebut adalah mukjizat kalamullah itu sendiri, kerana dengan penulisan tersebut,tidak boleh diceroboh oleh mana-mana pihak disebabkan oleh keistimewaan yang ada pada penulisan tersebut.
--> zulkbo
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Di dalam solat berjemaah, makmum wajib mengikuti imam sama ada imam itu melakukan sujud sajadah ataupun tidak. Bercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batal.
--> hazeleyed lady
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Kak Hazel..:)
Syukran kak!
Welcome..
--> al-lavendari
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Sujudnya sekali sahaja, bang haji.
Maaf, kerana saya pisahkan antara yang rukun dan sunat dalam keterangan saya.
Maksudnya SALAM YANG KEDUA itu adalah selesai sahaja kita sujud, kita akan duduk dan memberi salam. Salam pertama itu rukun dan salam kedua itu sunat.
--> Insan Marhaen
ReplyDeleteYa terima kasih kembali..
Salam Abd Razak,
ReplyDeleteTerima kasih N3 yang baik ni.
Selalu juga buat sujud tilawah ni bila baca surah alsajadah terutama ketika sholat subuh.
salam kembali.
ReplyDeleteterima kasih atas penjelasan. lega hati saya.
ingatkan macam kita sembahyang witir selepas tarawikh .. ada yang buat 3 rakaat dua salam dan juga dengan satu salam. saya ingatkan macam itu.
audio ceramah itu suara ust. kah ?
Sujud...
ReplyDeleteDetik paling bahagia dan indah.
ilmu ni :)
ReplyDelete--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteSalam Kak Ani..
Sama-sama kak!
Ibadahnya mudah dan tinggi martabatnya di sisi Allah Taala..
--> al-lavendari
ReplyDeleteSalam...
Sama-sama bang haji..:)
Ya, memang boleh buat solat sunat witir 3 rakaat dengan 1 salam sahaja asalkan tidak menyamakan ia dengan solat maghrib iaitu dengan mengerjakan satu tasyahud akhir sahaja.
--> ckLah@xiiinam
ReplyDeleteSujud...
Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan ALLAH SWT..
--> REPUBLIK N9
ReplyDeleteSyukran ya akhi...:)
salam
ReplyDeleteterima kasih utk info ni...
dpt ilmu baru (^_^)
selalu jumpa tanda ni... tapi
tak pernah buat...
--> ♥ manje ♥
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..:)
Sama-sama...sebaik-baiknya kita lakukan sujud tilawah..
Assalamualaikum Ustaz.
ReplyDeletenak pergi dengar ceramah tak sempat
datang baca ceramah ustaz sajelah
terima kasih
Terima kasih atas perkongsiannya.
ReplyDeleteMoga kita dapat mengamalkn dan mengambil manfaat darinya
--> Ati Masrif
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..:)
Terima kasih, moga ada manfaatnya..
--> Al - Mu'allim
ReplyDeleteTerima kasih kembali...
salam..
ReplyDeleteermmm..terima kasih
penjelasan anda...
Assalamualaikum brother Razak
ReplyDeleteada manusia suka benar membuat
sujud syukur bila menang apa2 jua
perlawanan..
adakah itu juger di kira ibadah?
--> zulkbo
ReplyDeleteSalam...sama-sama sdra..
--> Nur Misnan
ReplyDeleteWa'alaikumusalam sis..
Pernah juga saya tanya perkara itu dengan guru saya dan jawapannya, itu bukan dikira ibadah.
Tujuan sujud syukur itu adalah untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah SWT seperti kelahiran anak atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.
salam.
ReplyDeleteterima kasih ustaz terus berkongsi ilmu.sebelom ni sujud syukur je saya tau. :)
--> Hanisah Safian
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Ya sama-sama, cara perlaksanaannya sama cuma niatnya sahaja berbeza..
Salam Ustaz,
ReplyDeleteInfo yang bagus untuk dikongsikan. Insyaallah, akan terus diamalkan..:)
Salam ustaz
ReplyDeleteTerima kasih, saling mengingati..belajar tanpa mengamalkan..hurm, terima kasih sekali lagi..
salam
ReplyDeleteterimakasih kerana berkongsi artikel ini...kita manusia kdg2 terlalai jika tidak diingatkan selalu
dgm membaca tazkirah begini...insya Allah tak terlupa segala mukjizat al quran ni
Salam ustaz, semoga sihat selalu...
ReplyDeleteAlhamdulillah... banyak sungguh ilmu yang ana dapat dari blog ustaz nie...
terimakasih ustaz...
salam sahabat...
ReplyDeletetq atas kongsi ilmu sujud sejadah...
saya biasa bertasbih 3 x jee,nii baru saya tau 4 x ...
macamana kalu kita tak ingat ayat sujud? apakah ada ayat lain yg boleh di baca?
--> cun09
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya, sama-sama..:)
Jika tak ingat atau tak hafal tasbih masa sujud tilawah bolehlah digantikan dengan tasbih di bawah ini...
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاِّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
--> anasha
ReplyDeleteSila ambil tiada masalah bagi saya. Moga usaha baik sdri diberkati Allah Taala.
hello, I'm grateful that with his visit and have you as a friend.
ReplyDeletea hug.