اَللَّهُّمَ صَلِّي عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمِ
Dengan terbitnya tenggelam seluruh bulan lainnya
Rupawan seindah wajahmu tak pernah kami menyaksikannya
Wajah ceria penuh sukacita
Engkau mentari, engkaulah purnama
Engkau cahaya di atas segala cahaya
Engkau pembangkit semangat dan daya
Engkau lentera hati kita
Wahai kekasihku wahai Muhammad junjunganku
Wahai bintang dari Timur dan Barat
Wahai engkau sang pendukung wahai yang terpuji
Wahai imam dua kiblat
Siapa yang sempat melihat wajahmu betapa untungnya
Wahai engkau yang berbudi mulia pada orangtua
Mata airmu yang sejuk dan suci
adalah tempatku mereguk minum di hari kebangkitan nanti
Kami tak pernah melihat unta-unta
dari mana pun asalnya berjalan gembira
kecuali saat mereka menujumu semata
Awan-awan melindungimu
Dan tuan rumah mulia melimpahkan segala
Hadiah kehormatan bagimu saja
Pepohonan mendatangimu menitikkan airmata
merundukkan diri antara dua tanganmu
Dan kijang-kijang yang melesat itu wahai kekasihku
Mereka pun datang untuk perlindunganmu
Bila semua kafilah telah siap sedia
saat keberangkatan telah diumumkan bagi semua
‘Kudekati mereka dengan basah airmata
sembari berkata, “Tunggu sejenak, wahai tuan,
dan kirimkan untukku beberapa surat ini saja..”
Wahai rasa rindu yang tak tertanggungkan
Di tengah tujuan nampak rumah-rumah hunian
Waktunya malam hari dan saat awal subuh sekali
Di puncak gembira semua makhluk di alam raya ini
Untukmu wahai pemuda berdahi rupawan berseri
Cinta mereka bagimu sungguh tak ada yang memadai
Penuh tunggu penuh rindu
dalam kehadiran aura jiwamu
Umat manusia yang ada di mana-mana laksana terpana
Engkaulah penutup seluruh nabi
Dan pada Dia Tuhanmu bersyukur engkau tiada henti
Hamba-hambamu ini wahai Tuhan amat mengharapkan
seluruh rahmatmu berlimpah baginya tanpa henti
Fikiran kami tentang dirimu junjunganku Muhammad
senantiasa luhur dan suci
Wahai pembawa berita gembira wahai pemberi peringatan
bagi umat manusia
Bantu aku ya Allah dan lindungi aku
Wahai yang mampu melindungi seksa api neraka
Wahai yang mampu menolong dan tempat kami berlindung
di saat-saat malapetaka harus ditanggung
Sukacitalah sang hamba yang telah merasakan erti
bahagianya merdeka
dari segala pedih dan cemas atasmu Muhammad kekasih hati
yang cahayanya begitu terang layaknya purnama
bagimu seluruh kebaikan sempurna
Dibanding dirimu tak ada lagi yang lebih suci
Wahai datuk baginda Husain
Bagimu seluruh rahmat Allah semata
terus menerus melimpah sepanjang masa
Wahai engkau yang darjatnya tinggi diangkat
Maafkan segala dosa yang kami buat
dan maafkan segala kesalahan kami
Engkau Pemurah, Pemaaf bagi segala salah
dan segala laku tercela
Engkau yang memaafkan semua dosa
Engkau yang meluruskan jalan kami yang menyimpang
yang mengetahui semua rahsia
Bahkan yang paling dalam dari semua rahsia
Engkau yang menjawab semua doaku
Tuhanku, kasihi semua hambamu ini
melalui jalan kebajikan dan kebaikan
Semoga rahmatMu tercurah bagi Ahmad
rahmat melebihi seluruh baris
yang pernah ditulis
Aku berdoa bagi Muhammad yang selalu dalam bimbingan~Nya
Pemilik wajah cahaya wajah yang berkilau laksana sang surya
Malam hari kelahirannya bagi Islam adalah saat sukacita
saat semua berbangga
Hari itu anak perempuan Wahab
Memperoleh berkah kebesaran tak wanita lain pun
pernah mendapatkan
Dia pun mendatangi kaumnya lebih anggun
bahkan dari Maryam wanita yang perawan selamanya
Masa kelahirannya adalah masa kederhakaan pada puncaknya
dan kelahirannya adalah puncak bencana bagi para penderhaka
Namun dalam suasana kebahagiaan penuh sukacita
Yang berjalan tanpa henti-hentinya
Khabar baik itu datang juga
Telah lahir seorang Muhammad
Peribadi yang selalu berada dalam bimbingan~Nya
dan masa bahagia
Serta yang di atasnya semua bahagia
datanglah pada akhirnya.
Petikan bait-bait syair buku Maulud Barzanji,
Sayyid Ja'far bin Hasan bin Abdul Karim Al-Barzanji
Assalamualaikum saudara abdul razak...moga saudara dilimpah kesihatan dan rahmat dariNya sentiasa...insyaAllah..
ReplyDeleteKekasih junjungan kita yang mulia,
Yang menerangi alam semesta,
Memang beruntung para sahabat yang pernah bersua di dunia,
Kita orang biasa yang tak pernah bersua ni macam mana?
Adakah kan peroleh syafaat dari baginda?
Allahu'alam...sama2 kita berusaha,berdoa dan menuju jalan yang Baginda sediakan..
PS: saya ingatkan karya saudara pada awalnya;)
Assalamu'alaikumm Ustaz...
ReplyDeletesemoga kita sentiasa sedar bahawa betapa beruntungnya kita mempunyai kekasih bernama Muhammad SAW...
ya...mauludilrasul datang lagi..hari lahir kekasih ALLAH..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sihat dan sentiasa dalam ramat kasih sayangNYa..
Selalu kita dengar dalam bahasa Arab,, kini membaca dalam Bahasa kita terasa sungguh syahdu..
Ya, nabi pembawa rahmat ke seluruh alam.. menahan kesabaran supaya dapat memberikan syafaatnya kepada kita di sana nanti dengan izin Tuhannya Rabbul Jalil.. semoga kita sentiasa menyedari hakikat ini dan sentiasa berazam untuk mengikuti segala ajarannya.. Selawat serta salam buat Nabi kita, keluarga dan para sahabat serta yang istiqamah mengikuti baginda.. amiin
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Muhammad kekasih Allah.
ReplyDeletesalam mauludurrasur,
ReplyDeleteBenarkan kasih berbalas...
Ayuh berbalas kasih!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
ReplyDeleteAssalamualaiku kepada tuan rumah dan sekelian pembaca...
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu
Salam saudara Abdul Razak..semoga anda di limpahi kesihatan yang baik jua hendaknya..Jangan menggunakan lidah untuk perkataan yang sia-sia. Hendaklah lidah dibasahi dengan selawat lantaran rindu kepada Rasulullah SAW. Sesiapa yang selalu berselawat kerana rindu kepada Rasulullah SAW, barulah Rasulullah SAW akan rindu kepadanya. Sesiapa yang mencintai Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW pun akan cinta kepadanya dan di akhirat baginda akan memberikan syafaat.
ReplyDeleteWallahualam..
mari kita selawat
ReplyDeleteucapkan syukur
kerana lahirnya seorang
pepimpin ummah
yang menjadikan kita
hari ini...
assalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteberuntung mempunyainya kita jadi umatnya
assalamualaikum
ReplyDeletemoga baik2 sahaja...
bertuah kita mepunyai kekasih seperti baginda kan... moga sifat2 yang terpuji baginda dapat dijadikan pedoman sepanjang hayat... ~
Assalamualaikum
ReplyDeleteteringat masa dengo khutbah diceritakan (bukan baca teks) oleh menteri penerangan indon dulu terasa feelingnya bila dia kupas satu-satu sirah nabi sampai kita rasa seolah-olah kita berada bersama ketika itu... sebaik-baiknya dalam mendidik tentang sirah nabi begitu le kalu dapat diterapkan sebab banyak orang hanya bercerita secara sepintas lalu dan kendian menyeru untuk mencintai nabi s.a.w kita. tu yang kata dek orang 'sekadar di bibir sahaja'
Salam Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga saudara berada dalam kesihatan yang baik.
Rasulallah s.a.w.adalah contoh teladan yang sebaik-baiknya bagi kita, dalam semua hal, sebab nabi s.a.w. telah berjaya membawa perubahan yang luar biasa dalam semua bidang.
Salam..:)
ReplyDeleteMOga ktk sentiasa dilindungiNya dan dirahmatiNya selalu..:)
Terasa ada rindu di jiwa
Terasa ada sayu di hati
Mengenangkan segala pengorbanan
Baginda...
Demi Umat tercinta...
:)
assalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteterlalu indah..
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
best :)
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz Abdul razak,subhanallah,saya sudah terlambat untuk meninggalkan jejak di sini.pagi tadi,pukul sepuluh lebih baru sepuluh orang pengkomen ketika sya hendak menjadi pengkomen kesebelas, line internet terputus.
ReplyDeletesungguh nabi mencintai kita
cuma kita saja yang tak sedarinya
bait syair gemersik jiwa
syahdu nian bak lagu cinta
dan qasidah ini tentunya
lahir dari jiwa sang penyair...
Terima kasih sekali lagi,
kerna sudi meninngalkan komen;
lantas ianya sangat dihargai,
kerna ia tanda sokongan tuan.
January Top Commentors
Semuga kita semua mendapat syafaat Rasullulahh S.A.W..
ReplyDeleteKedai online penjara Rusia
di sekolah jua penuh pengisian maulidur rasul
ReplyDeleteSangat mengasyikkan bila mendengar Berjanji ini... lebih2 lagi ada usaha dibuat dalam bahasa kita yang dapat difahami..
ReplyDeleteSelawat keatas jujungan kita.. sempena sambutan Maulidurasul..
Assalamualaikum :)
ReplyDeleteSahabatku yang dihormati, semoga sihat2 hendaknya disana..
Indah sekali bait-bait katanya, tersentuh hati ini..syukran
Mudah-mudahan dapat mempertahankan kedudukan kita sebagai sebaik-baik umat menurut Al Quran.
assalamualaikum sdra...
ReplyDeletesungguh inda bait2 puisi memuji junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW ..trime kasih atas titipan ini dan semoga sdra sekeluarga terus sihat dan dirahmati Allah SWT
assalamualaikum kitak...
ReplyDeleteapa khabar kitak tek..
kamek bait jak..
nang indah syair maulud tok tek..
mulanya kamek sangka kitak nok karang ya..paduhal syair maulud barzanji..sik ada hal.. :)
sik lamak g sekolah kamek pun akan ada program utk maulidur rasul juak..moga berjaya lah oowh..
Assalammualikom wtb ya Usataz. Khaifahaluka? Allhamdullah bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. junjugan besar kita sebagai ummat Nabi. Ini yang perlu kita lakukan utk mengigati beliau. Kita juga kerja buat kerja dan tugas yang telah diamanahkan oleh Nabi iaitu DAHWAH manusia kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. INsyaAllah.
ReplyDelete*Ana baru sahaja ketemu Blog anta. InsyaAllah Ukhwah yg terbina dikekalkan bersama. JazakaAllah
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih mendoakan saya...semoga kurniaan itu juga dilimpahkan kepada saudari juga..
Allah SWT telah memuliakan manusia ketika memilih orang yang paling agung di antara mereka yang bermukim di bumi ini. Sungguh kita tidak pernah bersua muka dengannya namun dia (S.A.W.) sangat rindu akan umatnya yang tidak dilihatnya.
--> kakcik
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Rasulullah s.a.w. pembawa petunjuk dan seluruh alam tersinar dengan cahayanya
--> Kamsiah
ReplyDeleteMengingatkan kita akan perjuangannya supaya kita berada dalam jalan yang sempurna..
--> Werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya sihat, semoga kakak juga sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..
Ya, sungguh syahdu..
Rasulullah s.a.w. adalah contoh teladan yang sebaik-baiknya bagi kita, dalam semua hal, sebab Nabi s.a.w. telah berjaya membawa perubahan yang luar biasa dalam semua bidang dalam masa yang begitu singkat (hanya 23 tahun).
“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107)
--> ashrafi
ReplyDeleteSabda Nabi Muhammad s.a.w. "Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera, menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi..
--> Rus Si Merah Jambu
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Cukuplah dikatakan terima kasih atas bait-bait yang indah menghias ruang ini..
Cinta Rasulullah SAW unggul kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umatnya yang tidak pernah bersua dengannya mahupun keluarganya atau sahabatnya.
--> zulkbo
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga sdra juga dilimpahi kesihatan yang baik hendaknya..
Berkata Jibrail A.S.: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca Selawat ke atasmu tiap tiap hari sebanyak sepuluh kali (10x), maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi Titian Siratul Mustaqiim seperti kilat menyambar."
Berkata pula Israfil A.S.: "Mereka yang Berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. Dan aku tidak akan mengangkat kepalaku
sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu."
--> ikan emas
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur atas nikmat Islam dikurniakan kepada kita semua.
Usah melepaskan peluang untuk Berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
--> Ati Masrif
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah S.W.T. dan Rasulullaht. Amin
--> ♥ manje ♥
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya baik-baik sahaja...
Rasulullah adalah duta Allah SWT bagi menyampaikan mesej kasih sayang, dan Baginda telah pun melaksanakan amanah tersebut dengan sempurna. Kasih sayang itu telah pun diterjemahkan dalam segala perbuatan dan perkataan Baginda.
--> cemomoi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Benar apa yang kata, sirah memainkan peranan penting dalam kita menghayati ajaran Islam.
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak juga berada dalam kesihatan yang baik.
Terlalu banyak teladan dan contoh ikutan ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW buat pedoman kita semua. Sesungguhnya kehidupan seorang kita tidak dapat lari daripada menjadikan Rasulullah SAW sebagai model ikutan sepanjang zaman.
--> Pn Kartini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله..:)
Terima kasih kerana sering mendoakan kamek, MOga kitak juak sentiasa dilindungiNya dan dirahmatiNya selalu..:)
Sungguh rindu itu tidak pernah hilang dan keinginan untuk bertemu dengan Rasulullah sering terpancar dalam hati kita semua..
Dan..
Nabi pun pernah berkata, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
:)
--> ibuintan
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga selawat yang sering kita lafazkan menjadi syafaat di akhirat kelak..
Assalamualaikum..
ReplyDeleteRindu kat Rasulullah walaupun x pernah bersua dan berada di zamannya...Semoga ALLAH mengurniakan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang semulia pesuruhNya serta seluruh ahli keluarga dan sahabat2 baginda... Amin...
--> REPUBLIK N9
ReplyDeleteMemang bait-bait syair orang arab..
--> ummu
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Wajarlah orang yang mencintai Rasulullah s.a.w yang mulia, selalu berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mengikuti jejak beliau, bersegerah mewujudkan perintah dan bersegerah menjahui larangan beliau. Betapa banyak kita dapatkan sikap-sikap indah yang tercermin dari perilaku sahabat yang mulia dan jujur dalam mencintai Rasulullah s.a.w.
Terima kasih kembali..:)
--> Miecyber
ReplyDeleteInsya Allah..hendaknya kita sentiasa menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.
Selamat menyambut Maulidur Rasul...
ReplyDeletesejak diurus oleh DAP ( PR )sambutan maulidur rasul di sini lebih meriah berbanding zaman sebelum.
ReplyDeletebanyk xtvt agama dan kebajikan...
--> IMANSHAH
ReplyDeleteElok sangat agar pelajar kenal akan segala perjuangan Rasulullah s.a.w.
--> Mohamad
ReplyDeleteIndah dan sangat tenteram ketika dibacakan bait syair maulud ni. Takat ni belum pernah lagi diperdengarkan dalam bahasa kita kecuali dalam bentuk tulisan..
--> Arianni
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya sihat dan didoakan juga sahabat sihat hendaknya di sana..
Afwan..:)
Moga kita tetap dalam kebaikan dan sentiasa taat serta patuh kepada perintah Allah dan Rasul..
--> sahromnasrudin
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga sdra sihat juga hendaknya di sana..
Terima kasih juga kerana tetap ke sini untuk memberi sokongan
--> Adinda Amy Sensei
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah kamek bait..
Harap kitak bait juak
Sik pandey kamek nak bersyair koh..
Ngerepak dirik pun pandeylah..
Bagus juaklah adakan program maulud sak sidak miak kenal sapa Nabi..
Moga berjaya..
--> zino
ReplyDeleteSalam kenal...terima kasih kunjung ke sini
Syukran follow blog ana.
ReplyDeleteJazakaAllah
--> مسافر_اسلام
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah bikhair
Nabi s.a.w. memberi jaminan kepada sesiapa yang berada di landasan dakwah dengan penuh keimanan dan kesabaran mendepani cabaran dan halangan.
Antara jaminan itu ialah neraca timbangan amal kebaikannya akan digandakan di akhirat. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang menunjukkan jalan kepada seseorang untuk mendapat hidayah Allah (Islam) adalah baginya pahala seperti mana orang yang menerima (Islam) itu dan mengamalkannya dan tidak akan dikurangi walau sedikit pun dari neraca timbangannya." (Hadis Riwayat Muslim)
--> Cik Shinju
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Tiada lain pengubat rindu itu dengan kita menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. sentiasa taat kepada perintah Allah dan menjauhi segala larangan~Nya..
--> ckLah@xiiinam
ReplyDeleteSelamat menyambut Maulidur Rasul buat cikgu juga...
--> Insan Marhaen
ReplyDeleteOh ya ker! Alhamdulillah bagus juga tu...moga berterusan
--> مسافر_اسلام
ReplyDeleteAlhamdulillah afwan..