"Tidak ada sahabat sejati yang ikhlas dalam persahabatan kecuali sahabat yang mahu menemani kamu walaupun ia tahu akan aib/kecacatanmu dan mengampuni kamu atas dasar persahabatan yang mana ia tiada lain adalah Allah Subhanahu wa ta'ala. Sebaik-baiknya orang yang kamu temani adalah orang yang meminta bersahabat denganmu bukan kerana sesuatu darimu yang bermanfaat kepadanya".
Al-Iman Ibnu 'Athaillah Rahimahullah berkata : Sebaik-baiknya sahabat yang kamu gauli adalah orang yang meminta kamu untuk bersahabat denganmu untuk kemanfaatan dirimu sendiri bukan kerana kemanfaatan baginya. Dan semua manusia tidak ada yang mahu bersahabat denganmu dengan tanpa ingin mendapatkan kemanfaatan darimu. Hanya Allah~lah yang meminta kamu dan melindungimu supaya kamu bahagia kerana dekat kepada~Nya dan bisa kembali dengan agungnya nikmat serta kebaikan yang diberikan kepada kamu.
Kebanyakkan insan di dunia yang fana ini, mereka saling berkomunikasi dan berhubung atas hajat individual, dengan makna yang satu memerlukan yang lain, mereka berhubung dengan akrab, rasa senang dan saling memuji agar keperluan masing-masing terpenuhi, dan apabila salah satu dari mereka menemukan 'aib/cacat dari lainnya, maka bisa jadi persahabatan berbalik arah menjadi permusuhan. Inilah kenyataan yang terjadi dalam kehidupan bermasyarakat dan memang sudah menjadi fitrah yang dititahkan bagi setiap insan. Hubungan antara sesama insan didasarkan atas pemenuhan hajat masing-masing.
Hajat itu sendiri ada yang berupa kebendaan (Maddiyah) atau (spiritual) Maknawiyah. Kalau pun ada orang yang mahu bersahabat dengan yang lainnya dengan tanpa menginginkan faedah atau hajat madiyah atau maknawiyah yang kembali kepadanya dan terus bersahabat walaupun ada kecacatan pada temannya maka ketahuilah bahawa itu hanyalah hayalan semata bukan yang sebenarnya. Tidak ada yang bersahabat denganmu dengan tanpa meminta kemanfaaatan darimu kepadanya, ia selalu memberikan kemanfaatan kepadamu, melindungimu dan menasihati terus walaupun kamu berlumuran dengan aib kecuali hanya satu saja iaitu Allah Subhanahu wa ta'ala.
Persahabatanmu dengan~Nya tidaklah memerlukan lebih dari dua hal, iaitu :
(1) Ma'rifat (kamu mengenal~Nya)
(2) Jadikanlah Ia sahabat dengan memperbanyak zikir kepada~Nya.
Dengan ini persahabatamu akan selalu memberi kemanfaatan bagi dirimu sendiri. Kemudian mengenali persahabatan dua insan yang kerana Allah (redha~Nya) tidak bertemu atau berpisah kecuali kerana~Nya merupakan cabang atau buah daripada pertalian hubungan persahabatan yang sempurna dengan Allah.
[Imam Ibnu Athaillah Askandary]
Al-Iman Ibnu 'Athaillah Rahimahullah berkata : Sebaik-baiknya sahabat yang kamu gauli adalah orang yang meminta kamu untuk bersahabat denganmu untuk kemanfaatan dirimu sendiri bukan kerana kemanfaatan baginya. Dan semua manusia tidak ada yang mahu bersahabat denganmu dengan tanpa ingin mendapatkan kemanfaatan darimu. Hanya Allah~lah yang meminta kamu dan melindungimu supaya kamu bahagia kerana dekat kepada~Nya dan bisa kembali dengan agungnya nikmat serta kebaikan yang diberikan kepada kamu.
Kebanyakkan insan di dunia yang fana ini, mereka saling berkomunikasi dan berhubung atas hajat individual, dengan makna yang satu memerlukan yang lain, mereka berhubung dengan akrab, rasa senang dan saling memuji agar keperluan masing-masing terpenuhi, dan apabila salah satu dari mereka menemukan 'aib/cacat dari lainnya, maka bisa jadi persahabatan berbalik arah menjadi permusuhan. Inilah kenyataan yang terjadi dalam kehidupan bermasyarakat dan memang sudah menjadi fitrah yang dititahkan bagi setiap insan. Hubungan antara sesama insan didasarkan atas pemenuhan hajat masing-masing.
Hajat itu sendiri ada yang berupa kebendaan (Maddiyah) atau (spiritual) Maknawiyah. Kalau pun ada orang yang mahu bersahabat dengan yang lainnya dengan tanpa menginginkan faedah atau hajat madiyah atau maknawiyah yang kembali kepadanya dan terus bersahabat walaupun ada kecacatan pada temannya maka ketahuilah bahawa itu hanyalah hayalan semata bukan yang sebenarnya. Tidak ada yang bersahabat denganmu dengan tanpa meminta kemanfaaatan darimu kepadanya, ia selalu memberikan kemanfaatan kepadamu, melindungimu dan menasihati terus walaupun kamu berlumuran dengan aib kecuali hanya satu saja iaitu Allah Subhanahu wa ta'ala.
Persahabatanmu dengan~Nya tidaklah memerlukan lebih dari dua hal, iaitu :
(1) Ma'rifat (kamu mengenal~Nya)
(2) Jadikanlah Ia sahabat dengan memperbanyak zikir kepada~Nya.
Dengan ini persahabatamu akan selalu memberi kemanfaatan bagi dirimu sendiri. Kemudian mengenali persahabatan dua insan yang kerana Allah (redha~Nya) tidak bertemu atau berpisah kecuali kerana~Nya merupakan cabang atau buah daripada pertalian hubungan persahabatan yang sempurna dengan Allah.
[Imam Ibnu Athaillah Askandary]
Assalamu'alaikum Ustaz...
ReplyDeletesemoga kita akan mendapat sahabat yang sentiasa membawa kesedaran kepada kita dan akan membetul/menyedarkan bila kita tersalah langkah. :)
Assalamualaikum saudara abdul razak. Moga saudara dikurnia kesihatan dan kesejahteraan serta rahmat dari Allah selalu...
ReplyDeleteteman sejati...bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah. Yang menerima kekurangan teman seadanya. Tertanya2 saya pada diri, adakah saya ni merupakan teman sejati buat teman-teman di sekeliling saya...
Allahu'alam..
Assalamualaikum Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga saudara berada dalam kesihatan yang baik.
Setiap orang memerlukan seseorang dalam hidupnya. Tempat dia mencurahkan rahsia hati yang mana dia tahu, rahsianya akan simpan kemas pada orang itu.
Sahabat orang yang akan bersama kita susah dan senang, orang yang akan mengiringi kita ke kubur apabila kita kembali kepadaNYA nanti.
--> kakcik
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar dan setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Itulah pengharapan kita sentiasa, punya teman yang mendatangkan manfaat buat kita..
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Didoakan juga moga saudari dikurnia kesihatan dan kesejahteraan serta rahmat dari Allah selalu...
Teman sejati...mereka menjadi pendorong impian dan berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Hanya teman-teman di sekeliling mengetahui akan sifat kita sebenarnya...
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya, semoga Kakak juga berada dalam kesihatan yang baik.
Benar kak, jika kita bersahabat bersiaplah untuk berkorban deminya dan jika bermusuhan dengan mereka bersiaplah untuk mengalah demi menjaga ukhwah antara kita.
Saudara Razak....
ReplyDeleteSahabat yang baik adalah sahabat yang selalu membawa kita ke arah kebaikan dan selalu ingat meperingati antara satu sama lain..... semoga kita bersahabat kerana Allah SWT..... dan hanya kerananya....... semoga sahabat selalu bahagia dan gembira.....
Salam Jumaat...
ReplyDeleteMekasih bg tazkirah ni...
Persahabatan saya denganNYA belum kukuh lg..Boleh ke ckp gitu? heheh..
Sdg belajar memperbaiki diri utk lebih mengenali DIA barulah dpt mengenali diri sdiri..InsyaALLAH..
Salam,
ReplyDeletesekarang ramai sahabat yang hanya mencari kita bila perlu....mengaku sahabat di depan tetapi di belakang mereka menikam..keran sukar nak mencari sesaorang yang mengaku mereka kurang drpd sahabat mereka..
ada sahabat yang lari bila sahabatnya memerlukan dia pula..
Assalamu'alaikum ustaz,
ReplyDeleteKakak masih belajar untuk menjadi sahabat yang baik buatNya. Kerana terlalu banyak permohonan kakak mohon padaNya dan terlalu sedikit yg kakak beri padaNya.
السلام عليكم
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian tzkirah tentang persahabatan...sesuatu yg berharga dlm diri kita adalah sahabat sejati..
Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:
Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.
FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:
Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu.
Rasulullah bersabda yang maksudnya:
Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.
Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:
Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa.( az-Zukhruf:67)
Asasnya adalah, bersahabatlah Lillahi Taala, Insyallah keberkatan akan sentiasa di sisi kita..
Salam..
ReplyDeleteHmmm.. sukar bila menghitung nama sahabat atau seorang kawan.. bukar kerana terlalu ramai atau bukan kerana tiada, tapi kerana ia datang dan pergi,'patah tumbuh hilang berganti'. Hakikat kehidupan, kemanisan persahabatn memang benar2 indah cuma ada kala ia terlalu sementara.
assalammm.... sayangnya sahabat sejati saya sudah tiada ....
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletebaik ada makna, kata p. ramlee
nabi pesan, nak kenal seseorang lihat le siapa kawan dia
--> atie
ReplyDeleteYa, kesimpulannya kita seiring bersamanya, sering memimbingnya ke jalan yang baik, hormat menghormati dan menegur perbuatan salahnya dengan penuh hikmah..
Terima kasih mendoakan saya..
memang susah nak dpt teman sejati .. dan ia bukan lah mudah utk menilai hati seseorang kerana sentiasa berubah
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteMoga kita bersahabat selamanya....
--> Cik SHiNJU
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Perbaikilah bersungguh-sungguh. Utamakan apa yang dicintai Allah dari segala sesuatu yang dicintainya, selalu mengingatiNya dalam setiap masa dan ikutilah apa yang dicontohkan Rasulullah..
salam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletesemoga di limpahi rahmah Allah jua hendaknya..sihat di samping keluarga..saya akui rakan taulan memang ramai..sahabat sejati jauh pangang dari api..belum ketemu..wallahualam.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteharap boleh menjadi seorang teman sejati.
--> ikan emas
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Guru saya pernah berpesan jauhkan diri kamu dari teman yang tidak mendatangkan manfaat bagimu di dunia dan akhirat, kerana bimbang mereka akan mempengaruhi kehidupan kita ke jalan yang sesat..
--> Kakzakie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sebaik-baiknya mintalah kepada~Nya supaya tetap dalam keimanan, patuh taat pada semua perintah dan larangan, istiqamah dalam pengabdian diri ke hadirat Allah.
--> Rus Si Merah Jambu
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya sama-sama...indah untuk kita renungkan bersama.
Cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan rasulmu dan ALLAH
Cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
Cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...
Afwan wa syukran
assalamualaikum sdra..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini..
dewasa ini ramai di antara kita memilih sahabat kerana kita mahu sesuatu darinya contoh projek, kelulusan permohonan dan sebagainya..
tetapi tidak ramai yang memilih sahabat kerana bersedia menerima segala kekurangan empunya diri..
semoga kita ambil iktibar dari artikel ini
--> tronx013
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Benar sekali apa yang dibicarakan. Kadangkali di awal persahabatan itu sangat akrab hingga membuat hati sukar untuk melupakan. Namun, ianya tidak berpanjangan. Diusahakan untuk mengekalkan tapi sambutannya tetap dingin. Kadang merasa sudah tidak diendahkan lagi namun keimanan menghalang kerana memutusnya terpalit dosa sesama insan.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ReplyDeleteMoga sahabat sekeluarga sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH SWT..
Alhamdulillah, adanya nilai persahabatan disini :-)
" Persahabatan itu terbina atas ranting kejujuran, bertunjangkan keikhlasan, lalu membuahkan kemanisan ikatan, jika terpesong maka patahlah ranting, reputlah akar lalu rosaklah buah."
" Sahabat yang baik bukanlah yang dekat di mata atau yang dekat bicaranya tetapi yang setia dihati dan diingati dalam setiap bisikan doanya. "
Jazakallah
Wallahua'lam
--> Alimaz-Kembara Terasing
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Moga dia bahagia di sana
--> cemomoi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya ada makna tu...:)
“Sahabat sejati adalah orang yang jika engkau susah, ia ikut merasa susah. Jika engkau senang, ia pun ikut merasa senang.” ~Syaikh Ibrahim Al Bajuri~
--> ieda
ReplyDelete“Jika bersahabat dengan seseorang, janganlah engkau melihat kadar kecintaannya kepadamu. Tetapi, lihatlah kadar kecintaanmu kepadanya.” (Ibn Mas’ud)
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya, insya Allah...moga Allah kurniakan keberkatan..
--> LIVESTRONG
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Insya Allah,
Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya dan tidak mengecewakannya (membiarkannya menderita) dan tidak merusaknya (kehormatan dan nama baik). (HR Muslim)
--> zulkbo
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga saudara sihat hendaknya serta dalam limpahan rahmat~Nya..
Ingatlah selalu akan hadith ini bila berkawan.
Rasulullah saw bersabda, seorang muslim adalah orang yang mampu membuat kaum muslimin lainnya selamat dari bahaya lisan dan tangannya.
--> sahromnasrudin
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Afwan wa syukran saudara..
Kita ambillah pengajaran dari pesanan Rasulullah kepada kita,
Rasulullah s.a.w. bersabda, janganlah kalian saling membenci, saling mendengki, saling membelakangi, dan jangan pula saling memutuskan tali silaturahim, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak boleh seorang muslim tidak menyapa (bermusuhan) saudaranya lebih dari tiga hari.
--> hamba ALLAH
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Syukran atas doanya, moga sahabat sekeluarga juga sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH SWT..
Engkau akan dicintai orang lain setulus engkau mencintai mereka. Engkau tidak harus bertanya seberapa besar kecintaan sahabatmu kepadamu. Namun, ukurlah seberapa besar cintamu kepadanya. Sebab, kecintaanmu adalah ukuran kecintaannya.
Syukran ya sahabat...
assalamualaikum ustaz,
ReplyDeletesukarnya mencari dan menjadi sahabat sejati
--> ibuintan
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Tak semudah menemui sahabat yang mahu berkorban untuk kita. Namun jika kita sanggup begitu akan ramai yang suka pada kita.
encik abd razak@ustaz@pakcik,heheh.
ReplyDeleteapa yg dimaksudkan didik hati hingga mengenal zat Allah?
Assalamualaikum
ReplyDeleteSahabat yang baik ialah sahabat yang selalu menegur kita jika ada kesilapan yang dilakukan terutama perkara yang melibatkan batasan-batasan syari'at.
Namun berapa ramaikah sahabat yang dapat menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka.
Ramai manusia hari ini ini hanya suka dengan pujian semata-mata dari sahabat mereka tanpa menyedari bahawa puji-pujian itu jika dilayan secara keterlaluan akan membawa kepada kebinasaan.
Wallahu A'lam.
--> LIVESTRONG
ReplyDeleteMengenal asmaa' Allah dengan penuh keyakinan, sehingga menyedari sifat-sifat dan af'aal Allah di alam semesta ini...
Salam perkenalan.
ReplyDeleteSahabat sejati bak berlian bermutu tinggi - sukar didapati, teramat mahal sekali!
Terima kasih atas perkongsian tzkirah tentang persahabatan
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa dalam limpahan rahmatNya..
Sahabat yang sejati ialah sahabat bila berkasih-kasihan dan bersayang-sayangan umpama sebuah jasad, apabila menderita sakit salah satu anggotanya nescaya membawa rasa sakit kepada anggota lainnya.. (ringakasan HR Bukhari dan Muslim).
Harapan kita juga agar apabila kita bersahabat hendaklah tanpa meletakkan sesuatu kepentingan di hadapan kita dan semoga Allah melindungi kita daripada sahabat yang boleh membawa kerosakan kepada kita.
--> Ros Illiyyuun
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih atas ulasan dan pandangan kitak.
Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api permusuhan, berdamailah dengan musuh, dan perbanyaklah kawan.
Orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa, fikirannya disucikan oleh iman, dan akhlaknya disepuh oleh kebaikan, akan menerima kecintaan dari Allah dan manusia
Wallahu A'lam.
--> KERI
ReplyDeleteSalam perkenalan juga buat saudara..
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
--> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteAfwan wa syukran...
boleh terangkan dgn lebih lanjut?hihi:)
ReplyDelete--> Werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak sentiasa dalam limpahan rahmatNya juga..
Sabda Rasulullah s.a.w; “Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya”.
Jadilah sahabat yang mampu menyeru kepada kebaikan, agar sahabat-sahabat kita turut menyeru kepada kebaikan. Kita berlindung agar Allah tidak menjadikan kita penyebab terjerumusnya seseorang ke dalam lembah kemaksiatan. Lalu si dia pula menjerumuskan orang lain ke lembah sama. Biarlah yang mengalir itu kebaikan bukan sebaliknya.
--> LIVESTRONG
ReplyDeleteKenalah bertalaki dengan guru-guru yang mursyid, faqih dalam ilmu tauhid...kalau di blog ni penerangannya sangat terhad
assalamu'alaikum ustaz, semoga ustaz sihat sepanjang masa..
ReplyDeleteustaz,
ana ada ramai sangat sahabat... dan ada yang lost contact sekarang nie.. ana yakin ada diantaranya yang ana pernah berdosa terhadap mereka... apa yang harus ana buat, ustaz...?
terimakasih ustaz...
Susah nak dapat teman sejati...
ReplyDeleteKadar celik huruf wanita Malaysia terbaik di dunia
--> Abi Al-baihaqi (RKA)
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga sdra sihat hendaknya
Pada hakikatnya, memohon kemaafan itu dituntut dalam Islam.
1. Usahakan mencari mereka.
2. Jika gagal, bertaubatlah mohon keampunan kepada Allah SWT
3. Perbanyakkan sedekah dan niatkan untuk mereka.
4. Doakan kebaikan dunia dan akhirat untuk mereka
--> Miecyber
ReplyDeleteKita berusaha menjadi teman sejati kepada orang, maka kita akan perolehi teman sejati...
Assalamualaikum wbth
ReplyDeletesalam di pagi minggu...
bagun tido.......terus masuk sini...
Tentang teman sejati mmg payah nak cari tapi...
kalau dapat kekal sampai mati
~~su manje
jemput singgah blog poem su ek...
thanks
Jemput singgah sini
IM masih beruntung kerana mempunyai beberapa teman sejati dalam jamaah..
ReplyDeleteAssalamualaikum!
ReplyDeleteKita tak perlukan teman yang sempurna
untuk bersama sebaliknya kita perlukan teman yang mampu membuat kita rasa sempurna bila bersamanya dan kita mampu membuatnya rasa sempurna bila bersama dengan kita.
Assalamualaikum.
ReplyDeletePersahabatan dijalin dengan niat yang tulus kerana Allah.
Walau apa keadaan, masih tetap perlu menjaga segala ketetapan yang dinyatakan dalam quran dan hadis.
InsyaAllah barakah.
TQ
teringat lagu teman sejati dari brothers...
ReplyDeleteAssalamualaikum brother Razak
ReplyDeletealhamdulillah.. topik tentang sahabat nih
sangat bagus utk di kongsi
tetapi untuk mendapatkan sahabat sejati
yang bisa membawa kita ke jalan
yg lebih baik disisi Allah
terlalu sukar utk zaman skrg..
alhamdulilah.. happy dapat sahabat
seperti brother
boleh berkongsi ilmu yang bagus.. arigato..
--> ~~su manje~~~
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Berkata Iman Athaillah, "Jangan berkawankan seorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah..
Insya Allah..
--> Insan Marhaen
ReplyDeleteAlhamdulillah, moga kekal hingga akhir hayat..
belajar melalui buku jer la yg sy mampu buat ms sekarang ni.
ReplyDelete--> Cikgu Tie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya benar, kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dan dosa.
--> Admin P@P
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Jalinan persahabatan dan berkasih sayang, pastikan ianya tidak menyimpang dan tersasar daripada landasan. Cukuplah berkasih sayang kerana Allah dan bersih daripada kepentingan diri. Persahabatan yang tulus hanya mengharapkan keredhaan Ilahi.
--> Sham
ReplyDeleteYa saya suka lagu nasyid tu..
--> Nur Misnan
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Persahabatan jujur lahir daripada hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa melainkan keredaan Allah.
--> LIVESTRONG
ReplyDeleteJika kurang kefahamannya perlulah bertanya kepada yang orang faqih dalam ilmu tersebut
salam jumpa dari padang, west sumatera ,Indonesia Novi Effendi Blog
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletesaya punyai ramai teman2
pd awal mreka ingin rapat sama sya
stelah mgenali saya..
mreka mula cr kelemahan
dr kelemahan sya tu dia mula laa mnunjukkan sikap yg kurang selesa kite ble bsama dgn nye...(teman2ku)sya xmau ianye berterusan myakitkan htini..lalu sya kurangkan bsama dgn mereka. tp lain plak jdinye,dia lagi nk tunjuk dia lgi hebat..dia akan mnarik n cuba rapat sm teman2 sya yg lain. sehingga 1 tahap teman2 saya yg lain seakan tidak hiraukan khadiran sya..sya mmg rs kurang selesa. tp sya yakin dia mmg bukan teman/sahabat yg sesuai utuk sya. mybe utk orglain. sya akan cuba utuk mlupakan ape yg dia lakukan..piki yg baik2 aje. ku doakan smoga dia brubah n brusaha utk mjadi teman yg baik...