Monday, February 28, 2011

Tangisan seorang kanak-kanak


بسم الله الرحمن الرحيم

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Qudamah r.a. dalam kitabnya Kitaabut-Tawwabeen daripada Jabir bin Abdullah r.a. berkata: Ada seorang anak muda dari Kaum Ansar, yang bernama Tha'labah bin Abdur-Rahman menerima Islam ketika usianya begitu muda dan sejak itu sebahagian dari kehidupannya menjalankan tugas untuk Rasulullah s.a.w.

Suatu hari Rasulullah menyuruhnya untuk melaksanakan beberapa pekerjaan dan dalam perjalanannya ke Kota Madinah, ia melalui pintu sebuah rumah seorang Ansar dan dengan tidak sengaja pandangannya jatuh pada seorang wanita sedang mandi. Dia terus mengalih pandangnya dan berfikir Allah akan mendedahkan pada Rasulullah dari apa yang telah dia lakukan. Dengan perasaan yang amat bersalah dan kemunafikan dalam fikirannya, ia berlari keluar bandar dan berfikir bagaimana aku bisa dari para sahabat, salah satu yang dekat dengan Nabi, orang yang menjalankan tugas Rasulullah dan begitu mengerikan melihat aib orang!

Tha'labah sangat takut bahawa Allah akan mendedahkan kepada Rasulullah bukti kemunafikannya dan amat takut untuk bersua muka dengan Rasulullah. Lalu ia melarikan diri ke pergunungan antara Mekah dan Madinah. Hari berlalu dan Nabi terus bertanya kepada para sahabat yang lain jika mereka ada melihat Tha'labah. Namun semua jawapan menghampakannya.

Setelah 40 hari, Jibril a.s. datang kepada Rasulullah dan berkata, Allah Subhanahu wa Ta'ala mengucapkan Salam kepadamu dan mengatakan bahawa salah seorang daripada sahabatmu ada di pergunungan antara Mekah dan Madinah. Lalu Rasulullah menghantar Umar Ibn Al-Khattab dan Salman Al-Parsi r.a. untuk mencarinya. Mereka berdua mencarinya sehingga sampai ke pergunungan antara Mekah dan Madinah di mana di situ mereka berjumpa dengan berapa orang penggembala kambing. Sahabat berdua bertanya kepada mereka jika ada melihat seorang pemuda yang berciri-ciri Tha'labah. Pengembala itu berkata, "Sudah tentu kamu berdua sedang mencari seorang kanak-kanak yang sering menangis itu." Penggembala itu menggambarkan kanak-kanak itu sering datang dari pergunungan di malam hari menangis dan menangis, keadaan badannya amat letih dan kurus, kemudian kami memberinya susu untuk diminum. Lalu dia pergi semula ke gunung terus menangis dan menangis, kerap meminta keampunan dan taubat kepada Allah. Dari penerangan itu lalu sahabat berdua menunggu sehingga dia turun dan mengawasinya.

Ketika Tha'alabah turun dari gunung malam itu, sahabat berdua terus mendapatinya dan berkeras untuk membawanya kembali kepada Rasulullah tapi dia menolak dan bertanya samada Allah ada mengungkapkan ayat-ayat mengatakan bahawa ia munafik. (Bayangkan Taqwa anak ini dengan hanya dosa yang tidak sengaja dilakukan ia amat takut akan kemurkaan Allah Taala). Sahabat berdua mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang adanya ayat tersebut.

Tha'labah dibawa kembali ke Madinah dan ia begitu takut dan meminta kepada sahabat untuk tidak membawanya kepada Rasulullah kecuali ketika Baginda sedang bersolat. Ketika dia mendengar bacaan Rasulullah dalam solat, ia memberanikan diri datang dan berjemaah bersamanya. Usai solat Rasulullah bertanya kepada Umar dan Salman r.a. tentang Tha'labah r.a.. Dia dibawa ke hadapan Rasulullah, lalu ia bertanya kepadanya, "Mengapa kau lari dari saya?" Tha'labah berkata, "Saya melarikan diri kerana dosa-dosa saya." Rasulullah berkata, "Tidakkah pernah aku menceritakan tentang ayat yang menghapuskan semua dosa dan kesalahan?" Dia mengatakan, "Ya ada Rasulullah. Rasulullah memintanya untuk membaca Surah al-Baqarah ayat 201:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Setelah itu Tha'labah jatuh sakit selama seminggu. Salman Al-Parsi r.a. datang kepada Rasulullah dan berkata Tha'labah berada di ambang kematian. Lantas Rasulullah berdiri dan pergi ke rumahnya. Setiba di rumahnya, Baginda mengangkat tubuh Tha'labah yang sangat lemah dan meletakkan kepala Tha'labah di pangkuannya. Dia berkata, "Wahai Nabi Allah, lepaskan kepalaku yang berdosa jauh darimu. Rasulullah menghiburnya sampai ia memberitahu Nabi Muhammad s.a.w., saya merasa seolah-olah semut yang berjalan antara dagingku dan tulang. Rasulullah mengatakan bahawa itu adalah tanda kematian dan waktunya telah tiba. Baginda bertanya apa yang anda ingin miliki? Dia mengatakan, pengampunan Tuhanku. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengutus Jibril a.s. kepada Rasulullah dan berkata, "Tuhanmu mengatakan Salam kepadamu dan Dia mengatakan, jika hamba~Ku bertemu Aku dengan dosa sebesar bumi sekalipun, keampunan~Ku meliputi seluruh bumi."

Setelah Tha'labah meninggal, Rasulullah meminta sahabat-sahabat untuk memandi dan mengkafankannya. Setelah solat jenazah, dalam perjalanan ke kubur, Rasulullah terpaksa berjalan dengan jari-jari kakinya seolah-olah dia berada di tengah orang ramai. Ketika ia ditanya tentang hal ini, Rasulullah mengatakan dia amat payah untuk mencari tempat berpijak kerana terlalu ramai malaikat yang mengikuti usungan jenazah itu.

Itulah Taqwa seorang anak muda Ansar. RadhiyAllahu 'Anhum wa Radhu' Anh.

اِلَهِى مَا أَرْ أَفَكَ بِى فَمَا الَّذِىْ يَحْجُبُنِى عَنْكَ

66 comments:

  1. subhanallah....rasa nak menitis air mata baca kisah perjuangan sahabat yang agung ni!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara abdul razak. Moga saudara dikurnia kesihatan dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya.

    Allahuakbar...sampai macam tu sekali takutnya Thalabah akan murka Allah...padahal dosa yang dilakukan tidak disengajakannya. Betul saudara..nak menitis air mata rasanya baca entry saudara ni..

    ReplyDelete
  3. Assalam...
    Begitu takutnya Thalabah melakukan dosa kepada Allah... berbanding dengan hari ini dimana-mana sahaja kita boleh menyaksikan pelbagai cara dilakukan manusia secara terang2 melanggar hukum agama..

    Semoga kita mendapat manfaat dari cerita tersebut.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, syukran jazilan atas perkongsian ini. Ia amat menyedarkan...dan menginsafkan.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum dik Razak...

    MasyaAllah , betapa hebatnya ketaqwaan para sahabat..
    terasa diri ini begitu kerdil sekali . macamana dan apa ler bekalan yg akan dibawa nanti .

    Ya Allah ampunilah kami semua dr segala dosa dan noda.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Abd Razak,

    Terima kasih membawa cerita yang begitu menginsafkan.

    Perkara aib yang dibuat secara tak sengaja pun boleh membawa penyelasan yang begitu berat kepada Tha'labah, sedangkan umat dizaman ini langsung tidak merasa apa-apa walaupun aib itu datang dari perbuatannya sendiri.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ustaz,

    Ya-Allah betapa sucinya Tha'labah hingga dimabang maut kepala berada dipangkuan rasulullah dan jenazah diiringi malaikat.

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum Abd Razak.

    Semoga beroleh kekuatan dan kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya.

    Inilah kisah hidup seorang remaja hebat. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia iaitu Rasulullah SAW, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

    Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

    Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini.

    ReplyDelete
  9. Salam..
    saudara Abdul Razak..
    harapan saya sihat hendaknya..
    Pemuda yang bertuah, Tha'labah bin Abdur-Rahman kerana semuda beliau
    menjadi sahabat Rasulullah saw..semoga menjadi pengajaran buat kita semua,entah berapa besar dosa kita berbanding beliau?Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita muslimin muslimat sekalian..

    ReplyDelete
  10. ya Allah ampunkan dosa kami yang saban hari melihat dosa seperti tidak ada dosanya bagi kami lagi...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum,

    cerita saudara sentiasa menjadi modal untuk saya sama-sama melakukan tazkirah bersama murid saya, terima kasih.

    ReplyDelete
  12. masyaallah betapa hebatnya perjuangan saudar nie , sampai macam tue sekali takutnya Thalabah akan murka allah. padahal kesalahan tu bukan segejakanakn...

    ReplyDelete
  13. Subhanallah.. Sangat takut orang2 pada zaman dahulu dengan perkara sedemikian...

    ReplyDelete
  14. salam..

    Hari ini jauh berbeza dan terlampau bezanya dengan diri sendiri.

    Sukarnya menjadi seperti mereka yang soleh.

    Mahu mencari kekuatan yang amat hebat.

    Semoga Allah emgampuni dosa-dosa kita.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum:)

    Moga kitak diberikan kesihatan yang baik dan diberkatiNya selalu:)

    Betapa tingginya ketaqwaan Thalabah..biarpun ia hanya berlaku tanpa disengaja namun takutnya dosa pada Allah mengatasi segalanya...

    tksh utk pengkongsian ilmu tukk:)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum

    Begitu tingginya takwa para sahabat. Walaupun membuat kesilapan tanpa disengajakan perasaan takwa(takut) beliau terhadap Allah begitu tinggi.

    Berbeza dengan situasi hari ini,kesilapan demi kesilapan dilakukan dengan sengaja tanpa merasakan perbuatan yang dilakukan itu satu dosa.

    Contoh yang amat ketara hari ini. Bersentuhan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram dianggap tidak mengapa, lalu disusuli dengan dosa zina, kemudian menyambung dosa membuang anak yang tidak berdosa tanpa merasa dosa.

    Astaghfirullah, di manakah kedudukan umat hari ini berbanding dengan para sahabat?

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum ustaz,

    subhanallah... betapa hebatnya jiwa anak muda ini, menanggung kekesalan akibat dosa yang tidak disengajakannya


    betapa hinanya kita dizaman ini yang sentiasa tidak kisah akan dosa dan puncanya

    ReplyDelete
  18. Masyaallah! mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa

    ReplyDelete
  19. hmm... cerita begini mungkin tidak ditemui lagi hari ini..

    ReplyDelete
  20. As salam...

    Terharunya baca kisah Tha'labah ni..
    Aminnn... (untuk doa Cemomoi tu)
    Bertuah jika dpt hidup di zaman Rasulullah...

    ReplyDelete
  21. salam alaik..

    Allah Ya Allah..

    Setiap kali mutiara dengar kisah ni, mesti mutiara menangis..

    menangis kerana segan dgn tahap takwa diri mutiara sendri..

    ini adalah kisah yang paling mutiara suka untuk ulang baca..

    syukran Encik..

    ReplyDelete
  22. --> Mohamadazhan hjDesa

    Ceritanya boleh meruntun jiwa kita...

    ReplyDelete
  23. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga saudari dikurniakan juga kesihatan dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang~Nya.

    Allahu Akhbar...sejujurnya saya katakan memang saya menangis semasa edit ceritanya..jiwa kita penuh dengan dosa tapi tidak setakutnya jiwa Tha'labah..

    ReplyDelete
  24. --> Mohamad

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya, pada kesempatan yang Allah kurniakan kepada kita seharusnya dilipat gandakan usaha mengurangkan dosa setiap masa dan ketika, bertaubat dan mohon keampunan dari~Nya...

    ReplyDelete
  25. --> nahmy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Afwan wa syukran ya akhi nahmy...moga ianya menyedarkan betapa dosa itu tersangat hina

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum sdra....

    terima kasih atas kisah ini..sangat kagum dengan imannya..walau kita lihat dosanya kecik kerana tidak disengajakan, betapa takutnya beliau akan azab yang akan beliau terima nnti..

    semoga kita ambil iktibar dari kisahnya

    ReplyDelete
  27. --> Ummi Humaira

    وعليكم السلام ورحة الله

    Hebatnya mereka (sahabat) hasil didikan Rasulullah s.a.w. dan kita sebagai umat Nabi Muhammad sewajarnya mengambil terus didikan atau Tarbiyah ArRasul dalam hidup ini supaya kita menjadi umah Islam yang mempunyai keperibadian yang tinggi yang mencapai kejayaan di dunia dan akhirat kita.

    ReplyDelete
  28. --> Kunang-Kunang

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sama-sama kak!

    Rasulullah mendidik sahabat-sahabatnya di atas asas-asas yang betul hingga terdidiklah iman yang mantap dalam jiwa mereka. Sewajarnya kita perlu mengikuti langkah-langkah mereka.

    ReplyDelete
  29. assalam.. subhanallah.. sungguh bruntung

    ReplyDelete
  30. Salam ziarah.
    Sekarang, ada orang bangga melakukan dosa lebih dari itu.
    Kita cubalah dulu perbaiki diri sedaya mungkin.

    ReplyDelete
  31. --> Kakzakie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Tha'labah kembali kepada~Nya dengan penuh perghormatan dan dengan jiwa yang tenang..

    ReplyDelete
  32. as salam ustaz,

    menangis saya membaca kisah ini
    mulia sungguh peribadi Tha'labah
    kisah ini menjadi pedoman untuk
    saya akan dosa2 sendiri

    ReplyDelete
  33. --> Werdah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga kakak sihat hendaknya..

    Sesungguhnya Allah cintakan sesiapa saja yang mahu bertaubat atas dosa-dosanya. Orang bertaubat adalah kekasih Allah dan orang bertaubat seolah-olah dia tidak mempunyai dosa, demikian makna sebuah hadis.

    Sesungguhnya Allah membuka peluang seluas-luasnya kepada hamba~Nya untuk bertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari terbit dari sebelah barat (kiamat) atau sebelum nyawa sampai pada kerongkong, di mana pada waktu itu pintu taubat sudah pun tertutup. Orang yang bertaubat ialah yang sedar terhadap kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan memohon keampunan.

    ReplyDelete
  34. --> zulkbo

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Alhamdulillah, kita begitu bertuah dan bersyukur kerana atas limpah kurnia Allah Taala nikmat Islam dan iman. Jadikan segala contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya sebagai pendorong untuk kita terus bersyukur dan menjauhi apa yang terlarang..

    ReplyDelete
  35. --> cemomoi

    Semoga Allah memperkenankan doa saudara...amin..

    ReplyDelete
  36. --> Ahmad Humairi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Baguslah begitu, moga mereka ambil iktibar dari kisah ini..

    ReplyDelete
  37. --> Amy Syaquena

    Ketinggian taraf taqwa Tha'labah mendalami rasa benci di hatinya terhadap setiap apa yang dibenci oleh Allah SWT...

    ReplyDelete
  38. --> AmirFX

    Sifat taqwa di kalangan sahabat ialah rasa kehambaan yang sungguh mendalam..

    ReplyDelete
  39. --> tronx013

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya kita bisa melihat kelemahan kita, jauh bezanya dari sahabat-sahabat Rasulullah. Dari kelemahan itu ia bisa mendorong kita untuk menjadi kuat dan bangun untuk memperbaiki diri. Moga Allah permudahkan...

    ReplyDelete
  40. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kitak mendoakan kamek, moga kitak diberikan kesihatan yang baik juak dan diberkatiNya selalu..:)

    Sifat takut kepada Allah Subhanahu Wataala itu semesti ada pada seseorang hamba kerana ia amat penting dalam kehidupan kita di dunia ini, bahkan sifat takut itulah menjadi benteng atau penghalang dari melakukan perbuatan maksiat dan kemungkaran.

    Semoga dengan demikian Allah akan kasih dan melindungi kita dari azab seksa~Nya.

    Sama-sama kitak..:):)

    ReplyDelete
  41. terima kasih kepada saudara razak kerana membawa sirah Rasullulah yang sangat perlu untuk di fahami.... semoga razak bahagia selalu hendaknya

    ReplyDelete
  42. Assalamu'alaikum Sdr Razak

    Subhanallah, taqwa orang-orang dahulu, dilihat dari segi penghayatan dan pengamalan.... berbanding dengan taqwa umat zaman kini.... berbeza, ya? Walau bagaimanapun, semoga serendah mana pun darjah ketaqwaan kita, ia diterima dan diredhai Allah SWT.

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum.
    Subhanallah. Taqwa yang asli. Berbeza dengan zaman sekarang, kalau pakaian jadi ukuran, ramai yang tertipu.
    Berbuat dosa, tetapi angkuh kepada Allah dengan melupakan taubat.

    Semoga Allah lindungi kita dari perbuatan dosa serta teguhkan taqwa kepadaNya. Amin.

    TQ

    ReplyDelete
  44. masyaallah.. sendu membaca nya..insaf seketika.. kanak2 pun taqwanya melebihi kita...

    ReplyDelete
  45. --> Ros Illiyyuun

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sungguh sahabat-sahabat Nabi sangat takut untuk melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa besar.

    Hendaknya kita umat Islam menjauhi segala dosa dan maksiat. Ingatlah pesan Rasulullah dalam sabdanya, "Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang jelik, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia tanpa dikurangi dosa terbabit sedikitpun."

    ReplyDelete
  46. --> ibuintan

    وعليكم السلام ورحة الله

    Insya Allah, dengan kekuatan yang ada, kita boleh mendidik diri kita dan anak-anak kita menjadi seperti Tha'labah, menjauhi segala dosa-dosa dan maksiat.

    ReplyDelete
  47. --> noorlara

    Mudah-mudahan Allah beri mudah agar kita sentiasa dalam ketaatan dan ketaqwaan...amin

    ReplyDelete
  48. --> Insan Marhaen

    Dan...mungkin ada kerana jika didasarkan atas taqwa bisa ada manusia di zaman ini seperti Tha'labah

    ReplyDelete
  49. --> Cik SHiNJU

    وعليكم السلام ورحة الله

    Andaikata kita mampu membentuk diri seperti Tha'labah di zaman ini, sungguh amat bertuah kerana Rasulullah tidak hidup di zaman kita tapi kita mampu menjadi sehebat sahabatnya...

    ReplyDelete
  50. --> Mutiara Bernilai

    وعليكم السلام ورحة الله

    Biarlah tangisan itu menjadi ubat untuk kita muhasabah diri dan bertekad untuk memperbaiki diri dari hari ke hari agar ketaqwaan kita semakin mantap

    ReplyDelete
  51. --> sahromnasrudin

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sama-sama saudara..

    Ketulenan iman para sahabat itulah yang perlu dipelajari serta dijadikan penghayatan untuk memastikan kesuburan iman.

    ReplyDelete
  52. --> maiyah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Beruntunglah golongan yang berjaya menghadapi segala ujian sejak awal hingga akhir sebelum dikurniakan Allah buatnya hidayah, agar dia kuat menghadapi ujian dunia dengan aneka ragamnya itu.

    ReplyDelete
  53. --> REPUBLIK N9

    Di tempat kediaman saya ramai anak muda yang menjadi jemaah di masjid, gigih mengaji fiqh, tauhid dan ilmu-ilmu lain...

    ReplyDelete
  54. --> KERI

    وعليكم السلام ورحة الله

    Tidak dapat dinafikan, kita berdoa agar moga Allah beri hidayah kepada mereka dan memperbaiki diri mereka sebaiknya..

    ReplyDelete
  55. --> Ati Masrif

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga begitulah hendaknya, sentiasa muhasabah diri dan terus memperlengkapkan diri dengan amal soleh..

    ReplyDelete
  56. --> http://aniesandyou.blogspot.com

    Terima kasih datang berkunjung ke sini

    ReplyDelete
  57. --> Raidatul Auna

    Terima kasih kembali...

    Syukran berkunjung ke sini

    ReplyDelete
  58. --> Temuk

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya berbeza, namun di zaman kita hidup ini ada terdapat umat Islam yang taqwa mereka sangat tinggi derjatnya cuma kita tidak diperlihatkan.

    ReplyDelete
  59. --> Admin P@P

    وعليكم السلام ورحة الله

    Begitulah hidup di zaman terakhir ni, ada orang beriman di waktu pagi dan menjadi kuffur pada petangnya. Begitulah di sebaliknya.

    Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (syak perawi hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. (Hadis riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  60. --> Hunny

    Penghayatannya sangat mantap sehingga tertegak keimanan yang kental dalam dirinya..

    ReplyDelete
  61. Salam ustaz..lama ana tak singgah di sini.. nampak lain rumah ustaz

    ReplyDelete
  62. --> IMANSHAH

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ubah sikit-sikit jer cikgu..

    ReplyDelete
  63. Salam Ustaz...
    cerita yang menginsafkan sekali...

    ReplyDelete
  64. --> ckLah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Benar cikgu...ia berkesan di hati

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.