Friday, February 18, 2011

Tanda-tanda cinta kepada Allah


بسم الله الرحمن الرحيم

Banyak orang mengaku mencintai Allah, tetapi mereka harus mempertanyakan kembali, semurni apakah kecintaan mereka itu? Kecintaannya harus diuji, di antaranya dengan tidak membenci kematian, kerana seorang "teman" tidak akan takut bertemu "teman"nya. Nabi s.a.w. bersabda, "Siapa yang ingin melihat Allah, Allah pun ingin melihatnya." Memang benar, seorang pencinta Allah yang ikhlas mungkin saja takut akan kematian sebelum tuntas mempersiapkan dirinya untuk kehidupan akhirat. Namun, jika ia benar-benar ikhlas, pasti ia akan bersemangat mempersiapkan diri. Jadi, salah satu tanda bahawa seseorang mencintai Allah adalah tidak takut mati.

Tanda berikutnya adalah kesediaan seseorang untuk mengorbankan segala hasrat dan kehendaknya demi mencapai kehendak Allah. Ia harus mengikuti dan melaksanakan segala sesuatu yang dapat mendekatkannya pada Allah seraya menjauhkan diri dari segala yang menjauhkannya dari Allah.

Kendati demikian, orang yang pernah melakukan dosa tidak lantas divonis tidak mencintai Allah sama sekali. Keberdosaannya itu semata-mata membuktikan bahawa ia tidak mencintai~Nya sepenuh hati. Wali Fudhail berkata kepada seseorang, "Jika ada yang bertanya kepadamu, cintakah engkau kepada Allah, diamlah; kerana jika kau jawab, 'Aku tidak mencintai-Nya,' kau telah kafir; dan jika kau jawab, 'Ya, aku mencintai~Nya,' bererti kau dusta kerana banyak perbuatanmu yang bertentangan dengan pengakuanmu."

Tanda yang ketiga adalah fikiran yang selalu hidup dan segar berkat zikir kepada Allah. Setiap saat, ingatan kepada~Nya tak pernah lepas dari fikirannya. Seorang pencinta pasti akan terus mengingati kekasihnya. Dan jika cintanya itu sempurna, tentu ia tidak akan pernah melupakan~Nya. Meski demikian, mungkin saja cinta kepada Allah tidak menempati tempat utama di hati seseorang, namun kecintaan akan cinta kepada Allah menguasai hatinya. Kedua hal itu, cinta kepada Allah dan kecintaan akan cinta kepada~Nya, sungguh berbeda.

Tanda cinta kepada Allah yang keempat adalah mencintai Al-Quran, firman Allah, dan mencintai Muhammad Nabiyullah. Lalu, jika cintanya benar-benar kuat, ia akan mencintai semua manusia, kerana mereka semua adalah hamba Allah. Bahkan, cintanya akan meliputi seluruh makhluk, kerana orang yang mencintai seseorang akan mencintai karya-karya cipta dan hasil tangannya.

Tanda yang kelima adalah adanya hasrat yang kuat untuk beruzlah demi tujuan ibadah. Seorang yang mencintai Allah senantiasa mendambakan datangnya malam agar bisa berhubungan dengan Temannya tanpa halangan. Jika ia lebih menyukai bercakap-cakap di siang hari dan tidur di malam hari daripada melakukan uzlah seperti itu, bererti cintanya tidak sempurna. Allah berkata kepada Daud a.s., "Jangan terlalu dekat dengan manusia, kerana ada dua jenis manusia yang jauh dari kehadiran~Ku, iaitu orang yang bernafsu mencari imbalan namun semangatnya kendur setelah mendapatkannya, dan orang yang lebih menyukai fikiran-fikirannya sendiri dari mengingat~Ku. Tanda-tanda keengganan~ku adalah Aku membiarkannya sendirian."

Sebenarnya, jika cinta kepada Allah benar-benar menguasai hati manusia, kecintaan kepada segala sesuatu yang lain (selain Allah) akan sirna. Dikisahkan bahawa seorang Bani Israil biasa solat di malam hari. Tetapi ketika melihat seekor burung yang selalu bernyanyi dengan merdu di atas sebatang pohon, ia mulai solat di bawah pohon itu agar dapat menikmati nyanyian burung itu. Allah memerintahkan Daud a.s. untuk mengunjunginya dan berkata kepadanya, "Engkau telah mencampurkan kecintaan kepada seekor burung yang merdu dengan kecintaan kepada~Ku sehingga tingkatanmu di antara para wali melorot jatuh." Di lain pihak, ada orang yang sangat mencintai Allah hingga ketika sedang beribadah kepada~Nya dan rumahnya terbakar habis, ia tidak menyedarinya sama sekali.

Tanda yang keenam adalah perasaan riang dan mudah untuk beribadah. Seorang wali berkata, "Selama tiga puluh tahun pertama aku menjalankan ibadah malamku dengan susah payah, tetapi tiga puluh tahun kemudian bahkan aku sangat menyukainya." Jika kecintaan kepada Allah sudah sempurna, tak ada kebahagiaan yang bisa menandingi kebahagiaan beribadah kepada~Nya.

Tanda ketujuh adalah mencintai orang yang menaati~Nya dan membenci orang yang kafir dan orang yang tidak taat, sebagaimana dikatakan Al-quran: "Mereka bersikap keras kepada orang kafir dan saling mengasihi di antara sesamanya." Nabi saw. pernah bertanya kepada Allah, "Ya Allah, siapakah pencinta-pencinta~Mu?" Dia menjawab, "Orang yang berpegang erat kepada~Ku layaknya seorang anak yang kepada ibunya; yang berlindung dalam mengingat~Ku sebagaimana seekor burung mencari perlindungan di sarangnya; dan orang yang murka melihat perbuatan dosa, layaknya seekor singa ketika marah; ia tidak takut kepada apa pun."

Wallahua'lam...



Sumber : Imam al-Ghazali
Bahagia Sentiasa : Kimia Ruhani Untuk Kebahagiaan Abadi [PT Serambi]
diterjemahkan dari The Alchemy of Happiness [J. Murray, London],
dengan merujuk edisi bahasa Arab, Kimiyyah al-Sa'adah [Dar al-Fikr].

58 comments:

  1. Assalamualaikum wbt...saudara abdul razak. Moga saudara dikurnia kesihatan dan kesejahteraan selalu..

    Allah... nak luah kata cinta pada Allah Yang Maha Esa rasa tak layak sangat, pasai diri ni penuh hina dan dosa...

    Terima kasih saudara, atas perkongsian hebat ni, insyaAllah fida akan cuba perbaiki diri yang serba serbi kurang ni,istiqamah dalam setiap amal kebaikan..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikom wtb Ustaz,
    Khaifahaluka? Allhamdullah di awal subuh Jumaat dapat ana ziarah kembali Blog tuan. Syukran N3 yang mengigatkan kita akan erti sebenar itu cinta. SubahanaAllah...

    Bisa setiap manusia faham dan tahu kehendak Allah. Maka segala amalan dan tanggujawab sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini mudah untuk dilaksanakan. InsyaAllah.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Ustaz...

    sejauh mana agaknya kesempurnaan cinta kita kepada Dia.... (terasa sangat kerdilnya diri) :(

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sihat dan dalam redha Allah.

    Sungguh mengungkapkannya mudah namun nak buktikannya terlalu payah..(ingatkan diri kak sendiri.. takut sangat).. ya Allah, di manakah diri ini berada dalam tahap-tahap kecintaan kepadaMu.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,

    mati adalah pasti,
    hidup insyaAllah.....ayuh bercinta seperti yang dianjurkan dalam paparan kali ini.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum sdra..

    terima kasih atas entri ini..semua entri sdra sgt baik..saya senantiasa ternantikannya bagi dijadikan panduan hidup

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum

    kita selalunya mengaku hanya Allah yang patut disembah, nabi Muhammad itu pesuruh Allah...

    tapi mahu berubah kepada yang lebih baik... hati sentiasa berbelah bahagi... moga Allah sentiasa pelihara hati kita daripada sifat was2 itu... =) ~

    ReplyDelete
  8. As'salammualaikum ustaz..

    Amy sangat kagum dengan penghasilan entri ustaz.. memang amy sering ternanti2 walaupun amy tahu ustaz hanya akan update seminggu sekali saja..

    ReplyDelete
  9. ramai yg jadi hipokrit bile bercakap pasal cinta pada Tuhan...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbt

    kerana kia berpegang;
    dari mana datangnya cinta
    dari mata turun ke hati

    barangkali itu le yang menyebabkan kita kurang rasa cinta pada Ilahi kerana mata dikaburi dan tidak dapat melihat dengan mata hati

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...

    n3 ini..sangat2 bermanfaat...
    Thanks 4 sharing.. :)

    ReplyDelete
  12. salam...

    cinta kpd-Nya sukar diungkapkan, payah dimengertikan...


    terima kasih ostat... =)

    ReplyDelete
  13. semuga aku tergolong paling tidak dalam salah satu daripada mereka

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum wbth..

    su singgah sambil cari info buat su manje yg dalam kedukaan sedikit hari nie..
    salam ziarah malam sabtu dari SuManje~~~

    ReplyDelete
  15. sALAM..:)

    Moga kitak sentiasa dalam keberkatanNya dan diberikan kesiahatan yang baik...:)

    Alangkah beruntung mereka yang benar2 cintakan Allah dengan segala perbuatannya yang menzahirkan semata2 utk Allah....
    Semoga cinta Allah sentiasa dipupuk di hati biarpun terasa banyak kedaifan di dalam diri...

    :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Ustaz,

    Bila mengenang akan yg 6 itu rasanya diri kakak kena banyak belajar dan muhasabah diri bila mahu menyatakan kecintaan diri kepada Allah.

    ReplyDelete
  17. salam
    paling senang utk membuktikan tanda cinta kita padaNYA adalah menunaikan apa yg diperintah oleh NYA..dan menjauhi apa yg ditegahNYA...

    ReplyDelete
  18. salam hari sabtu ustaz..

    semoga sihat2 hendaknya..

    ReplyDelete
  19. salam,
    terubat dan segar rasa hati setiap kali membaca entri saudara..

    hidup memerlukan pengorbanan..

    ReplyDelete
  20. assalam.. trm ksh coretan ni.. mnganalisa diri bila bacanya

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum brother Razak
    MasyaAllah dan Allah Maha Agung
    Senang untuk berkata cinta pada-
    Nya
    namun utk mendekatkan diri dan benar2
    cinta pada-Nya masih jauh..

    Sujudku pada-Mu membuatkan
    aku lebih tenang dan dekat pada-Mu ya Allah

    ReplyDelete
  22. salam ustaz...

    Allah Maha Besar...

    ReplyDelete
  23. salam saudara Abdul Razak..
    moga di bawah lindungan Allah
    selalu hendaknya..bukan manusia
    yang maksum saya akui masih mencari nilai keimanan sejati..masih mencari dan selalu cuba mendampingi Kitabullah dan hadith nabi..

    ReplyDelete
  24. Salam ustaz.

    Terima kasih atas peringatan ini.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum.

    Semoga kita sering muhasabah, berapa dalam cinta kita terhadap Allah dan berapa banyak ujian yang telah kita berjaya tempuhi.

    Semoga kecintaan terhadap Allah akan bertambah dengan bertambahnya usia ini...


    TQ

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum

    Terasa kerdil diri disisi-Nya bila mengingatkan tahap kecintaan diri terhadap-Nya.

    Apapun, cinta kepada-Nya wajib ditingkatkan dari saat ke saat kerana diri ini masih takut untuk menghadapi kematian sekalipun hati dan lidah mengakui mencintai-Nya.Astaghfirullah.

    Mohon petunjuk dari-Mu ya Allah Yang Maha Mencintai.

    ReplyDelete
  27. --> Afida Anuar

    Wa'alaikumusalam saudari afida..

    Terima kasih mendoakan saya, moga saudari dikurnia juga kesihatan dan kesejahteraan selalu..

    Cinta kepada Allah melahirkan rasa malu, iaitu malu berbuat maksiat kepada Allah, maka luahkanlah agar kita merasa malu akan keegoan diri dan keberdosaan kita yang banyak.

    Afwan..

    ReplyDelete
  28. --> مسافر_اسلام

    Wa'alaikumusalam..

    Alhamdulillah saya sihat, moga awak sihat juga di sana..:)

    Sungguh bila manusia sudah faham dan tahu kehendak Allah, maka lahirlah rasa cinta pada~Nya dan sentiasa menahan diri dari melakukan maksiat.

    ReplyDelete
  29. --> kakcik

    Wa'alaikumusalam..

    Bangunkanlah kesempurnaan cinta kita kepada Dia dengan sentiasa melaksanakan segala perintah~Nya dan menjauhi segala larangan~Nya serta menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan kita.

    ReplyDelete
  30. --> Werdah

    Wa'alaikumusalam Kak Werdah

    Semoga kakak sihat juga dan sentiasa dalam redha Allah.

    Ya benar kak! Kecendurangan yang kuat terhadap perintah~Nya, rela berkorban atas~Nya dan menerima dengan segenap hati apa yang ditakdirkan, ditumpahkan dengan kata-kata dan perbuatan melahirkan rasa cinta.

    ReplyDelete
  31. --> ahmad humairi

    Wa'alaikumusalam..

    Ayuh kita sama-sama meraih cinta Allah kerana cinta kepada~Nya adalah hakiki, mutlak, indah dan kekal, abadi selamanya..

    ReplyDelete
  32. --> sahromnasrudin

    Wa'alaikumusalam sdra..

    Terima kasih kembali, saya hanya menyampaikan sahaja, nasihatnya dari ulama yang sangat wara'

    ReplyDelete
  33. --> ♥ manje ♥

    Wa'alaikumusalam..

    Hendaknya jangan mudah berputus asa mengingati Allah tidak kira dalam kedudukan apa pun

    Berfikir mengenai kekuasaan Allah sebenarnya boleh membuka jalan seseorang menuju kepada cinta Allah. Lukman al-Hakim pernah menjelaskan:

    “Sesungguhnya lama menyendiri akan mengilhamkan untuk berfikir dan lama berfikir (kekuasaan Allah) adalah jalan menuju ke pintu syurga.”

    ReplyDelete
  34. --> Amy Syaquena

    Wa'alaikumusalam..

    Semoga apa yang saya muatkan dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan saya hanya menyampaikan tulisan-tulisan ulama terdahulu..

    ReplyDelete
  35. --> REPUBLIK N9

    Berkata Syekh Muzaffer Ozak al-Jerrahi, "Sungguh sulit untuk menggambarkan cinta dengan kata-kata. Ibarat mencuba menjelaskan lazatnya madu pada seseorang yang tidak pernah merasakan, atau bahkan melihat madu, yang tidak tahu apa itu madu."

    ReplyDelete
  36. --> Alimaz-Kembara Terasing

    Memang itu tidak dapat dinafikan..

    ReplyDelete
  37. السلام عليكم
    dan terima kasih atas peringatan kepada kami.

    Jadilah hamba Allah. Bukan pada nafsu, bukan pada dunia dan seisinya. Tawakal kepada Allah bererti membuktikan penyerahan diri kita kepadaNya. Tawakal itu manis. Tawakal itu indah. Indah hidup bersama Allah, menjadi Muslim sejati hingga ke hujung nyawa. Hidup untuk Allah, mati jua untukNya.

    ~Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang sentiasa mengingatiMu dalam keadaan berdiri, duduk mahupun berbaring. Moga kami tidak termasuk golongan yang lalai atas apa yang telah Engkau perintahkan ke atas Kami dan bukan pula kami orang-orang yang melampaui batas.~

    ReplyDelete
  38. --> cemomoi

    Wa'alaikumusalam..

    Mencintai Allah itu dengan mata hati, ditimbulkan dengan cara renungan atau tafakur tentang Sifat-sifat Allah, Kuasa dan Kebijaksanaan~Nya.

    ReplyDelete
  39. --> Cik SHiNJU

    Wa'alaikumusalam..

    You're most welcome..:)

    ReplyDelete
  40. --> NurQaseh

    Salam..

    Hasan Basri ada berkata;

    "Orang yang kenal Allah akan Mencintai Allah, dan orang yang mengenal dunia akan benci kepada dunia itu".

    Afwan..

    ReplyDelete
  41. --> Insan Marhaen

    Mudah-mudahan kita dikurniakan cinta kepada Allah...

    ReplyDelete
  42. --> ~~su manje~~~

    Wa'alaikumusalam..

    Terima kasih singgah di sini. Moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak..

    ReplyDelete
  43. --> Pn Kartini

    SaLaM..:)

    Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kamek. Didoakan sama seperti itu juga kepada kitak..:)

    Orang yang mencintai Allah sentiasa mengutamakan apa yang disukai Allah daripada kesukaannya zahir dan batin.

    Rasulullah s.a.w. bersabda :
    “Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan menyayangi orang-orang yang memiliki kasih sayang
    dan Dia melimpahkan Rahmat~Nya
    atas orang-orang yang memiliki kasih sayang”

    ..:)

    ReplyDelete
  44. --> Kakzakie

    Wa'alaikumusalam..

    Ya kak, seawalnya memang payah untuk melakukan ibadah, namun jika sudah melaziminya ianya amat senang. Sentiasa istiqamah itulah sebaiknya

    ReplyDelete
  45. --> Kamsiah

    Salam..

    Benar, dan hasilnya nanti Allah akan menjadikan hamba~Nya hamba yang soleh.

    ReplyDelete
  46. --> Amy Syaquena

    Salam...alhamdulillah saya sihat..

    ReplyDelete
  47. --> ikan emas

    Salam..

    Moga hati kita terus terubat dan mudah melakukan ketaatan..

    ReplyDelete
  48. --> maiyah

    Wa'alaikumusalam..

    Terima kasih kembali, moga di akhir kehidupan kita mendapat Husnul Khatimah

    ReplyDelete
  49. --> roha

    Salam..

    Cinta adalah sentiasa berpaling kepada Sang Kekasih dengan hati yang merasa kerana cinta.

    Cinta bererti mengutamakan sang Kekasih di atas semua yang dikasihi.

    Cinta bererti bahawa si pencinta menyesuaikan diri dengan keinginan Sang Kekasih, baik dia hadir di sisi~Nya ataupun berada jauh dari~Nya."

    [Imam Al-Qusyairi]

    ReplyDelete
  50. --> Nur Misnan

    Wa'alaikumusalam sis nur..

    "Tahukah kamu, apa cinta itu?
    Semuanya tentang mengasihani, suka memberi (kebaikan). Kecelaruan tersingkap tika kamu keliru antara (pemuasan) nafsu dan (ketulusan) cinta, sedang jarak antara keduanya tak berjeda."

    [Maulana Jalaluddin Ar-Rumi]

    ReplyDelete
  51. --> Sham

    Salam sdra sham

    Allah Maha Besar lagi Maha Mengasihi

    ReplyDelete
  52. --> zulkbo

    Salam saudara Zul..

    Moga sdra sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya

    Perhebatan pencarianmu serta berbuatlah amal soleh agar keimanan sejati diperolehi..

    ReplyDelete
  53. --> Pemerhati Dunia

    Salam.

    Terima kasih kembali

    ReplyDelete
  54. --> Admin P@P

    Wa'alaikumusalam

    Berapa dalam cinta kita kepada~Nya dinilai atas ketaatan, kepatuhan dan kesabaran kita.

    Welcome cikgu..

    ReplyDelete
  55. --> Ros Illiyyuun

    وعليكم السلام ورحة الله

    Allah adalah paling layak bagi setiap cinta dan pujian. Kecintaan kepada Allah adalah suatu kedudukan yang istimewa. Allah mengangkat kedudukan hamba yang mencintai~Nya kepada setinggi-tinggi darjat.

    Kepada Allah kita menyerah segalanya...

    ReplyDelete
  56. --> Rus Si Merah Jambu

    وعليكم السلام ورحة الله

    Afwan..

    Orang yang telah mengenal dan mengecapi cinta Allah tidak akan tertarik dengan cinta yang lain. Itulah cinta hakiki. Alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal cinta Allah, cinta yang hakiki dan sejati.

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.