Friday, March 04, 2011

Hidupkan sunnah waktu makan..


بسم الله الرحمن الرحيم

NABI s.a.w. diutuskan oleh Allah untuk memperbaiki akhlak dan adab manusia, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Seiring dengan itu adab atau akhlak yang baik itu sangat perlu diwujudkan dalam diri kita. Demikianlah pula dalam hal makan dan minum, ianya mempunyai adabnya tersendiri yang pernah Rasulullah s.a.w. ajarkan kepada kita melalui Al-Quran dan Hadithnya.

Antara adab makan dan minum yang perlu kita teliti dan amal ialah:

Pertamanya hendaklah kita menentu dan berusaha untuk mendapatkan makanan yang halal dan bersih serta tidak mengandungi unsur-unsur yang haram. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari yang baik pada apa-apa yang telah kami berikan rezeki kepadamu." (QS al-Baqarah : 172)

Tentukan niat dengan tujuan mengambil makanan dan minuman tidak lain selain untuk bertaqwa dan taat kepada Allah SWT serta dapat menguatkan tubuh badan agar dapat melaksanakan ibadah kepada~Nya dengan sempurna.

Hendaknya ketika hendak memulakan makan, pastikan kedua tangan kita terlebih dahulu dicucikan untuk menghilangkan segala kekotoran. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Barang siapa menginginkan agar Allah memperbanyakkan kebaikan di rumahnya, maka hendaklah ia berwudhu ketika santapannya datang dan diangkat." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al Baihaqi)

Makanan hendaklah diletakkan di atas lantai beralaskan sufrah (alas tempat makanan), bukan di atas meja makan kerana ini lebih mendekatkan kepada sikap tawadhu’ di dalam menerima nikmat Allah, sebagaimana Anas r.a. menjelaskan: “Rasulullah s.a.w. tidak makan di atas meja dan tidak pula di mangkok.” (HR. Al-Bukhari).

Sewaktu menghadap makanan duduklah dengan tawaduk, iaitu duduk di atas kedua lututnya atau duduk di aras punggung kedua kaki atau berposisi dengan kaki kanan ditegakkan dan duduk di atas kaki kiri. Sebagaimana posisi duduk Rasulullah SAW yang didasari dengan sabda baginda, “Aku tidak pernah makan sambil bersandar, aku hanyalah seorang hamba, aku makan sebagaimana layaknya seorang hamba makan dan aku pun duduk sebagaimana layaknya seorang hamba duduk.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hendaklah merasa puas dan rela dengan makanan dan minuman yang ada, dan jangan sekali-kali mencelanya. Abu Hurairah menuturkan, “Rasulullah sama sekali tidak pernah mencela makanan. Apabila beliau suka sesuatu ia makan dan jika tidak, maka beliau tinggalkan.” (Muttafaq ’alaih).

Hendaknya ketika makan ada teman, baik tamu, keluarga, kerabat, anak-anak atau pembantu, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan kalian (bersama-sama), kerana di dalam makan bersama itu akan memberikan berkah kepada kalian.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Mulailah makan dan minum dengan membaca bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. dari Aisyah r.a. yang bermaksud, “Apabila salah seorang di antara kalian hendak makan, maka ucapkanlah ‘bismillah’ dan jika ia lupa untuk mengucapkan ‘بِسْمِ اللهِ’ di awal makan, maka hendaknya ia mengucapkan ‘بِسْمِ اللهِ فِيْ أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ’.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Makanlah dengan tangan kanan dan mulailah dari yang ada di depanmu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Wahai anak muda, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari apa-apa yang dekat denganmu.” (Hadis riwayat Bukhari) dan sabda baginda lagi, “Keberkahan itu turun di tengah-tengah makanan, maka makanlah dari pinggir piring dan janganlah memulai dari bahagian tengahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Makanlah dengan tiga jari dan menjilati jari-jari itu sesudah makan. Ayah Ka`ab bin Malik menuturkan, “Rasulullah s.a.w. makan dengan tiga jari dan beliau menjilatinya sebelum mengelapnya.” (HR. Muslim)

Ambillah makanan yang terjatuh dan buang bahagian yang kotor lalu memakannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila suapan makan seorang dari kamu jatuh hendaklah ia memungut dan membuang bahagian yang kotor, lalu makanlah ia dan jangan membiarkannya untuk syaitan.” (HR. Muslim)

Tidak meniup pada makanan yang masih panas dan tidak memakannya hingga menjadi lebih dingin. Tidak boleh juga untuk meniup pada minuman yang masih panas, apabila hendak bernafas maka dianjurkan bernafas di luar gelas sebanyak 3 kali, sebagaimana riwayat Anas bin Malik r.a., “Rasulullah SAW jika minum, baginda bernafas (meneguknya) tiga kali (bernafas di luar gelas).” (Hadis riwayat Bukhari)

Makanlah secukupnya, jangan berlebih-lebihan. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiada tempat yang lebih buruk yang dipenuhi oleh seseorang daripada perutnya. Cukuplah bagi seseorang beberapa suap saja untuk menegakkan tulang punggungnya; jikapun terpaksa, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk bernafas.” (HR. Ahmad)

Berdoalah setelah selesai makan
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنِيْ هَذَا وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّيْ وَلاَ قُوَّةٍ

67 comments:

  1. Assalamu'alaikum Ustaz...

    bila lapar, manusia sering menjadi gelojoh. Bila gelojoh, segala sunnah dan pesanan Rasulullah tidak diingati. Bukankah lebih baik jika kita dapat bertenang dalam apa jua keadaan kerana bila tenang, kita akan teringat apa yang dipesan dan ditinggalakn oleh Baginda Junjungan S.A.W. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum:)

    moga kitak sihat2 di sinun dan memperolehi keberkatan dariNya jua:)

    Tksh utk peringatan utk adab makan tuk..semmgnya kita mudah terlupa dengan apa yang disunnahkan oleh Baginda Rasullah SAW..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saudara abdul razak.
    semoga saudara sihat sejahtera di sana hendaknya.

    Terima kasih utk peringatan ni, walaupun nampak mudah tapi sebenarnya ramai yang mengabaikannya. Bab meniup makanan yang masih panas tu...saya selalu buat (minum air panas), huhu

    ReplyDelete
  4. salam us..hidup kita ni semakin jauh dari sunah kan..macam bab makan atas meja tu..tahu tapi tetap tak ikut..terima kasih atas perkongsian ini..kurang2 mengingat kembali diri ini yg sering alpa..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum. syukran atas ingatan & pesanan. mmg sukar utk menuruti apa yg Rasulullah ajarkan tp akan tetap berusaha...insyaAllah

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,

    bila sudah menjadi rutin...segalanya dilakukan sepertinya tiada 'nawaitu', terima kasih atas ingatan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ustaz,

    Bila memerhatikan banyaknya yg sudah dilanggar. Sedangkan dalam majlis berunsur agama seperti tahlil/maulud nabi sekalipun kini kita jarang makan duduk melipat kaki tapi duduk atas kerusi dan makanan terhidang buffet diatas meja. Berbanding waktu dulu-dulu penerapan ini kian pudar sekarang.

    ReplyDelete
  8. As salam...

    Sesungguhnya cara hidup kita masa kini dah jauh dr sunnah Rasulullah..
    Hilang sudah sikap tawaduk kerana kemewahan yg dikecapi.. Astaghfirullah..

    ReplyDelete
  9. --> kakcik

    وعليكم السلام ورحة الله

    Manusia dibekalkan nafsu. Kita tak boleh menafikannya. Tetapi manusia dibekalkan akal. Dalam masa yang sama tak ramai orang berjaya mengawal nafsu terutama dalam bab makan, hanya dengan bantuan akal semata-mata.

    Hanya apabila iman subur di dalam jiwa, maka ia dapat memandu akal untuk mengawal nafsu, dan menggunakannya ke arah dalam tuntutan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete
  10. salam..
    alhamdulillah..
    syukur ke hadrat Allah di pertemukan kita di pagi jumaat yang mulia ini di ruang siber...saya cuba sehabis baik mengamalkan sunnah Nabi SAW kita ini..terkenang zaman belajar agama di perkampungan Al-Arqam dahulu..Ermm rindukan saat itu.

    ReplyDelete
  11. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah kamek sihat dan moga Allah anugerahkan kitak kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat perlindungan~Nya..:)

    Selama seseorang berada di atas Sunnah Nabi maka dia tetap berada di atas istiqamah. Sebaliknya, jika tidak demikian bererti ia telah melencong dari jalan yang lurus sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Umar: “Manusia tetap berada di atas jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi.” (Riwayat Al Baihaqi).

    Syukran..:):)

    ReplyDelete
  12. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Didoakan juga semoga saudari sihat sejahtera di sana hendaknya.

    Afwan, sahabat. Ya, kewajiban kita menerima dan mentaati apa yang telah Rasulullah ajarkan. Perkara hikmah apa yang ada dalam larangan meniup makanan panas, urusan belakang. Yang penting kita sudah mencuba mentaatiNya.

    ReplyDelete
  13. --> suri solehah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Benar apa yang dikatakan itu, menghidupkannya semula adalah tugas setiap umat Islam dan sebagai tanda kasih kita kepada Rasulullah s.a.w. Apa yang ditinggalkan beliau kepada kita sangat manfaat dalam kehidupan kita seharian, berkahnya tinggi di sisi Allah SWT..

    ReplyDelete
  14. --> nahmy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Afwan saudara, peringatan untuk diri saya juga tu. Dalam banyak hal kita hampir tenggelam dek kerana wujudnya kelengkapan yang serba canggih hingga melupa akan sunnah Rasulullah dalam adab makan dan minum.

    Berusahalah untuk mentaati

    ReplyDelete
  15. --> ahmad humairi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Benar cikgu, bila lapar kita suap tanpa toleh kiri kanan, lupa nak duduk, lupa nak doa dan sebagainya..

    Allahu Akhbar...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum en razak..

    terima kasih atas ingatan ini..pada kite sesama manusia...

    ReplyDelete
  17. semuga adinda Abd razak sentiasa di pelihara Allah.

    MasyaAllah.
    Kalaulah semua umatnya mengamalkan tertib sebegini...

    Take care

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Ust.

    terima kasih atas entri ini .. terus terang saya akui bahawa saya sangat jarang dapat melaksanakan sepenuhnya dua perkara ini:

    1. makan di atas lantai; dan
    2. makan dengan tiga jari.

    bukan kerana engkar, tetapi tidak berupaya melaksanakannya atas masalah dan kelemahan diri sendiri.

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikom wtb Ustaz. Khaifahaluka? Allhamdullah di pagi Jumaat ini dapat lagi kita bermuzakarah tentang adap-adap Makan dan cara makan Baginda Rasullullah saw.

    Didalam N3 Blog ana ada dipostkan Sunnah-sunnah ketika Makan. Semoga antara kalangan kita menjadikan ia sebagai amalan yang utama dalam kehidupan.

    Hari ini ramai yang melaungkan-laungkan rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah saw. Tetapi sunnah yang sekecil ini pun masih lagi diabaikan dan dikeji. MasyaAllah, semoga Allah memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk kita mengamalkan segala sunnah Baginda Rasulullah saw.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum sdra..

    trime kasih atas peringatan ini..ramai ( termasuk saya) yang leka adab dalam menjamah makana..sdra telah memberi ilmu yg bukan sedikit..

    trime kasih banyak2..:-)

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum

    hemm banyak ilmu yang diperjelaskan macam bernafas 3 kali dan juga peranan safrah tu - kalu jatuh atas safrah masih bersih lagi le berbanding makan merata-rata ni

    tima kasih kongsi info yang bermanfaat. pahala yang sangat besar bagi ummat nabi s.a.w jika kita menghidupkan walaupun sekecil sunnahnya pada akhir zaman ni

    ReplyDelete
  22. Assalamu'alaikum wbt..

    Mudah-mudahan sahabat disana terus diberi kesihatan yang baik agar menjadi ibadah kepada-Nya.

    Alhamdulillah, entri yang baik sekali dalam menggalakkan sahabat2 diluar sana utk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman begini, moga terus istiqomah.

    Sebaiknya apabila hendak makan tanamlah keyakinan dalam hati, bahawa semua rezeki datangNya dari ALLAH SWT yang mana wajib kita mensyukurinya. Insya'ALLAH sama-samalah kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita seharian.

    Jazakallah ya syabab :-)

    ReplyDelete
  23. salam ustaz,

    Hmm akhirnya ustaz dapat menjawab persoalan yang saya inginkan jawapannya.. :)

    Tapi boleh saya tanya lagi, bagaimana rutin harian nabi Muhammad makan? Makan siang atau malam, malam nabi juga makan seperti kebanyakan orang buat?

    Terima kasih atas perkongsian.

    Rasanya, gambar kat atas tu, gambar baru ke? masih meminati warna ungu. :)

    ReplyDelete
  24. --> Kakzakie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya kakzakie, kita sudah banyak tersasar dengan perkembangan kehidupan zaman kini, kiranya duduk di atas lantai untuk makan sudah kurang dipraktikkan padahal siapalah kita dibandingkan dengan Rasulullah yang terjamin tempatnya syurga, tetap tawadhuk rendah diri ketika makan. Kita menjaga adab tidak kena pada tempatnya...

    ReplyDelete
  25. terima kasih sbb sudi share ini .. banyak info2 yg x terfikir oleh saya .. selalu saya makan bila perlu sahaja .. :)

    ReplyDelete
  26. assalam..
    trm ksh krn beri ingatan

    ReplyDelete
  27. --> Cik SHiNJU

    وعليكم السلام ورحة الله

    Mengatasi rintangan-rintangan masa kini agar kita tetap berpegang pada Sunnah Rasulullah s.a.w bukan pekerjaan yang mudah bagi umat Islam di zaman sekarang ini. Kita bukan hanya harus menjaga keyakinan agama dari arus kemodenan dan godaan duniawi tapi juga harus berjuang melalui perbuatan dan perilaku kita untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama yang syumul dan mudah dalam situasi zaman apa pun.

    ReplyDelete
  28. --> AmirFX

    Terima kasih juak ngan kitak datang sitok..

    ReplyDelete
  29. --> zulkbo

    وعليكم السلام ورحة الله

    Kata Abdullah bin Mas'ud, "Sesungguhnya sederhana dalam jalan hidup dan sunnah Nabi s.a.w. adalah lebih baik daripada banyak tetapi menyalahi jalan hidup dan sunnah Nabi s.a.w. Maka lihatlah amal kamu, baik banyak maupun sedikit, agar yang demikian itu sesuai dengan jalan hidup dan sunnah Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete
  30. --> ainnoraini

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sama-sama puan ain..

    Kita sering ingat mengingati..

    ReplyDelete
  31. --> hazeleyed lady

    Terima kasih mendoakan saya, dan didoakan sedemikian juga buat kakak.

    Sunnah adalah kenikmatan, iaitu kenikmatan yang berhubungan dengan kebahagiaan abadi. Itu adalah kenikmatan Islam dan kenikmatan Sunnah.

    Kak take care too..!

    ReplyDelete
  32. dah lama tak makan sambil duduk gaya Rasulullah ni

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum Ustaz,

    terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna ini, insyaallah akan mencuba menambahbaikkan cara mengadap rezeki Allah mengikut sunnah yang diamalkan Rasulullah s.a.w

    terlalu banyak yang ditinggalkan rupanya

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum

    Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya...

    "...bismillah awwaluhu wa akhirahu’.” ..."akhirahu" atau "akhiruhu"?

    Wallahua A'lam.

    ReplyDelete
  35. Salam ziarah…
    Jemput singgah di blog baru Sumanje

    Maaf lama tak ziarah sini ..
    Sumanje agak sibuk sikit....
    Tentang Malaysia
    Terima kasih atas kunjungan anda
    Semoga Ceria selalu dan happy blogging
    Dari ~~~SuManje~~~~~~~~~…………………

    :)..

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum Ustaz,
    selamat berkenalan dan first time singgah disini...
    Semuga sentiasa sihat dan direstui Allah dlm menghadapi hari hari mendatang...
    Alhamdulillah , N3 ustaz mengingatkan saya dan teman2 lain muga ustaz diberkati Allah..
    Cuba amalkan dan sampaikan...
    Jazakallah.

    ReplyDelete
  37. --> al-alvendari

    وعليكم السلام ورحة الله

    1. Makan di atas lantai tu sesekali boleh diusahakan dan jika sudah bisa melaziminya, ia akan menjadi mudah.

    2. Makanlah dengan tiga jari pada permulaannya, ambillah nasi atau apa-apa makanan dengan 3 jari, kemudian teruskan dengan cara biasa. Insya Allah dapat menghidupkan sunnah...

    ReplyDelete
  38. --> مسافر_اسلام

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah saya sihat, moga saudara sihat juga hendaknya.

    Alhamdulillah sama-sama kita isikan ruang ini untuk kita saling ingat mengingati, menentukan kita dan rakan-rakan semua dalam jalan yang sebenarnya menuju~Nya..

    ReplyDelete
  39. Cantiknya Islam...cara makan pun ada sunnah ...
    Salam ustaz...

    ReplyDelete
  40. Salam ukhwah.
    Terima kasih di atas tazkirah ini.
    Adap ketetapan sosial sudah melanggar hampir semuanya, & banyak perkara juga sudah terlanggar.
    Banyak salahnya .. bermula dari pucuk hingga ke akhirnya!
    Bila di rumah, baru la berupaya melakukan yang lebih baik!

    ReplyDelete
  41. --> sahromnasrudin

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sama-sama dan terima kasih, berharap kita semua dapat menghidupan sunnah Rasulullah sebelum kita semua kembali kepada Allah SWT..

    ReplyDelete
  42. oo.. baru tau saprah tu berasal dari perkataan arab..sufrah!

    ReplyDelete
  43. Salam Ustaz

    Selalu saya marahkan budak2 sebab makan minum berdiri, tapi ada juga guru2 yang buat benda yang sama..susah2

    ReplyDelete
  44. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Tentang makanan yang jatuh tu terpulang kepada keadaan dan tempat, kalau ia nampak lebih mudarat seperti jatuh atas najis dan sebagainya, tak perlulah diambil.

    Sama-sama saudara..

    ReplyDelete
  45. --> hamba ALLAH

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih mendoakan saya, mudah-mudahan sahabat di sana juga terus diberi kesihatan yang baik agar menjadi ibadah kepada~Nya.

    Ya, kebetulan minggu lepas kita dah masuk bab adab makan dan minum dalam kuliah tasawuf, jadi ingin dikongsikan ilmu yang dipelajari, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat teman-teman di sini.

    Afwan sahhabat..:)

    ReplyDelete
  46. --> tronx013

    وعليكم السلام ورحة الله

    Nabi Muhammad makan seperti kita juga kerana daripada hadith-hadith mengenai tentang adab makan dan minum datang dari perbuatan Nabi sendiri dan masa-masa yang tertentu, cumanya Nabi tak makan seperti kita. Rasulullah makan mengikut keperluan jasadnya sahaja dan hanya makan bila lapar.

    Ya, gambar header tu gambar baru..saja nak mengubah pandangan sikit..:)

    ReplyDelete
  47. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

    Emm... masa mak ada dulu tahun-tahun 50an dan 60an memang mak selalu ingatkan perkara-perkara sebegini dan kami duduk atas lantai (tak pernah ada meja makanpun)dan mak ada juga amalkan beberapa perkara yang dianjurkan (tak banyak) seperti mak duduk kakinya dirapatkan ke perut.. tapi kini(makpun dah pergi - semoga Allah tempatkannya di tempat bahagia) bila dah banyak dilanda arus kemodenan banyak sangat ditinggalkan , makan mesti ada meja, namun doa-doa alhamdulillah masih amalkan dengan niat (tapi kadang-kadang terlupa juga -subhanallah)..untuk kuatkan badan supaya dapat buat amalan..nak duduk atas lantai dah tak boleh.. nikmat tu dah hilang..

    Mudah2an dapatlah diamalkan barang sedikit sunah Nabi ini dan semoga Allah mengampuni dan menutupi kesalahan.. amiin ya Rabbal 'aalamiin

    ReplyDelete
  48. --> ieda

    Terima kasih kembali..ya Nabi s.a.w. mengajar kita untuk makan bila perlu sahaja..

    ReplyDelete
  49. --> maiyah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sama-sama maiyah..

    ReplyDelete
  50. --> a kl citizen

    Banyak kesan baik bila kita makan sambil duduk gaya Rasulullah

    ReplyDelete
  51. salam ustaz

    subhanallah, entri yang memberikan panduan yang menarik tentang abad makan, Moga saya dapat usaha mengamalkannya :) terima kasih moga Allah merahmati tuan

    ReplyDelete
  52. salam ustaz...

    ingat doa sebelum makan je...lepas makan dah tak terfikir nak berdoa dah...masyallah...

    ReplyDelete
  53. --> ibuintan

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali, sangat berkat mengamalkan sunnah Rasulullah dalam apa jua perkara yang kita buat...teruskan ya!

    ReplyDelete
  54. --> Ros Illiyyuun

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kitak juak sentiasa dalam rahmat~Nya...

    Terima kasih kitak membetulkan ejaan pada doa tersebut..

    ReplyDelete
  55. --> ~~su manje~~~

    Terima kasih ziarah ke sini. Insya Allah kalau ada masa saya akan ke sana. Buat masa ni saya nak berihat sebentar dari dunia blog..

    ReplyDelete
  56. --> azmnor

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya selamat berkenalan dan terima kasih berkunjung ke sini..

    Semoga saudara juga sentiasa sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya

    Terima kasih...:)

    ReplyDelete
  57. --> Tokan

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga tuan sihat dan ceria juga..

    ReplyDelete
  58. --> ckLah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semuanya indah dan cantik

    ReplyDelete
  59. --> KERI

    Salam ukhwah buat saudara juga..

    Adab dan akhlak itu adalah buah kepada iman. Tanpanya cacatlah iman kita.

    ReplyDelete
  60. --> Insan Marhaen

    Banyak juga dalam bahasa kita kata pinjam dari bahasa arab..

    ReplyDelete
  61. --> IMANSHAH

    وعليكم السلام ورحة الله

    Boleh juga berdiri jika keadaan memaksakan tapi makruh. Lebih afdalnya ialah duduk.

    Apapun bagus juga melatih mereka agar duduk ketika makan minum..

    ReplyDelete
  62. --> Werdah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kakak juga beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya.

    Ya kak, tidak dapat dinafikan dari arus kemajuan banyak sekali terdapat perkara yang menjauhkan kita dari sunnah Rasulullah seperti makan dan minum duduk di atas lantai. Namun, ianya bisa kita lakukan asalkan ada kekuatan dan kecintaan yang mendalam terhadap sunnah Rasulullah s.a.w...

    ReplyDelete
  63. --> Mohamadazhan hjDesa

    وعليكم السلام ورحة الله

    Insya Allah sama-sama amalkan
    dan moga Allah merahmati tuan juga

    ReplyDelete
  64. --> Sham

    وعليكم السلام ورحة الله

    Mudah-mudahan kita tidak terlupa akan pemberian~Nya

    ReplyDelete
  65. Assalamu'alaikum Ustaz, semoga ustaz sekeluarga sihat selalu...

    Ana sangat tertarik dengan maksud hadith di bawah ini...

    “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

    InsyaALLAH akan ana usahakan semampunya untuk amalkan sunah dalam kehidupan seharian...

    terimakasih banyak ustaz...

    (p/s... ana suka gambar2 dalam setiap entri ustaz... lebih2 lagi gambar botol dlm entri "Ilmu Yang Berguna" tu...)

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.