بسم الله الرحمن الرحيم
Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana~Ku, maka tidak ada halangan bagi~Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."
Wallahu'alam..
Janganlah kamu memilih-milih dan sombong terhadap Allah SWT, kerana itu dapat melemahkanmu. Janganlah kamu menyombongkan kemudahan, kekuatan, dan kemudaanmu; agar Dia tidak menghancurkanmu dan menyeksamu, sesungguhnya seksa~Nya amat pedih
~Syeikh Abdul Qadir al-Jailani~
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana~Ku, maka tidak ada halangan bagi~Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."
Wallahu'alam..
~Syeikh Abdul Qadir al-Jailani~
Baguzz perkongsian ini.
ReplyDeleteNamun di zaman ini nahi mungkin berlaku keadaan sebegitu. Yg pasti buat baik dgn ikhlas pasti di balas dgn kebaikan. Sedekah rm100 dpt balik berkali ganda. Betul tu... cubalah. Insyaallah.
Salam:)
ReplyDeleteMoga kitak sentiasa dalam keadaan sihat & dirahmatiNYa selalu..:)
Sesungguhnya keikhlasan seseorang benar-benar menjadi sesuatu yang amat penting dan akan membuat hidup ini sangat mudah, indah, dan jauh lebih bermakna.Soalnya hanyalah di hati..andai di hati pada posisi ikhlas, maka pastinya kita akan merasa bahagia atau tenang..:)
Perkongsian yang menarik...
ReplyDeleteDi zaman serba canggih ni, manusia semakin kedekut seolah2 harga tu boleh di bawa ke mati.
assalamualaikum sdra..saya sgt takut jika sifat mazmumah melingkari diri ini..semoga kita dijauhi dari sifat takbur, sombong, bongkak dan sebagainya dengan memperbanyak berzikir kepada Allah...
ReplyDeleteAs'salam...
ReplyDeletenice sharing ustaz..
Di zaman sekarang nie manusia semakin kedekut macam la duit tue boleh di bawa ke liang lahat..
Allah Maha Kuasa. makhluk langsung takde kuasa..nice entry
ReplyDeletemunyusuk kekalbu n3 ini.... sesungguhnya setiap perkara jika diiklaskan kerana allah pasti ada balasannya....
ReplyDeleteSemakin ramai orang yang berbuat baik kerana ada maksud yang tersirat, setidak2nya merasa riak kepada diri sendiri. Semoga kita semua terlindung dari sikap sedemikian. InsyaAllah.
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteSubhanallah!
Mahasuci tuhan!!!
ikhlaskan segalanya kerana Allah SWT.
salam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletesemoga anda sihat seiisi keluarga..kisah yang penuh keinsafan..betapa mulianya seorang tetamu di sisi islam..
Salam Ust. Razak,
ReplyDeleteBetapa Islam mementingkan kita menghormati tetamu. Cerita2 begini sangat baik buat minda kita; kakak suka....
ASSALAMUALAIKUM ustaz...
ReplyDeletealhamdulillah, syukur dengan nikmatNYA, kita dapat menulis & menyampaikan ilmuNYA...
sy ade buku cerita mengenai kisah SEBUKU ROTI...
buku itu ditulis dalam tulisan jawi...banyak kali sy bacakan kisah ni kepada anak2 murid sy...
serba sedikit juga sy terangkan kepada mereka isi kandungan buku ini...
sangat menarik kisah ini, memamg patut dijadikan tauladan kepada kita semua...
salam kitak...
ReplyDeleteapa khabar kitak tek..
sihat kah?
mun sihat...alhamdulillah..
mun sik sihat..laju lah makan ubat tok..hehehehe..
apa polah kitak cuti oowh..
mek di kg..sik ada apa nok dipolah..
lepak jak di rumah..hehe
lamak sik singgah ..
bukan lupak..pi line sik ada..
masalah juak kedak ya..
Assalamu'alaikum wbt..
ReplyDeleteSemoga akhi terus dalam lindungan kasihNya ALLAH SWT..
Nabi SAW bersabda: 'Sesungguhnya orang yang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat pula dengan manusia dan dekat dengan Syurga, jauh dari Neraka. Sesungguhnya orang yang kikir (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh pula dari manusia dan jauh dari Syurga tetapi dekat dengan Neraka. Seseorang yang bodoh tetapi dermawan itu lebih dicintai Allah daripada seorang alim yang pandai tetapi kikir. Penyakit yang paling parah adalah kikir.'
(Hadis Riwayat Tarmizi dan Dar al-Quthni)
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud,
'Setiap amal kebaikan itu adalah sedekah dan sesiapa yang menunjukkan kepada jalan kebaikan itu sama halnya dengan orang yang melakukannya (dalam nilai pahalanya). Allah suka sekali pada sesiapa yang memberikan pertolongan kepada orang yang sedang dalam kesengsaraan.'
(Hadis Riwayat Dar al-Quthni dan Abu Ya'la)
Jazakallah atas perkongsian ini,
wallahu a'lam
Assalamualaikum saudara abdul razak...
ReplyDeletemoga kitak senantiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu... berada di semenanjung ya? moga dipermudahkan segala urusan..
Begitulah janji Allah... setiap sesuatu yang kita buat/sedekah kerana Allah taala, pasti akan mendapat balasan..bahkan lebih lagi dari apa yang kita berikan..
waAllahualam..
bingkisan yg menarik.. ikhlas pasti akan memberi ketenangan dlm hidup
ReplyDeletesalam :)
ReplyDeletememang gadis tu betul2 ikhlas nak sedekah sampaikan dia diberi kelebihan mcm tu.
peringatan untuk diri sendiri.
thanx 4 the story ustaz! :)
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteApa khabar kitak tek? Bait ajak owhh! Dah bertambah seorang warga situk nok makey kelaka S`wak. Sidak Afidah Anuar eh! Neylah tauk kelak b`kali kenak posting kat S`wk apabila jadi guru kelak, InsyaAllah. Katya `jako iban`.
Kisah mcm tu dinamakan berbentuk `irony` yg ironis, namun tidak mustahil jika berlaku didunia skrg, semuanya kuasa Allah SWT, Dialah yg membolak-balikkan hati2 manusia dan Dialah yg memberi rezeki yg tidak disangka2! Surah Muhamad:19فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مُتَقَلَّبَكُمۡ وَمَثۡوَٮٰكُمۡ ..mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan membolak-balikkan kamu (di dunia) dan keadaan penetapan/bahagian kamu (di akhirat). Wallahualam
Assalam Araz..
ReplyDeleteDatang membaca n3 sahabat ini. Subahanallah, begitu murahnya kasih sayang Allah. Tetapi apabila Dia mengkehendakinya semula kita akan papa kedana akibat kesombongan kita.
Orang2 yang sabar ..pasti mendapat berkah.
Terus menyapa jg di laman Araz kerana ruang teratak maya bagi saya juga bagaikan kita bersua bertegur sapa. Alhamdulillah ada layanan tuan blog di sini..syukran.
--> mamawana
ReplyDeleteBenar apa yang dikatakan, namun apabila kita bersedakah janganlah hendak mengharapkan balasan kerana itu boleh mengganggu keikhlasan kita.
--> Pn Kartini
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..:):)
Alhamdulillah, kamek sihat jak, moga kitak juak sentiasa dalam keadaan sihat & dirahmati~NYa selalu..:)
Melandasi sebuah ibadah dengan ikhlas adalah sebuah tantangan. Di mana dengan berusaha untuk ikhlas maka apa yang kita lakukan adalah semata-mata dilakukan kerana Allah SWT semata. Berusaha untuk menjaga perbuatannya untuk tidak di pandang oleh orang lain.
Jika keadaan mengharuskan untuk dipandang pun, adalah sebuah tantangan bagi kita agar selalu menjaga hati untuk tidak kemudian berbangga dengan pandangan/pujian tersebut.
Wallahu'aklam..:):)
--> Al - Mu'allim
ReplyDeleteMoga kita dijauhi dari sifat bakhil.
Sabda Nabi s.a.w., "Awaslah kamu sekalian daripada sifat bakhil. Sesungguhnya umat terdahulu binasa kerana bersifat bakhil, sehingga mereka suka menumpahkan darah sesama mereka DAN menghalalkan apa yang diharamkan atas mereka”
Salam Razak...
ReplyDeleteN3 yang baik buat tatapan isteri2 seperti saya nie.... memuliakan tetamu .....bersedekah..... jangan ditingalkan...penyubur segala rezeki .. semoga saudara razak sihat hendaknya maaf kekadang ada n3 yang tak sempat nak baca... tak dapat dok lama2 kat dpn komputer nie..
--> sahromnasrudin
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak bahagia. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.
tersentuh hati baca n3 ni.
ReplyDelete--> Amy Syaquena
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Allah melarang kita daripada bersifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta ke jalan Allah.
Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang kerana Allah SWT telah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah.
--> MR Bang Miji
ReplyDeleteSungguh kita manusia ni sangat lemah, tiada daya dan upayanya melainkan atas keizinan~Nya jua..
--> Alimaz-Kembara Terasing
ReplyDeleteIntisari kepada ikhlas adalah melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t semata-mata, tidak ada kepentingan lain. Kepentingan diri sendiri merupakan musuh ikhlas yang paling utama. Kepentingan diri lahir daripada nafsu. Nafsu inginkan kemewahan, keseronokan, kedudukan, kemuliaan, puji-pujian dan sebagainya. Apa yang lahir daripada nafsu itulah yang sering menghalang atau merosakkan ikhlas.
--> kakcik
ReplyDeleteTanpa ikhlas seseorang beramal kerana sesuatu muslihat keduniaan, mahu dipuji, mahu menutup kejahatannya agar orang percaya kepadanya dan bermacam-macam lagi muslihat yang rendah. Orang dari golongan ini walaupun banyak melakukan amalan namun, amalan mereka adalah umpama tubuh yang tidak bernyawa, tidak dapat menolong tuannya dan di hadapan Tuhan nanti akan menjadi debu yang tidak mensyafaatkan orang yang melakukannya.
--> ahmad humairi
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Lakukan ibadah itu kerana Allah SWT semata-mata..
--> zulkbo
ReplyDeleteWa'alaikumusalam sdra zul
Moga sdra dan keluarga sihat hendaknya..
Ujian dari Allah kadangkali dengan didatanginya kita dengan seorang pengemis, maka kewajipan kita memuliakan dia sebagai tetamu..
--> Kakzakie
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Kak..
Menghormati tetamu termasuk tuntutan iman. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghormati tetamu, maka ia menghormatiku dan sesiapa menghormatiku, maka dia memuliakan Allah dan sesiapa memarahi tetamu, maka dia marah kepadaku dan sesiapa yang marah kepadaku, maka dia memarahi Allah."
--> white rose
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..
Alhamdulillah, contoh dan teladan yang berlaku di zaman terdahulu banyak memberi pengajaran kepada kita semua agar kita sentiasa beringat dan insaf..
--> Adinda Amy Sensei
ReplyDeleteSalam kitak juak...:)
alhamdulillah mek bait jak..
moga kitak bait juak..
kamek macam biasalah pagi-pagi jogging..
pasya macam-macamlah nok dipolah..
kak ya dah kepak lepak jak di rumah..
--> aisyahHumaira
ReplyDeleteWa'alaikumusalam wrbt..
Terima kasih mendoakan saya, semoga ukhti terus dalam lindungan kasihNya ALLAH SWT..
Terima kasih memberi ulasan yang panjang dan disertakan dengan hadith Rasulullah s.a.w.
salam
ReplyDeletesedekah satu amalan yg mulia
sng nak sebut tapi amat payah
nak di ikhlaskan dgn hati kerana
Allah...
muliakan tetamu patut jadi amalan
kita juga tapi dunia hari ini
menuntut kita lebih berhati2
moga Allah lindungi kita dari segala marabahaya...
--> Afida Anuar
ReplyDeleteWa'alaikumusalam saudari afida
Moga kitak juak senantiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu...
Auk kamek ada di semenanjung masa tok, dah 3 minggu mek sitok..ada faham ker? Kalau tak faham tanya kak tini erk..:):)
Ikhlas merupakan roh amal atau jiwa ibadah. Ia jadi penentu apakah amal ibadah kita diterima atau ditolak yang mana bila amal ibadah tidak ikhlas, maka ia tidak ada nilaian di sisi Allah atau tidak ada harganya lagi. Sebaliknya kalau ikhlas dalam beramal, Allah terima dan diberi ganjaran yang tidak ternilai.
Salam Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga Abd Razak dikurniakan Allah kesihatan yang baik.
Dalam Islam menghormati tetamu dan melayan mereka dengan baik sangat dituntut.
Dan sebagai tetamu kita juga kena tahu peranan kita dalam bertamu di rumah orang.
--> maiyah
ReplyDeleteSemoga kita termasuk orang-orang yang beruntung, sehingga ikhlas ada di dalam diri kita dan selalu menjadikan kita sebagai orang yang waspada terhadap tindakan kita.
--> Hanisah Safian
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..:)
Ikhlas itu…adalah sesungguhnya warna kehidupan
Untuk mengimani takdir~Nya
Untuk merindukan ridha~Nya
Untuk mensyukuri karunia~Nya
As'salam...
ReplyDeleteamy singgah sini melawat tuan haji...
--> tajnur
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..
alhamdulillah kamek bait jak. Auk, afida ya berani nok mencuba kelaka s'wak, mun diam di s'wak cepatnya kelak pandey s'wak & `jako iban` miat-miat.
Apa pun tq kitak atas ulasannya..
--> etuza
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Sesungguh Allah berkuasa atas semua di alam ini dan Dia berhak memberi dan menarik kembali, maka jauhkan sifat bakhil dan kedekut menguasai kita..
--> atie
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..
Sentiasa menunjukkan sikap ikhlas apabila dikunjungi tetamu bergantung kepada kesesuaian masa kesediaan menerima tetamu.
Semoga atie cepat sembuh..
--> Insan Marhaen
ReplyDeleteTerima kasih berkunjung ke sini..
--> ♥ manje ♥
ReplyDeleteSalam...
Ikhlas darjat yang paling tinggi
Ia adalah penentu apakah amalan itu diterima atau sebaliknya
Ia adalah rahsia Allah
Periksalah hati selalu
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteWa'alaikumusalam kak ani
Semoga Kakak juga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.
Kewajipan melayan tetamu sangat dianjurkan oleh Islam sehinggakan seorang Muslim yang berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal pada waktu yang sama dia meraikan Aidilfitri (ziarah atas undangan atau menyambut tetamu) dalam keadaan dirinya berpuasa, hendaklah dia meraikan tetamunya terlebih dahulu. Sunat bagi dia berbuka puasa sunat tersebut.
Sebagaimana sabda Rasullullah, “Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat,maka muliakanlah tetamunya”
--> Amy Syaquena
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Terima kasih melawat di sini
salsm
ReplyDeleteterimakasih ceritanya ..nice
Benar sekali,
ReplyDeletetetamu wajib dilayan da berhak mendapat layanan terbaik sehingga 3 hari lamanya. Berbuatlah sesuatu kerana Allah maka kita akan sentiasa gembira melakukannya.
tak paham sepenuhnya apa yang Tajnur dan saudara abdul razak cakapkan, tapi saya boleh agak maksudnya..;)
ReplyDeleteya, saya sedang belajar bahasa sarawak dikit2..mana la tau nanti tercampak ke sana. Ohh interview KPLI hari Khamis ni..doakan ya...
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
ReplyDeletebuat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...
eeeemmmmm sesungguhnya Allah itu maha mengetahui maha menyanyangi hamba-hambanya...Orang kata, kalau nak buat apa2 pun, semuanya datang dari hati… niat, ikhlas, bersungguh-sungguh lah apa sume..Tetamu yang datang adalah amanah Allah yang harus ditunaikan haknya. Tuan rumah bertanggungjawab ke atas tetamu selama berada di rumahnya serta wajib menafkahkan sebahagian rezekinya buat tetamu itu.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari).
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSemoga kitak sihat sejahtera.
Zaman sekarang kebiasaannya kita hanya mengharapkan tetamu dari kalangan yang kita kenali sahaja, Sebaliknya jika tetamu yang tiak diundang atau tak dikenali, maka layanan akan berbeza dan seperti tidak senang dengan kehadirannya.
Wallahu a'lam. Semoga kita sentiasa terbuka hati menerima kunjungan tetamu, sama ada dikenali atau tidak.
TQ
--> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteSalam...
Terima kasih kembali, ada masa datang lagi..:)
SALAM,
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI, USTAZ RAZAK. TERLALU HEBAT MESEJ YANG DISAMPAIKAN.
--> noorlara
ReplyDeleteSebagai tetamu jagalah akhlak supaya tuan rumah tidak jelek dengan kerenah kita. Islam menggesa supaya kita mengeratkan silaturrahim tapi jangan lupa dengan adabnya...lepas 3 hari tu sebagai tetamu pandai-pandailah bawa diri..
--> Afida Anuar
ReplyDeleteSaya kata sdri Afida memang suka nak mencuba cakap s'wak. Andaikata kena bertugas di sarawak kelak pasti pandai bahasa melayu s'wak atau bahasa iban.
Moga berjaya dalam temuduga tu kelak, all the best to you dan moga Allah permudahkan...amin
Afzainizam
ReplyDeleteSalam...
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini...
--> Admin P@P
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..
Alhamdulillah kamek sihat, masih dalam bermusafir tok..
Benar kata kitak, sebaiknya kita layan tetamu kita sebaik mungkin tidak kira mereka dari kalangan yang kita kenali ataupun tidak
Tq atas ulasan kitak
--> luahfikiran
ReplyDeleteSalam...
Terima kasih kembali..
As'salam...
ReplyDeletebetu tue..tetamu wajib dilayan da berhak mendapat layanan terbaik sehingga 3 hari lamanya. Berbuatlah sesuatu kerana Allah maka kita akan sentiasa gembira melakukannya.
paduhal lamak juak kitak di kl owwwhh...sib baik sik jadik urang kl terus owwhh...hehehehe
ReplyDelete--> Amy Syaquena
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Dalam masa 3 hari tu kita layanlah sebaik mungkin...
--> Adinda Amy Sensei
ReplyDeleteAuk nang lamak, cuti sekolah panjang tok lamak dikit, minggu depan engkali bok balit...
As'salam...
ReplyDeleteAs'salam..
Untaz tadi lupa nak minta kebenaran ustaz , amy ada selitkan name ustaz dalam entry amy.. hope ustaz x kisah ye..sekrang nie amy dah wisau sikit banyak sangat nak temabk amy nie hu3...
kita selalu dengar cerita begini yang kadang-kala sangat sukar untuk ditauladani pada hari ini.
ReplyDeletedah ramai orang yang berniat baik menolong orang susah di tengah jalan akhirnya jadi mangsa, orang yang kononnya datang berniaga dari rumah ke rumah pon kadangkali jadi mangsa rompakan...
susah gak nak cakap dalam keadaan sekarang pendekatan yang bagaimana le nak amik sebab dalam banyak hal niat baik banyak juga yang dibalas tuba hingga bebudak kecik pon diajar jangan mempercayai orang yang tidak dikenali
salam ustaz
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih ustaz..nak komen di sini pasal sedekah kita takut dikatakan menunjuk2..apapun Allah maha mengetahui sedekah hambanya..wallahua'lam
Salam :)
ReplyDeleteTersentuh dengan kata2:
"Janganlah kamu memilih-milih dan sombong terhadap Allah SWT, kerana itu dapat melemahkanmu. Janganlah kamu menyombongkan kemudahan, kekuatan, dan kemudaanmu; agar Dia tidak menghancurkanmu dan menyeksamu, sesungguhnya seksa~Nya amat pedih"
Perjalan hidup yang singkat, setakat mana bekal kite? tepuk dada tanya hati... syukran atas perkongsian ini :)
Assalamu'alaikum ustaz, moga sihat selalu...
ReplyDeleteNasihat yang sangat baik, insyaALLAH akan dijadikan panduan dalam mengharungi kehidupan penuh ranjau ini...
jazakallhu khair ustaz...
Salam Ustaz;
ReplyDeleteBerpuasa kitak hari ni?
Terima kasih di atas peringatan ya ustaz. terkenang akan arwah ayah saya yang tetap melayan tetamu walaupun demam kuat dan sakit bertongkat. Ayah yg terkenal di kg kami mempunyai ramai tetamu setiap hari dan melayan mereka hingga ke dinihari dan mengubati anak2 orang kampung yang sakit sehingga pjam 2, 3 pagi. Sukar sungguh nak meneladaninya sifat baiknya itu..
ReplyDeletesalam sahabat,
ReplyDeletesmoga sentiasa dlm redha-Nya.
org2 yg ikhlas tidak pernah gundah gelana dlm menjalani kehidupan kerana mereka melakukan kebaikannya semata2 mengharapkan keredhaan-Nya.
jazakallah khier...
--> Amy Syaquena
ReplyDeleteWa'alaikumusalam...
Takpe it's okay...cuma saya pesan berhati-hatilah sikit bila mengeluarkan isu yang berat dan sensitif, kerana tak semua orang boleh menerima teguran..
--> cemomoi
ReplyDeleteBarangkali di zaman terdahulu pun sama juga seperti kini, ramai yang menjadi mangsa akibat kepuraan manusia. Ingin menolong tapi akhirnya menjadi mangsa rompakan...
Semuanya dugaan dan cubaan..
--> IMANSHAH
ReplyDeleteWa'alaikumusalam cikgu..
Ada baiknya tidak sebut bimbang ianya mengganggu keikhlasan...ibadah itu hanya untuk Yang Maha Pencipta bukan untuk tatapan manusia..
--> HASRUL NIZAM
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..:)
Memang perjalanan kita di dunia ini sangat singkat, jika dibuat perkiraan dengan waktu akhirat sangat pendek. Dan itulah hanya masa yang ada untuk menyediakan bekalan..
--> Abi Al-Baihaqi (RKA)
ReplyDeleteWa'alaikumusalam, alhamdulillah saya sihat di sini...
Moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..
As'salam...
ReplyDeleteterima kasih ustaz kerana mengingatkan amy...amy akan lebih berhati2 lagi insyaallah...
--> ckLah@xiiinam
ReplyDeleteSalam ckLah..
:):):)
--> K Fatim
ReplyDeleteTerima kasih kembali..
Subhanallah..meneladaninya sifat baik arwah ayahanda itu adalah sebaiknya..
sila selesaikan zakat
ReplyDeletesebelum 31 Disember 2010
bagi membolehkan tuan dikecualikan dari cukai pendapatan
????????
gitu pulak niatnya !!!
--> piewahid
ReplyDeleteSalam sahabat,
semoga sahabat sentiasa dlm redha~Nya.
Benar apa yang dikata, melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan.
--> Amy Syaquena
ReplyDeleteWa'alaikumusalam..
Sama-sama..:)
--> ikan emas
ReplyDeleteSeolah-olah mahu mengelak cukai pendapatan bukan kerana perintah Allah Taala..
Subhanallah..