Friday, March 08, 2013

Fikir


بسم الله الرحمن الرحيم


Allah berfirman yang bermaksud,

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang,
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal. [Surah 'Ali 'Imran : 190]

Jumhur Ulama' mengatakan, sesungguhnya berfikir itu ada lima iaitu :

Pertama,
berfikir mengenai tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah,
sehingga lahir tauhid dan keyakinan kepada Allah.

Kedua,
berfikir mengenai kenikmatan-kenikmatan yang telah Allah berikan,
sehingga lahir rasa cinta dan syukur kepada Allah.

Ketiga,
berfikir tentang janji-janji Allah,
sehingga lahir rasa cinta kepada akhirat.

Keempat,
berfikir tentang ancaman Allah,
sehingga lahir rasa takut kepada Allah.

Kelima,
berfikir tentang sejauh mana ketaatannya kepada Allah,
padahal Allah selalu berbuat baik kepadanya,
sehingga lahir keghairahan dalam beribadah.

Imam Khalil Ar Rasyidi berkata, "Berfikir tidak akan berhasil, kecuali
dengan membiasakan zikir dengan lisan yang disertai kekhusyukan hati,
sehingga memungkinkan adanya zikir di dalam hatinya, sedangkan keberhasilan
ukuran ini, ditangguhkan pada adanya makrifat."

Wallahu a'lam


12 comments:

  1. Assalamualaikum sahabat. Semoga di hari Jumaat yang mulia ini kita semua senantiasa mendapat keberkatan dan kerahmatan dariNya. Semoga Saudara juga berada di dalam perhatian dan kasih-sayangNya jua. Sebagai mahkluk yang dijadikan semata-mata untuk beribadah dan tunduk (li ya'budun) kepada Allah S.W.T., sayugialah dan semestinyalah kita mengenali siapa Pencipta kita dahulu. Mohonlah kita bersungguh-sungguh kepadaNya (melalui antaranya latihan zikir) semoga diberi petunjuk dan menjadi insan terpilih serta diberi 'makrifat' itu.

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  2. al Fiqr... Itulah yang membedakan makhluq bernama manusia ini dengan yang lain, karena manusia di anugrahkan akal yang dengannya manusia di kehendaki-Nya untuk mencari kebenaran Ilahi, tidak menutup mata atas kejahilan disekitarnya. Dan sebaik-baik Fikir adalah berfikir tentang keagungan ALLAH SWt agar semakin dekat dan mengenal-Nya. Nice share ustad ^_^)b

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.. aamiin

    Pada akhir ayat-ayat daripada surah-surah berikut:(Al-An'aam 6:32), (Al-An'aam 6:50),(Al-Mu'minuun 23:80),(Luqman 31:31)dan(Yaa Siin 36:62)Allah SWT bertanya; Tidakkah kamu mahu berfikir?"

    Melihat kepada perintah dalam ayat-ayat tersebut memang ternyata Allah SWT menghendaki kita sentiasa berfikir tentang kelima-lima perkara yang disebutkan dalam N3.

    Semoga kita sentiasa menggerakan aqal untuk berfikir dan hati untuk bertazakkur dan semoga dapat menggapai redha Allah.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum wbt.
    Terima kasih ustaz. Sangat bermanfaat. Semoga diberkati dan dirahmati ALLAH SWT :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Berfikir di bawah garis-garis ilmu,
    Elak fitnah.
    Berzikir di atas landasan cinta dan rindu,
    Datangnya sakinah...

    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
  6. fikir dengan akal berasas iman kan.. syukran peringatan & ilmu tuan..

    ReplyDelete
  7. sungguh beruntunglah kita jika dikasih akal untuk berfikir, trims tadz atas pencerahannya

    ReplyDelete
  8. ASSALAM, SALAM UKHUWAH DAN SALAM KENAL DARI BUNDA..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbth..

    Info yg sgt bermanfaat..semoga diberkati dan dirahmati Allah swt..

    ReplyDelete
  10. salam tuan
    Lawatan pg tirana aduka.sambil menikmati sarapan pg.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Saudara Abdul Razak
    Semoga sihat hendaknya,

    Allah memang suruh kita muhasabah diri supaya kita sendiri beringat dan tidak lalai,

    Lama tak buat N3 baru, saudara tak sihat ker.

    ReplyDelete
  12. berfikir,,, artikelnya bagus shabat :)
    salam sukses yea,, serta salam kanal :)

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.