Friday, March 01, 2013

Bersin


بسم الله الرحمن الرحيم


Pada suatu hari Imam Abu Daud Sulaiman bin Asy'ats al-Sujistani
(wafat 275 H) penulis kitab Sunan berada di atas kapal. Tiba-tiba beliau
mendengar seseorang bersin di tepi sungai.


Imam Abu Daud segera menyewa sebuah sampan berharga satu dirham untuk membawanya
ke tepi sungai demi menemui orang tersebut. Beliau bertanya,
"Apa yang kamu ucapkan ketika bersin?"


"Aku ucapkan Alhamdulillah."


Abu Daud segera berkata, "Yarhamukallah (semoga Allah merahmatimu)."


Orang itu berkata, "Yahdikumullah (semoga Allah memberi hidayah kepadamu)."


Kemudiannya Abu Daud kembali ke tempatnya semula.


Seseorang bertanya kepadanya, "Mengapa anda susah-susah menyewa sampan
setakat untuk mendengarnya berdoa ketika bersin?"


Abu Daud menjawab, "Siapa tahu mungkin dia seorang yang mustajab doanya."


Pada malam harinya semasa apabila penumpang-penumpang hendak tidur, mereka
mendengar suara, "Wahai ahli kapal, sesungguhnya Abu Daud telah membeli
syurga dengan satu dirham."


Pengajaran :
Allah menyembunyikan keredhaan~Nya dalam ketaatan kepada~Nya, maka janganlah
meremehkan kebaikan sekecil apapun sebab bisa jadi redha~Nya ada di dalam
kebaikan itu.


**Dipetik daripada komentar Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah bagi kitab
Risalah al-Mustarsyidin karya Imam al-Harith bin Asad al-Muhasibi.


Wallahu a'lam


18 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

    Subhanallah! Kisah yang perlu diambil perhatian. Bayangkan jika kita bersin tak jadi, apakah perasaan kita, jadi bila dapat bersin bersyukurlah.

    Semoga kita tidak menganggap mengucapkan pujian dan doa itu sebagai suatu perkara kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doa kakak, moga kakak pun demikian juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT...aamiin

      Alhamdulillah nikmat bersin itu tidak terhenti-henti datang memberi kelegaan kepada kita semua di samping dapat berdoa kepada Yang Maha Pencipta.

      Delete
  2. Assalammualaikum wbt.
    Terima kasih ustaz. Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih kembali, moga cikgu pun demikian juga moga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT...aamiin

      Delete
  3. seringkas itu besar fadilat yang Allah anugerahkan kepada kita ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar pun kecil dalam pandangan manusia tetapi besar dalam pandangan Allah SWT...

      Delete
  4. Assalamualaikum sahabat. Insyaallah semoga sentiasa tidak meremehkan perkara yang selalu difikirkan kecil. Jazakallahulkhair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Begitulah kita mengharapkan, amalkan yang mudah dan kecil tapi istiqamah...itulah terbaik.

      Delete
  5. Assalamualaikum ustaz, semoga ustaz sihat dan sentiasa gembira dan ceria

    subhanallah...siapa yg mampu menduga kehebatan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doanya , moga dirimu pun begitu juga...aamiin

      Kitalah mengharap kepada~Nya, maka segala yang baik itu kita sedaya upaya mengamalkannya...

      Delete
  6. Assalamualaikum saudara Abdul Razak,
    Semoga saudara sihat sentiasa

    Pengajarannya, kita jangan andaikan seseorang cuma dari pandangan luaran saja. Kita tak tau mungkin orang itu hebat ilmunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ya Mak Long...

      Alhamdulillah sihat, moga mak long pun demikian juga...aamiin

      Benar, siapa pun kita hormatilah orang-orang di sekeliling kita, boleh jadi ia ada wali Allah.

      Delete
  7. salam tuan
    Lawatan di pg jumaat yg damai ke tempat tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Terima kasih kerana sudi datang..

      Delete
    2. abang abdul Razak, blog abang bagus sangat...
      saya blogger dari Indonesia..

      mungkin abang juga mau visit blog saya ...
      saya harap abang abdul razak mau..

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.