Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki berpesan bahawa manusia
diciptakan Allah sebaik-baik kejadian, dibekalkan dengan akal, nafsu dan iman.
Maka wajarlah kita sentiasa melakukan kebaikan dalam kehidupan yang sementara ini.
Lihat sahaja manusia merekacipta kereta mewah seperti Mercedes, BMW, Volvo,
dan sebagainya. Kenderaannya serba canggih. Mana mungkin manusia bisa menggunakannya
untuk mengangkut kelapa sawit, simen, pasir dan sebagainya. Sudah pasti digunakan
untuk perkara baik-baik sahaja.
Begitulah juga kita manusia, seharusnya kita tidak mengisi kehidupan kita dengan
maksiat dan dosa kerana Allah telah mencipta kita sebaik-baik makhluk di alam ini.
Hatta Allah cipta makhluk lain semuanya untuk manfaat kepada manusia.
Orang yang beriman bila mana ia terjebak dengan dosa hatinya menjadi gundah, runsing,
bimbang akan kemurkaan Allah SWT. Biarpun pintu keampunan terbuka luas namun dirasakan
ia manusia yang paling hina ketika itu kerana dosa yang dilakukan.
Sesungguhnya Allah menyembunyikan 3 hal dalam 3 hal iaitu menyembunyikan keredhaan~Nya
dalam ketaatan kepada~Nya maka janganlah meremehkan kebaikan sekecil apapun sebab
bisa jadi redha~Nya ada di dalam kebaikan itu.
Menyembunyi murka~Nya dalam kemaksiatan kepada~Nya, maka jangalah meremehkan kemaksiatan
sekecil apapun sebab bisa jadi di dalamnya ada murka~Nya.
Dan Allah menyembunyikan kewalian~Nya pada makhluk~Nya maka janganlah meremehkan siapapun
dari makhluk~Nya sebab bisa makhluk tersebut adalah walinya Allah SWT.
Perkara yang sangat beliau sentuh adalah handfon. Biarpun ianya merupakan alat komunikasi
yang sangat diperlukan masa kini namun penggunaannya perlu pada tempatnya yang betul.
Sebagai contohnya, perhatikan pemain bolasepak. Takkan ada dalam kalangan 22 pemain itu
membawa handfon ketika mereka sedang bermain. Jika mereka sanggup meninggalkan handfon,
apakah kita umat Islam ketika sedang beribadah tidak sanggup berbuat demikian.
Setiap bunyi mesej atau deringan dari handfon merupakan pencemaran yang dahsyat ketika umat
Islam sedang solat berjemaah kerana ia merosakkan kekhusyukan seluruh jemaah. Apakah ada
yang lebih berkuasa dari Allah SWT sehingga kita tidak sanggup meninggalkan handfon atau
mematikannya atau sekurang-kurangnya mematikan suaranya ketika mengerjakan solat.
Wallahu a'lam

Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.
Terbayang wajah Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki dan kata-kata yang lembut teratur bila berbicara.
Beruntung dapat bersama-sama dalam majlisnya. Kak kadang-kadang dapat menonton di TV al-Hijrah dan di youtube.
Dengan keyakinan yang teguh terhadap kehendak dan kekuasaan Allah SWT, kita juga hendaklah yakin bahawa Allah redha kepada perbuatan baik dan tidak redha kita melanggar peraturanNya.
Akhlak juga merupakan suatu yang perlu diutamakan. Setuju sangat tentang telefon tu. Tak perlulah bawa telefon tu kan namun jika terpaksa juga bawa biarlah dimatikan atau disenyapkan. Itulah yang terbaik.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih atas doanya, semoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT...aamiin
Alhamdulillah, peluang keemasan selama 3 hari itu tidak disia-siakan, walaupun rasa letih sangat. Dan yang kerap dia sebut setiap kali berceramah adalah bab telefon kerana pencemarannya dalam masa kita beribadah mengganggu tumpuan kita.
abang abdul Razak, blog abang bagus sangat...
Deletesaya blogger dari Indonesia..
mungkin abang juga mau visit blog saya ...
saya harap abang abdul razak mau..
hari ini adalah bekalan utk esok.
ReplyDeleteBeribadahlah bersungguh-sungguh kerana mungkin esok kalian tidak berpeluang lagi..
Deleteالسلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSemoga saudara sihat hendaknya..
setuju sangat bab telefon bimbit pun
patut di jadikan satu keperluan, bukan
kemahuan..jadi saya masih menggunakan
yang seadanya, takut leka mengadapnya
kalau guna secanggih iphone etc
Wa'alaikumusalam...
DeleteAlhamdulillah sihat moga sdra pun demikian juga..
Ya sdra, ramai yang terleka dengannya sehingga ketika khutbah pun asyik dengan telefon.
Allahu Akhbar...
setuju banget tadz,beribadah di dunia untuk akhirat.. kemarin juga ada kejadian di tempat saya seorang imam mushola waktu sholat terbawa handphone nya, baru direkaat pertama dering itu berbunyi,..., saya juga berharap semoga hal ini tak terulang lagi
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
yg penting kita mencari kehidupan yg baik di bumi dan sentiasa mencuba yg terbaikkan ustaz
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletenasihat yg berguna untuk saya ...terima kasih