Friday, February 08, 2013

Sedarilah...


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Wr Wb...

Segala puji bagi Allah SWT atas segala limpahan rahmat serta hidayah~Nya
pada kita semua. Shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah pada teladan
sebaik umat, Nabi Muhammad s.a.w.

Kehidupan manusia tak terlepas dari ujian dan cubaan. Perjuangan dan
pergorbanan yang penuh onak dan duri bisa mengetuk setiap hati manusia.

Biar apa pun yang mendatang, jadikanlah hidup ini kerana Allah SWT.
Laksanakan segala perintah~Nya kepadamu dengan bersungguh-sungguh,
mudah-mudahan kamu menjadi orang yang paling baik ibadahnya.

Dan berusahalah menjauhi segala larangan~Nya pasti kamu menjadi orang
yang paling zuhud.

Dan relakan hatimu setiap apa yang telah Allah takdirkan kepadamu
nescaya kamu menjadi orang yang paling kaya.

Ibnu 'Athaillah al-Sakandari pernah menulis dalam kitab Al-Hikamnya,

Sedarilah sifat-sifat mu,
nescaya Allah akan membantumu dengan sifat-sifat~Nya.

Akuilah kehinaanmu,
nescaya Allah membantumu dengan kemuliaan~Nya.

Akuilah ketidakberdayaanmu,
nescaya Allah membantumu dengan kekuasaan~Nya.

Akuilah kelemahanmu,
nescaya Allah akan membantumu dengan kekuasaan~Nya.

Sekian...

^_^

24 comments:

  1. Salam Sahabat..

    Semoga Ikhlas menjadi pegangan dlm setiap tindak tanduk kita........semoga sahabat sihat dan sentiasa dalam rahmat Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya benar sahabat...beramal tidak memiliki tujuan lain kecuali dalam rangka mencari keredhaan Allah, mengharap pahala, dan terdorong oleh kekhawatiran akan hukuman-Nya.

      Delete
  2. tawadduk dlm setiap perbuatan.
    hmm...
    kadang2 terleka jugak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiknya hati dengan baiknya amalan, sedangkan baiknya amalan dengan baiknya niat.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan tetap istiqamah memerhatikan diri dalam meraih redha Allah SWT..aamiin

    Begitu juga buat diri kak agar sentiasa dapat muhasabah diri, mengambil berat akan pesanan-pesanan di atas juga mengakui ketidakberdayaan agar Allah membantu dengan kekuasaan~Nya. "Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan-Nya"


    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan tetap istiqamah memerhatikan diri dalam meraih redha Allah SWT..aamiin

      Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab kita terhadap Allah Taala dan rasul~Nya serta makhluk-makhluk~Nya.

      Terima kasih kak.. :)

      Delete
  4. menyadari kelemahan, kekurangan diri sangat penting ya Tadz...insya Allah dengan postingan ini akan mengingatkan kita kembali, betapa kita terkadang tidak menyadari akan hal semua itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar sahabatku...seharusnya kita bersyukur di sebalik menerima segala permasalahan kerana ia mengandungi hikmah dan rahmat iaitu menyedarkan kita siapa diri kita dan juga mengingatkan bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang perlu kita tunaikan kepada Allah.

      Delete
  5. salam tuan
    Lawatan di pg isnin
    Ta dah tukar gambr profil pd profil blogger..sama cam tuan.harap maklum.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas kunjungan...

      Delete
  6. Assalamualaikum sahabat,
    Pesanan yang ringkas dari para aalimun namun perlu dihayati oleh kita semua. Semoga kita semua tidak tergolong dari golongan yang sombong kepada Allah S.W.T. Nauzubillahi min zalik.

    Semoga sahabat senantiasa dipayungi dengan rahmat dan berkat. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya sahabat, Sayyidina 'Ali Wafa' berkata, "Barangsiapa ingin berada dalam penjagaan Allah dari perbuatan fasik, hendaknya ia melayani kaum shalihin.

      Semoga sahabat juga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT...aamiin

      Delete
  7. السلم عليكم ورحمة الله

    ramai yg menyedari hakikat kekurangan diri...tapi tak ramai yg 'ikhlas' mengakuinya. mungkin saya juga tergolong dlm golongan ini...semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk & hidayah-Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Hakikatnya kita semua serba kekurangan tanpa adanya pertolongan dari Allah SWT..

      Delete
  8. salam tuan
    Kunjungan ptg rabu ke tempat tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Sykuran ya akhi..

      Delete
  9. Assalam Ustaz,

    Terima kasih ingat mengingati. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih kembali..:)

      Delete
  10. Assalamualaikum ustaz, semoa ustaz berada dalam kesihatan yg baik aamiin

    InsyaAllah...akan mencubanya agar diri ini sentiasa bersyukur padanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga KY juga berada dalam kesihatan yang baik...aamiin

      Mudah-mudahan Allah beri kekuatan..

      Delete
  11. Assalamualaikum...

    لا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ
    "Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya, dan merekalah yang akan ditanya."
    (Al-anbiya': 23)

    Usaha atas iman & amal.

    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Menjaga dan berusaha supaya niat membuat sesuatu itu semata-mata kerana Allah. Sebarang penyimpangan perlulah diperbaiki semula.

      Moga Allah kasih akan dirimu jua..

      Delete
  12. salam..
    Apapun musibah itu adalah menandakan Allah ingt kat kita, semoga kita berada tetap dlm lindunganNya.. trm ksh prkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Sungguh, pada yang demikian itu pasti terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya. (Surah Qaf 50:36-37)

      Terima kasih kembali..:)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.