Thursday, January 24, 2013

Insan Mulia


بسم الله الرحمن الرحيم

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan
untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (QS Al Anbiya’ : 107)

Hai Penziarah Kota Madinah
Salam atas Penghulu Insan
Niatkan jua aku bersama
Moga dapat ku capai cita

Rindunya melebur hatiku
Takkan mampu aku bersabar
Wahai kota tiap Muslimin
Kebanggaan di mana saja

Dari jauh terlihat masjid
Bak terang bintang tika sahur
Menaranya menjulang tinggi
Malaikat riang mengelilingi

Diberi nama Qubbatul Khadra
Mempersona pandangan mata
Majulah ke dalam halaman
ke Makam Baginda dan mimbar

Raudhah meniupkan wangian
Lebih dari miski dan anbar
Akan kau rasa kehebatan
Menyaksikan indah pandangan

Ucapkan salam atas Baginda
Juga Abu Bakar dan Umar
Di situlah tersingkap rahsia
cinta, mengalir air mata

Tetaplah tundukkan pandangan
Tanah makamnya mensucikan
Pintalah dengan hina diri
Kebaikan mencurah bagai hujan

Batu bertasbih kepadanya
Terbelah bulan di tangannya
Unggul atas semua ciptaan
Pemberi syafaat di Mahsyar

Datangnya membawa Al-Quran
Ayatnya bak jauhar berlian
Baginda penyelamat insan
Dari ancaman kerosakan

Wahai Nabi taufikkan ummat
Bina tamadun kemuliaan
Cukup sudah kami derita
Terus hina dan kekufuran

Salam atas Penghulu Insan
Kebanggaan Rabi'ah Mudhar

Salam Maulidurrasul buat semua.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

~As-Syeikh Al-Kamil Abd Basir~
~Abu Bakar As-Siddiq Al-Hasani~

25 comments:

  1. Assalamualaikum Ustadz. Semoga Ustadz sentiasa berada di dalam rahmatNya.

    Salam Maulidulrasul juga buat Ustadz. Cukup indah bait-bait syair tesebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doanya, moga Abang Haji pun demikian juga...aamiin

      Delete
  2. Salam maulidur Rasul 1434H. :)
    Selawat srta salam buat junjugn nabi Muhammad saw.
    --Allahumma Solli A'la muhammad Wa'ala Alihi sayyidina Muhammad.--

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran..:)

      Rasulullah s.a.w. pemberi syafaat di akhirat kelak..
      Wajarlah kita sentiasa berselawat kepadanya..

      Delete
  3. Asssalamualaikum...

    Salam Maulidur Rasul.

    اللهم صل على محمد وعلى آل محمد
    كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم
    وبارك على محمد وعلى آل محمد
    كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم
    في العالمين إنك حميد مجيد

    Moga Allah kasih dirimu.
    (^__^)y

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Salam Maulidur Rasul..

      Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah SWT mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya. (Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan al-Hakim)

      Moga Allah kasihkan dirimu jua..

      :)

      Delete
  4. Assalamualaikum

    Salam Maulidur Rasul

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Salam Maulidur Rasul..

      "Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu.”

      Delete
  5. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan tetap semarak dalam mahabbah Allah dan RasulNya yang mulia.

    Batu-batuan, gunung uhud, unta dan pohon-pohon sangat kasihkan nabi..bagaimana pula dengan kita..semoga Allah mengizinkan kita sentiasa dekat dengan baginda..Allahumma salli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wasahbihi ajma'iin

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan tetap semarak dalam mahabbah Allah dan RasulNya yang mulia...aamiin

      “Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku.” (Hadis riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban)

      Delete
  6. Assalamualaikum ustaz, berharap ustaz sihat, Salam Maulidur Rasul dan InsyaAllah...sama2 kita berselawat ke atas Baginda saw

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah baru rasa sihat hari ni..

      Syukran...


      “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis riwayat Muslim)

      Delete
  7. salam sahabat

    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

    ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih sahabat..

      Moga sihat..:)

      Delete
  8. Allahumma solli wasallim wabarik a'la saiyidina Muhammad wa a'la aalihi wasohbihi wa sallim.
    Salam Maulidur Rasul 1434 Hijriah.

    ReplyDelete
  9. السلام عليكم ورحمة الله

    betapa untungnya kami mendapat Nabi Muhammad SAW # itulah anugerah daripada Allah.

    اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد

    اللهم اجعلنا من اهل شفاعة محمد صلى الله عليه وسلم

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Sewajarnya kita mensyukurinya dengan sentiasa berselawat kepadanya..

      “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan al-Hakim)

      Delete
  10. semoga kita menjadi ummat Muhammad yang senantiasa selalu taat akan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala larangan Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya Rabbial 'alamin..

      Syukran ya sahabat..

      Delete
  11. Salam Sahabat.... salam maulidul Rasul..Semoga sahabat sentiasa dirahmati dan diberkati

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Salam Maulidur Rasul..

      Semoga sahabat juga sentiasa dirahmati dan diberkati...aamiin

      Delete
  12. وعليكم السلام ورحة الله

    Sajak tu saya ambik dari Qasidah tulisan As-Syeikh Al-Kamil Abd Basir..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum sahabat. Apa khabar sahabat ku? Lama sungguh tak menjenguk di sini. Tuan punya diri ini pun terlalu asyik dibuai ombak Laut China Selatan kebelakangan ini :)

    Semoga kita semua senantiasa diberi kekuatan terutama kekuatan iman dalam mengharungi zaman yang mencabar ini. Sama-sama kita gilap jiwa dan rohani kita dengan ilmu dan taqwa melalui penghayatan Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. dengan bersungguh-sungguh. Harta pusaka akan luput, namun dua pusaka peninggalan itu menjadi bekalan kita hingga ke ahir nanti. Kasihnya Rasulullah S.A.W kepada umatnya tidak terhingga. Lau kana bainana...

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.