Friday, July 05, 2013

Ramadhan Manis


بسم الله الرحمن الرحيم

Hadith Qudsi

“Setiap amalan anak Adam
adalah digandakan pahalanya
kepada sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda,
maka berfirman ALLAH Subhana Wa Ta’ala :

Kecuali puasa,
sesungguhnya ia adalah khas untuk~Ku
dan Akulah yang akan membalas kebaikannya,

mereka meninggalkan makanan,
minuman dan syahwat mereka (di siang hari)

hanya kerana~Ku.”

[ Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ]

~~~~~~~

Pengharapan harus disertai dengan amalan.
Kalau tidak, maka itu hanyalah lamunan.

Keinginan dan pengharapan yang tak keruan hanya akan menimbulkan kekecewaan.
Apabila niat, harapan dan tindakan disatukan di jalan kenabian dengan penyerahan mutlak,
maka sang salik berada dekat dengan al-Haqq. Keinginan duniawi tak akan terwujud kecuali
jika diiringi tindakan yang pantas dan tepat waktu, disertai ketabahan dan kesabaran.
Pengharapan yang tinggi kepada Allah harus diiringi dengan tindakan yang tepat.
Kalau tidak, itu hanya menjadi ilusi dan fantasi.

Ibnu 'Athaillah as-Sakandari
Kitab Al-Hikam [No 78, Bagian 9]

~~~~~~~

Selamat menyambut bulan yang paling mulia di sisi Allah SWT.
Bulan yang membawa berkah rahmat dan maghfirah.
Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.
Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.
Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.


12 comments:

  1. Replies
    1. Syukran. Alhamdulillah kepada~Nya diucapkan syukur atas nikmat usia yang membolehkan semua kita bertemu dengan Ramadhan.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak.


    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat Allah SWT

    Besar harapan agar bulan yang utama ini dijauhkan daripada panjang angan-angan.

    Amat berharap dapat merebut segala peluang.Allahul Musta'aan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Semoga terlimpah jua kesejahteraan dan rahmat Allah SwT buat kakak..aamiin

      Ya kak! Limpah kurnia Allah amat besar pada kita semua.

      Harap tidak disia-siakan masa bersama Ramadhan.

      Delete
  3. Assalamualaikum Sad. Abd Razak,

    Maaf, lama akak tak singgah sini. Semoga Saudara And Razal sihat hendaknya.

    Selamat berpuasa yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Mak Long..

      Terima kasih atas kesudian singgah di sini. Moga kakak sihat juga di sana.

      Selamat berpuasa.

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, dan kita dapat penuhinya dengan sempurna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Bermakna di sisi kita dan sempurna di sisi~Nya..

      Delete
  5. Salam Ramadhan..selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan dan merebut pelbagai ganjaran di dalamnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Salam Ramadhan..

      Bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hamba~Nya.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.