Friday, October 11, 2013

Puasa Arafah



بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ketahuilah kiranya, ya saudaraku!

Bermula kelebihan puasa pada hari 'Arafah itu sangatlah besarnya,
sebagaimana hadithnya telah dikeluarkan oleh Abu 'Isa At-Tirmidzi,
dengan katanya:

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ
أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam,
dipanggil orang dengan Abi Qatadah, bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda ia : Bermula puasa pada hari 'Arafah itu, bahawasanya aku kirakan atas
Allah Ta'ala bahawa mengkafarat ia akan dosa tahun yang dahulunya dan dosa tahun
yang kemudiannya.


Kata Imam Nawawi di dalam Syarah Al-Muhazzab :
Telah berkata Al-Mawardi di dalam Al-Hawa :
Padanya dua ta'wil :

1. Bahawasanya Allah Ta'ala mengampun baginya dua tahun.

2. Bahawasanya Allah Ta'ala memeliharakan dia di dalam dua tahun,
tiada berbuat maksiat ia di dalamnya.


Dan kata As-Sarkhasi : Adapun tahun yang pertama, maka dikafaratkan
barang yang berlaku di dalamnya. Katanya : Dan bersalah-salahan 'ulama'
pada makna mengkafaratkan tahun yang lagi akan datang :

1. Dan kata setengah mereka itu, maknanya; apabila memperbuat satu kesalahan
di dalamnya, nescaya menjadi Allah Ta'ala akan puasa hari 'Arafah yang lalu
itu kafarat baginya sebagaimana dijadikannya kafarat bagi tahun yang lalu.

2. Dan kata setengah mereka itu, bermula maknanya; bahawasanya Allah Ta'ala
memeliharakan dia pada tahun yang akan datang daripada memperbuat dosa yang
berhajat padanya kepada kafarat.


Dan hanya sanya yang demikian itu tertentu bagi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam,
mengampun Allah baginya akan barang yang telah terdahulu daripada dosanya
dan barang yang kemudiannya, dengan nash al-Quran yang mulia.


Wallahu a'lam..


10 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga limpahan rahmat sentiasa dikurniakan Allah buatmu dan kita semua dan dapatlah kita menjalani ibadah pada hari-hari yang diberikan ganjaran yang banyak. Dua tahun tu! sangat besar manfaatnya kerana walaupun dosa-dosa kecil jika tidak terampun menjadilah dosa besar. Dengan pertolongan Allah juga kita mohon..Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...

      Terima kasih mendoakan saya, semoga doa itu mengiringi kakak juga.

      Benar kak, sangat besar kurniaan dari Allah itu kepada kita, cumanya antara kita nak buat ataupun tidak. Sangat rugi kalau kita tidak melaksanakannya kerana dengan satu hari berpuasa dosa-dosa kita bisa gugur selama 2 tahun.

      Delete
  2. Assalamualaikum ustaz,

    puasa hanya sekejap tapi ganjaran yg Allah janji sangat besar....alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Ass Salam adinda Abd Razak
    Sayu hati kerna hajat untuk berada dan beribadah di Makkah @ Arafah tahun ini tidak kesampaian ... namun terus berdoa agar akan tersenarai sebagai jemputanNya di tahun hadapan...In shaa ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kandaku...

      Takper kak, kita dah berusaha dengan ilmu, menyediakan kos perjalanan dan berniat, namun perancangan Allah yang Dia Maha Mengetahui akan segalanya, maka kita terima dengan sabar...insha Allah akan datang jua jemputan~Nya

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih...

      SHR Eidul Adha juga buat Saudara...

      Delete
  5. Assalamualaikum saudara..
    Kelebihan utk kita yg tdk menunaikan haji dituntut agr melakukan ibadah korban dan puasa sunat...semoga kita semua mendpt istiqamah berterusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Ya, sekali pun kita tidak dijemput untuk menjadi tetamu Allah, namun Dia tetap memberi keistimewaan kepada kita dalam ibadah yang lain. Kasih sayang~Nya mengatasi segalanya.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.