Friday, December 20, 2013

Bahagia di dunia dan akhirat


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين

Abdullah bin Amru bin Ash r.a. berkata,
"Orang yang memiliki 5 perkara ini tentu bahagia di dunia dan akhirat, iaitu:

1. Ia suka membaca lafaz,

لاَ اِلَهَ اِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ


2. Apabila ditimpa musibah, maka ia mengucapkan,

اِنَّا ِللهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ


3. Apabila diberi nikmat karena bersyukur atas nikmat yang ia terima
maka ia membaca,

الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ


4. Apabila memulai sesuatu (ucapan atau perbuatan), ia membaca,

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


5. Apabila banyak dosa, ia membaca,

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ


Hal itu sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w.

"Jangan banyak bicara, selain zikir kepada Allah, karena sesungguhnya banyak berbicara
selain zikir adalah penyebab hati yang keras dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia dari
(rahmat) Allah adalah orang yang memiliki hati yang keras."
(HR Tirmidzi)


Wallahu a'lam

Al-Faqir ila Rabbi


12 comments:

  1. Asslamualaikum Saudara Abdul Razak,

    Semoga saudara diberikan Allah kesihatan yang baik. Maaflah lama sungguh saya tak singgah di sini. Terima kasih atas sudi berkongsi zikir2 yang baik ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Ani,

      Terima kasih mendoakan saya, kak! Moga kakak pun demikian juga sihat sejahtera hendaknya. Dan terima kasih juga atas kunjungan kakak.

      Delete
  2. Assalamualaikum sahabat..

    Terima kasih atas info dan zikir2 yg sgt2 berguna...semoga kita sentiasa berada di dlm rahmat dan keampunan Allah s.w.t. dan mendapat balasan Syurga yg disediakan Nya utk org2 mukmin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Sama-sama ya sahabat...semoga Allah perkenankan permintaan sahabat...aamiin

      Delete
  3. Salam Razak..

    Apa khabar? Lama tak masuk ke sini..Alhamdulillah, bila masuk ke sini mesti ada sesuatu yang berguna boleh dibaca.. Terimakasih atas perkongsian untuk menjadi bahagia di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Tirana..

      Alhamdulillah sihat, moga kakak sedemikian juga.

      Moga kita beroleh nikmat bahagia dunia dan akhirat...aamiin

      Delete
  4. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraa dan dalam rahmat serta redha Allah..aamiin

    Mudah-mudahan lidah dan hati kita sentiasa lembut untuk menyebut ungkapan-ungkapan yang sangat bermanfaat ini..semoga kita diberikan kekuaran mengamalkannya. .aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraa dan dalam rahmat serta redha Allah..aamiin

      Ya kak, mudah-mudahan kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata.

      Delete
  5. asslm...alhmdlillah...blog yg sgt baik n bgus....moge sentiasa dlm redhaNYA...layarilah blog ana jgak....www.raudhatulfirdaus-adah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Insya Allah akan ana usahakan untuk ke blog saudari nanti..

      Terima kasih

      Delete
  6. ucapan yang mudah tapi berat untuk dilafazkan sebagai kelaziman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saudara, perkara yang baik biasanya begitu, namun jika sudah melaziminya akan senang dan mudah..

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.