Friday, January 17, 2014

Ganti rugi


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Abdullah bin Farukh al-Farisi seorang penuntut hadis
yang sangat rajin.


Beliau sengaja meninggalkan negeri asalnya di Qairawan (Maghribi)
untuk berjumpa para ulama di Iraq. Antara ulama yang beliau jumpai ialah Imam Abu
Hanifah di Kufah.


Suatu hari semasa dalam majlis ilmu Abu Hanifah di rumahnya, tiba-tiba sebiji batu
terjatuh dari atap rumah. Batu itu menimpa kepala Abdullah bin Farukh sehingga berdarah.


Melihat kejadian itu, Abu Hanifah berkata kepadanya,

"Sila engkau pilih samada aku membayar ganti rugi kepadamu
atau aku riwayatkan kepadamu 300 hadis?"

Abdullah bin Farukh menjawab, "Aku memilih hadis!"


Abu Hanifah lalu meriwayatkan 300 hadis kepadanya.


*Dipetik daripada kitab Safahat min Sabr al-Ulama
karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.


PENGAJARAN :

Bagi pencinta ilmu, tiada apa yang lebih berharga daripada ilmu.
Dimatanya, ilmu lebih bernilai daripada harta dan benda-benda duniawi lainnya.


Wallahu a'lam


4 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat dan redha Allah SWT. .aamiin

    Tidaklah sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu.

    Hebat orang-orang terdahulu dalam membuat keputusan, memilih ilmu dari material ketana mereka beramal dengan ilmu mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Terima kasih atas doa kakak, semoga kakak juga sentiasa kesejahteraan dan dalam rahmat dan redha Allah SWT. .aamiin

      Benar kak, orang berilmu lebih tinggi derajatnya daripada ahli ibadah. Rasulallah s.a.w. bersabda, "Dan keutamaan orang berilmu dari ahli ibadah bagaikan keutamaan bulan daripada seluruh bintang."

      Delete
  2. Tetapkan lah hati2 kami dari terus mencari ilmu Mu Ya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah perkenankan permintaanmu...aamiin

      Terima kasih

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.