Friday, January 24, 2014

Istighfar


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Istighfar, kalimah yang sangat pendek, tetapi memiliki makna yang sangat dahsyat,
sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita, di dunia dan di akhirat.

Istighfar memiliki dua makna.

Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, bermakna kita minta
ampun kepada Allah, minta diampunkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita.
Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan,
dari aib-aib. Kerana itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar.

Kerana tidak seorang pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar menjadi
kewajipan, dan keperluan kita, agar Allah dapat mengampuni dosa kesalahan kita,
memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, bererti kita minta
kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita,
menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlak kita mulia.

Subhanallah. Satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. Kerana itu tidak hairan hamba Allah yang
bersungguh-sungguh beristighfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkah, semakin membawa kebaikan
dan perbaikan, semakin bahagia, tenang, senang, menyenangkan, di dunia dan di akhirat.

Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang melazimkan dirinya selalu beristighfar
kepada Allah, maka Allah mudahkan ketika dalam kesulitan, Allah gembirakan saat kesedihan,
dan Allah memberi rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga."

Subhanallah.

Kemudian dalam Al Qur'an surat Nuh ayat 10, 11, 12, Allah SWT berfirman,

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu - sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun - nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan
untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS. Nuh: 10-12)

Beristighfarlah kita kepada Allah, nescaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah mudahkan
kita mendapatkan rezeki. Allah hadirkan di tengah kita anak-anak kita, generasi-generasi yang sholeh,
generasi rabbani. Kemudian Allah makmurkan negeri kita, Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar.

Jadi, istighfar bukan hanya kewajipan, tapi keperluan kita. Kerana itulah Rasulullah s.a.w.,
baginda tidak bangun dari tempat tidur baginda, kecuali baginda beristighfar 70 kali,
dalam hadith lain menyatakan sebanyak 100 kali. Padahal Baginda Nabi dan Rasul yang maksum,
dijamin masuk syurga, bebas dari dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kepada Allah.
Apalagi kita yang banyak dosa. Astagfirullahal 'adzim, ampunilah dosa kami ya Allah..

**Karangan Ustaz Muhammad Arifin Ilham

Wallahu a'lam

5 comments:

  1. Assalamualaikum...byk sekali fadilat beristighfar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam,

      Datangnya pada istighfar itu, pertamanya mendatangkan ampunan dari Allah. Kemudian daripadanya mengatasi kesulitan dan terbukanya pintu rezeki. Seterusnya, menambah kekuatan. Diiringi lagi memperoleh banyak kenikmatan. Hasilnya turunlah rahmat. Ianya sebagai kafaratul majelis dan terakhirnya terhindar dari azab Allah.

      Wallahu a'lam

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat dan redha Allah SWT. .aamiin

    Tentang istighfar ini kak teringat kisah hajat seorang penguli roti yang boleh dibaca dalam Majalah Solusi isu 57. Ditulis oleh Ustaz Dr Haji Zahazan Haji Mohamed.

    Kisah bagaimana penguli roti tidak lekang di mulutnya beristighfar. Akhirnya hajatnya tertunai. Subhanallah! Mudah-mudahan kita pun dapat sentiasa beristighfar.

    Kisah ini boleh dibaca di sini : http://mselim3.blogspot.com/2013/10/pelik-tetapi-benar-hajat-penguli-roti.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Terima kasih atas doa kakak, semoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat dan redha Allah SWT. .aamiin

      Benar kak! Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

      Terima kasih kak!

      Delete
  3. terima kasih byk2 atas perkongsian yg sgt berguna ini..blogwalking,jemput ke blog saya ye
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.