Friday, January 10, 2014

Rahmat Sekalian Alam


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Jari jemarinya tak pernah memegang pena

Namun ia telah mencoret lakaran

Yang tak mampu dilakar oleh pena-pena sejarah

Tidaklah dijejakkan tapak kakinya di atas padang pasir

Melainkan ia pasti bertukar menjadi taman yang hijau

Manis tuturnya menjadikan si kafir seorang muslim

Juga si zindik seorang mukmin

Ia telah menyuluh dunia dengan cahaya agama

Menyelamatkan para mukminin dari azab pembalasan

Memerdekakan hamba dari penyembahan berhala

Memakmurkan alam dengan sebuah rumah

Itulah rumah iman

Yang mencairkan hati-hati musuh dan jiwa-jiwa yang begitu keras

Tidaklah hairan, kerana sebiji batu bendul rumahnya

Mampu mencairkan besi dan melembutkan yang keras kaku

Ia beriktikaf di mihrab, sedang hatinya

tergantung dengan semua makhluk Allah...

[ Asadullah Khan Ghalib ]


Salam Maulidur Rasul semua,
Salam penuh Cinta dan sarat Rindu akan kekasih~Nya, Muhammad Rasulullah s.a.w.
Menyalin langkah juangnya dan sempurnakan akhlak kita..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



8 comments:

  1. Replies
    1. Semarak Cintanya kita patuh dan taat dengan apa yang Rasulullah s.a.w. suruh dan menjauhi segala yang dilarang..

      Delete
  2. Salam'alaik...

    Selawat dan salam buat baginda SAW, kerana keteguhan hati dan jiwa baginda tanpa mengenal erti penat lelah membawa islam dalam diri umatnya, lalu islam sampai dalam diri kita hari ini, dengan izinNYA..


    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيِّدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيِّدنا مُحَمَّدٍ

    Salam Maulidur Rasul juga sahabat..
    Syukran atas perkongsian, barakallahu fik.~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabat...

      Alhamdulillah syukur atas nikmat Islam yang didekatkan Allah kepada kita semua, lalu kita menuruti segala yang Rasulullah bawa dalam kehidupan kita berlandaskan al-Quran dan As-sunnah.

      Afwan ya sahabat...Allah Ya Barik Fik~

      Delete
  3. InsyaAllah...

    Assalamualaikum ustaz, lama tak dengar khabar, semoga ustaz sihat sejahtera

    salam Maulidur Rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...:)

      Alhamdulillah sihat...

      Terima kasih atas kunjungan..

      Delete
  4. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga dirimu sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT. ..aamiin

    Sungguh baginda SAW adalah rahmat buat seluruh 'alam. Orang yang beriman dan tak beriman mendapati baginda adalah seorang yang istimewa; malah baginda menyimpan doa untuk umatnya untuk digunakan semasa berada di akhirat nanti.

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيِّدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيِّدنا مُحَمَّدٍ

    Salam Maulidur Rasul juga buat dirimu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT...aamiin

      Sangat layak dan wajibnya kita mencinta Rasulullah s.a.w. kerana lahirnya ke dunia ini membawa rahmat akhlak sepertimana ungkapan baginda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

      Syukran kak!

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.