Friday, April 18, 2014

6 perkara tersembunyi...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala menyembunyikan 6 perkara
di dalam 6 perkara yang lain iaitu:

1. Allah menyembunyikan keredhaan~Nya di dalam taat kepada~Nya.

Semua amal baik itu tersembunyi redha Allah SWT biarpun amal itu kecil pada pandangan kita
tetapi ia besar nilainya di sisi Allah. Maka jangan sesekali perkecilkan segala amal.
Boleh jadi amal yang kecil dalam pandangan kita, itulah amal yang sangat Allah sukai.

2. Allah menyembunyikan Kemurkaan~Nya di dalam maksiat.

Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah
anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kepada~Nya. Oleh itu susulilah
perbuatan maksiat dengan amal soleh agar terhapus dosa tersebut.

3. Allah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

Tujuannya disembunyikan agar kita tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja
dan melupakan malam-malam lainnya dengan perkara-perkara yang melalaikan. Oleh itu Allah
menghendaki hamba~Nya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

4. Allah menyembunyikan para wali Allah di tengah-tengah manusia.

Pengajaran di sini ialah agar kita tidak menghina sesiapa pun di muka bumi ini
kerana boleh jadi manusia yang kita hina itu adalah orang yang Allah kasihi.

5. Allah menyembunyikan kematian di dalam umur.

Hikmahnya agar kita sentiasa bersedia dengan amal soleh dan berhati-hati dalam menjalani kehidupan
dan tidak terlibat dalam kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

6. Allah menyembunyi solat yang paling utama (solat wustha) di dalam solat 5 waktu.

Ramai di kalangan Ulama menyebut solat wustha itu adalah solat asar kerana keadaan waktunya
yang payah dikerjakan. Maka wajarlah kita semua menjaga solat kita terutama solat wustha ini
kerana ia merupakan perintah utama kepada kita semua

Penjelasan :

Allah merahsiakan 6 perkara tersebut di dalam 6 perkara yang lain, maksudnya agar kita :

1. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan taat.
2. Betul-betul menjauhi maksiat.
3. Sungguh-sungguh menyambut Lailatul Qadar setiap malam.
4. Menghormati setiap orang.
5. Selalu menyiapkan diri untuk mati.
6. Giat mengerjakan solat.

Wallahu a'lam

Rujukan : Nashaihul Ibad - Ibnu Hajar al-Asqalani

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya dan dalam redhaNya .. aamiin

    Allah al-Hakim bermaksud Allah yang maha Menghalangi, Maha Bijaksana, mengerti sesuatu yang paling baik daripada yang baik, yang lebih utama daripada yang utama, yang lebih bermanfaat daripada yang bermanfaat atau dengan pengertian yang mudah; Allah al-Hakim ialah Allah Maha Mengetahui bahawa segala keputusan, perbuatan, ciptaanNya adalah yang terbaik (Allah memilih yang terbaik kepada makhlukNya). Bukan sahaja daripada segi penciptaanNya malah hukum dan ketetapanNya juga adalah terbaik. Orang yang faham akan sifat Allah al-Hakim ini akan menerima apa sahaja ketetapan Allah swt kepadanya.


    "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata". (Al-Ahzab [ 33 ] : 36)

    Semoga kita sentiasa meneliti akan hal ini dan sentiasa:

    1. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan taat.
    2. Betul-betul menjauhi maksiat.
    3. Sungguh-sungguh menyambut Lailatul Qadar setiap malam.
    4. Menghormati setiap orang.
    5. Selalu menyiapkan diri untuk mati.
    6. Giat mengerjakan solat.
    Seperti yang digariskan. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum Sahabatku...

    Sesungguhnya jadikanlah kami hamba2 mu yg bertawakal dan beserah hanya kepadamu...

    ReplyDelete
  3. salam...

    dah hampir 5 bln tak "masuk umah" sahabat ^_^

    moge sihat...

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.