Friday, April 25, 2014

Musibah dan cubaan..



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Cubaan dan ujian yang berat akan sentiasa menimpa pada orang
yang ingin mendapatkan akhirat. Sesiapa lebih dekat dengan Allah, tentu
musibah dan cubaan yang dihadapi lebih berat dan lebih banyak.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
"Orang yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian para ulama',
kemudian orang yang berkedudukannya di bawah mereka dan seterusnya."


Dengan demikian, orang yang ingin berbuat baik dan menumpukan dirinya untuk menempuh
jalan menuju akhirat, akan berhadapan dengan pelbagai ujian. Bagi orang yang tidak sabar
menghadapinya dan tidak memperdulikan ujian tersebut, maka dia akan terputus di tengah
jalan, lalu dia lalai dari ibadah dan akhirnya dia tidak sedikit pun dapat mencapai tujuannya.


Allah SWT telah memberi peringatan agar kita sentiasa berhati-hati dalam menghadapi
pebagai ujian, musibah dan cubaan yang menimpa kita. Allah menyatakan dan menguatkan
penyataan itu dengan firman~Nya.


"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada hartabenda dan diri kamu, Dan demi sesungguhnya,
kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan
orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati.
Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu
adalah dari perkara- perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)."
[ QS al-Imran : 186 ]


Kesabaran adalah kunci semua harapan
Dari segala kebaikan dapat diwujudkan disebabkannya
Bersabarlah walaupun malam terlalu panjang
Kuda yang liar pun kadangkala menjadi jinak kerana kesabaran
Kadangkala sesuatu yang dikatakan tidak mungkin berlaku
dapat diperolehi dengan kesabaran.


Wallahu a'lam...
Moga ada manfaatnya.


7 comments:

  1. Assalamualaikum:)

    Sabar tidak terhasil melainkan dengan latihan dan ketekunan..
    Mengawal seribu rasa dalam pelbagai situasi sememangnya memerlukan kekentalan keimanan dalam diri...

    Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada kita,
    Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Realiti kehidupan kita penuh dengan ujian dan cabaran dan kita kena terima dengan redha dan seadanya. Ujian itulah membuat kita jadi kuat dan bisa menghadapi segala rintangan yang mendatang dengan penuh sabar dan tabah.

      Perit atau manis perlu kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya..

      Terima kasih kitak..:)

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT..aamiin

    Sabar itu pada tamparan pertama. Teringat kisah yang diceritakan tentang teguran Nabi yang mulia kepada seorang wanita kematian suami. Inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun ucapan peneguh hati supaya sentaiasa sedar diri. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..:)

      Terima kasih atas doa kakak, semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT..aamiin

      Semua apa yang terjadi, samada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia. Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah di sebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha.

      Delete
  3. Assalamualaikum,

    Allah SWT menguji hambaNya mengikut kemampuan..InsyaAllah, setiap kesulitan akan ada kelapangan...semakin kita diuji sepatutnya semakin dekat diri kita dgn Allah...berbahagialah mereka yg mendapat perhatian dan kasih sayang Allah..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Sahabat ..
    Semoga sahabat sentiasa beroleh rahmat

    "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

    "(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa mushibah, mereka mengucapkan " Innaalilaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".

    Mereka itulah yang mendapat kerberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

    (AQ-Al.Baqarah-155-157)

    Mudah2 han Allah beri kekuatan dan lebih banyak kesabaran... dlm menhadapi kehidupan... kuatkan lah kami danrahmatilah kami...

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum Razak...

    Lama tak berkunjung ke sini. Diharapkan Razak sihat dan sejahtera...

    Musibah dan dugaan datang untuk menguji tahap keikhlasan, keyakinan dan keredhaan seseorang terhadap Allah. Hanya orang yang benar-benar beriman mampu bersabar..

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.