Friday, April 17, 2015

Bilal bin Rabah...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., Bilal meninggalkan Madinah
kerana tidak mampu menahan rindu pada Nabi. Suatu hari, Bilal kembali ke Madinah,
menziarahi Makam Nabi juga kerana rindu.

Khalifah kedua, Umar al Khattab meminta Bilal untuk melaungkan azan. Bilal menolak.
Tak sanggup. Datang pula cucunda Nabi Hasan dan Husin memujuk Bilal.

“Pakcik, kami rindu laungan azan pakcik. Mohonlah laungkan azan.”

Bilal tak mampu menolak. Lalu berdiri untuk melaungkan azan.

Sejak Nabi wafat, Bilal tak pernah lagi laungkan azan.
Dan saat itu, kali pertama Bilal azan sesudah Nabi wafat.

Seluruh Madinah sunyi sepi. Kali pertama pertama ketika Nabi wafat,
kali kedua, ketika Bilal laungkan azan itu.

Bilal tak mampu habiskan azannya. Bilal menangis teresak-esak kerana menahan sebak.
Betapa rindunya Bilal kepada kekasih Allah. Seluruh Madinah juga menangis kerinduan.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bilal Bin Rabah, seorang sahabat yang dijanjikan syurga. Nabi s.a.w. mendengar
tapak kaki Bilal Bin Rabah di syurga ketika peristiwa Israk & Mikraj.
Sedangkan waktu itu, Bilal masih hidup di Madinah.

Bilal adalah lelaki berkulit hitam, secara fizikalnya dia tidak rupawan.
Dengan izin Allah, dia bernikah dengah wanita yang cantik.

Ketika ajal menghampiri, Bilal tidak bersedih kerana bakal meninggalkan
isterinya yang cantik. Bahkan Bilal gembira dan bahagia, kerana dia tahu
dan yakin bahawa detik pertemuannya dengan Nabi kekasih Allah kian hampir.

Begitulah kisah betapa hebatnya rindu sahabat kepada Rasulullah s.a.w.

Wallahu a'lam

6 comments:

  1. Kita juga pasti mencintai dan merindui Rasulullah S.A.W. jika dalam hati kita merasai kemanisan iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar dik, biar pun sudah 1400 tahun berlalu kita sering ingat dan rindu pada Rasulullah s.a.w., tak pernah pun menatap wajahnya tetapi kenal akan akhlak dan segala sunnah yang ditinggalkannya...

      Delete
  2. tarbiyyah hebat dari Rasulullah saw...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sahabat menjadi hebat atas tarbiyyahnya...

      Delete
  3. ya Allah sedihnya,, :(
    berulangkali baca,, pun tetap sedih,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Bilal, sahabat yang sangat dikasihi Rasulullah s.a.w.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.