Friday, October 23, 2015

Petunjuk jalan..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:
“Wahai saudaraku, jika engkau berada dalam kejayaan, maka manfaatkanlah kejayaanmu
itu untuk bekal amal taat kepada-Nya. Gunakanlah kejayaan itu untuk mencari jalan
menuju kepada jalan-Nya. Wahai saudaraku, ingatlah bahawa harta yang engkau miliki
itu dapat membakar dan menghanguskan kulitmu di akhirat nanti. Maka belanjakanlah hartamu
sesuai dengan ketentuan Al-Qur’an dan sunah Rasulmu. Agar engkau menjadi sejahtera, dunia dan akhirat.


Wahai saudaraku, cepat-cepatlah engkau menuju kepada Allah. Berlarilah kepada Allah.
Gunakanlah harta yang ada di tanganmu untuk alat menuju kepada-Nya, untuk menegakkan syariat-Nya,
untuk taat kepada-Nya dan untuk mencari ridha-Nya. Seorang mukmin itu harus tahu bahwa Al-Qur’an
adalah roh hidayah yang ada di alam ini, oleh karena itu, antara orang muslim dan Al-Qur’an harus
ada hubungan yang erat. Sebab Al-Qur’an adalah tali Allah yang kuat dan jalan yang lurus.
Al-Qur’an sebagai rahmat untuk alam semesta dan sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia.
Dalam Al-Qur’an telah terhimpun dasar-dasar kebaikan dan petunjuk untuk membangun kehidupan
dan meletakkan landasan ketenteraman di muka bumi ini.


Allah SWT. berfirman:“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang
lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal
shalih bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (QS Al-Isrâ’ [17] :9)”


Wallahu a'lam


4 comments:

  1. Al-Quran... umpama makanan dan ubat bagi hati. Rujukan bagi setiap amalan. Sebagai panduan dan pedoman petunjuk jalan ... untuk mendapat redhaNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer dik, al-Quran menghilangkan segala hal berupa keraguan, kemunafikan, kesyirikan, penyimpangan, dan penyelisihan yang terdapat dalam hati. Al-Qur`an- lah yang menyembuhkan itu semua.

      Terima kasih dik.. :-)

      Delete
  2. assalamualaikum sahabat

    lama dok menunggu n3 baru akhirnya alhamdulilah ... semoga sahabat sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabat...

      Allahu Akhbar...saya agak kepenatan beberapa minggu sebelum ini..

      Semoga sahabat juga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi...aamiin

      Terima kasih sahabat...

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.