Friday, June 17, 2016

Bab mengumpat dalam bulan Ramadhan


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Ketahuilah kiranya, ya saudaraku! Bahawasanya mengumpat itu berdosa besar sehingga
membatal ia akan pahala puasa. Bermula dalil yang menunjukkan atas yang demikian
itu ialah hadith yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa At-Tirmidzi dengan katanya,

"Diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda ia:
Barangsiapa tiada meninggalkan perkataan sia-sia dan meninggalkan ber'amal
dengan dia, maka tiada baginya Allah itu hajat dengan bahawa meninggal ia
akan makannya dan minumannya."

Yakni, tiada diterima Allah puasanya, kerana maksud Allah Ta'ala membersihkan
seorang yang puasa itu daripada dosa, tiba-tiba diperbuat barang yang salah,
seperti mengumpat dan lainnya daripada yang ditegah Allah.
Maka apalah guna puasanya.

Kata Abu 'Isa At-Tirmidzi:
Bermula hadith Abu Hurairah itu ialah hadith hasan lagi shahih.

Bermula yang mengtamamkan (menyempurnakan) bagi puasa, enam perkara:

1. Memejamkan mata daripada berbuat maksiat.

2. Memeliharakan lidah daripada berbuat maksiat.

3. Menjauhkan telinga daripada mendengar maksiat.

4. Menegahkan anggota kaki tangan daripada berbuat dosa.

5. Jangan banyak makan waktu berbuka.

6. Biarlah hati itu kemudian daripada berbuka puasanya
bergantung antara takut dan harap.

Rujukan: Kitab Bahrul Al-Madzi susunan Muhammad Idris Al-Marbawi

6 comments:

  1. Salam Ramadhan Al-Mubarak...syukran..

    ReplyDelete
  2. Sia sia puasa... menanggung lapar dan dahaga atas perkara yang membatalkan pahala puasa. Moga dijauhi dari perkataan dan perbuatan yg sia sia... agar dapat puasa yg berkualiti dan diterima Allah... InshaAllah.
    Selamat Menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
  3. Sia sia puasa... menanggung lapar dan dahaga atas perkara yang membatalkan pahala puasa. Moga dijauhi dari perkataan dan perbuatan yg sia sia... agar dapat puasa yg berkualiti dan diterima Allah... InshaAllah.
    Selamat Menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
  4. Salam.. terima kasih atas perkongsian.. bab mengumpat ni bkn bulan puasa je kn.. yg pnting perlu usaha didik diri dan elak amal 'cerita utk pengajaran'.

    semoga dijauhkan dr perkara sia2.. aamiin

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam. lama sungguh x ke mari
    biasa perkara ni dlm setiap manusia..

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.